Vitamin E: Kepentingan Selenium Pada Badan


Selenium adalah mineral yang terdapat di dalam tanah. Selenium secara semula jadi ada di dalam air dan beberapa jenis makanan. Walaupun orang hanya memerlukan jumlah yang sangat kecil, selenium memainkan peranan penting dalam metabolisme.

Mengapa orang mengambil selenium ?
Selenium telah menarik perhatian ramai kerana sifat antioksidannya. Antioksidan melindungi sel-sel daripada kerosakan. Terdapat beberapa bukti bahawa suplemen selenium boleh mengurangkan kanser prostat, risiko kolorektal atau kanser paru-paru dan penyakit jantung.

Selain itu, selenium membantu meningkatkan sistem imun badan dan menolong mengeluarkan logam berat seperti plumbum dari badan anda.

Vitamin E berfungsi lebih baik dan lebih lama dalam badan anda apabila anda mempunyai banyak selenium.

Sumber selenium dari haiwan ialah:
- Daging lembu, makanan laut (tuna, ikan kod, ikan merah, dan ikan hering), daging tanpa lemak dan ayam 

Sumber selenium dari tumbuhan ialah:
- Bijirin penuh seperti oat dan beras perang terutamanya jika ia ditanam di tanah yang kaya selenium
- Kacang, seperti kacang Brazil dan walnut

Dos yang dicadangkan untuk pengambilan sehari ialah 200 mikrogram. Jika diambil lebih dari 400 mikrogram sehari, selenium boleh menjadi toksik.

dos pemakanan yang disyorkan

Apakah risiko-risiko mengambil selenium? 

Kesan-kesan sampingan. Diambil pada dos yang biasa, selenium biasanya tidak mempunyai kesan sampingan. Berlebihan dos selenium boleh menyebabkan nafas berbau, demam, loya, masalah hati, buah pinggang dan jantung. Pada tahap yang lebih tinggi, selenium boleh menyebabkan kematian. 

Interaksi. Selenium juga boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan dan makanan tambahan lain, seperti antasid, ubat kemoterapi, kortikosteroid, niasin, ubat statin kolesterol, dan pil kawalan kehamilan. 

Kanser kulit. Makanan tambahan Selenium dikaitkan dengan risiko kanser kulit (sel skuamus karsinoma), jadi orang yang berisiko tinggi kanser kulit tidak harus mengambil makanan tambahan ini. 

Diabetes. Satu kajian mendapati bahawa orang-orang yang mengambil 200 mikrogram sehari selenium adalah 50% lebih cenderung untuk mendapat diabetes tahap 2. Setakat ini, ia tidak diketahui jika selenium sebenarnya menyebabkan penyakit ini. Bincangkan risiko dengan doktor anda.

Kesimpulannya, dengan pengambilan  selenium yang disyorkan ia membantu menangani kanser prostat, kanser paru-paru, penyakit jantung, menguatkan imun sistem dan membantu mengeluarkan logam berat dalam badan.

Selenium juga telah dikaji untuk pelbagai jenis rawatan. Ia terdiri daripada asma, artritis, kelemumur dan kemandulan. Walau bagaimanapun, keputusan masih belum muktamad.

Ingin memilih vitamin E lengkap dengan selenium? Cubalah vitamin E Shaklee sekarang.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan