Pengalaman Berpantang Ditemani Mak mertua dan Ibu Sendiri


Assalamualaikum semua. Harini sue nak berkongsi pengalaman berpantang anak ketiga dengan bantuan ibu mertua dengan ibu sue sendiri.

Alhamdulillah, sue telah selamat melahirkan anak ketiga pada 25/3/2014 di Hospital Tropicana Medical Centre. Hehe...anak dah nak masuk 4 bulan baru nak citer ye. Citer dah basi, tp nak juga story pd u olls. Harap u olls enjoy la membaca ye.

Masa sue sakit2 contraction, kebetulan mak mertua ada di KL kerana beliau ingin menguruskan hal2 perkahwinan adik ipar sue, jadi dia lah yg tlg jagakan anak2 sue masa sue pergi hospital dengan hubby.

Sampai2 je hospital, memang terus bersalin. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.


Berpantang kalini memang just nice waktu budak2 cuti sekolah, so tak kalut la mak mertua sue nak kene hantar cucu dia pergi sekolah. Sepanjang 2 minggu pertama berpantang, mak mertua la yang tolong masak, tolong suap anak2 sue makan, tolong kemas rumah dan selesaikan beberapa urusan rumahtangga yang lain. 

Walaupun mak mertua dah berusia hampir 70 tahun, namun beliau masih bertenaga dan mampu melakukan tugas2 surirumahtangga dengan sempurna. Bersyukur sangat mak mertua sudi nak tolong tengok2 sue masa dalam pantang.

Sebenarnya mmg tak plan pun nak minta mak mertua jaga sue sewaktu pantang. Kebetulan mak mertua datang KL, dia yang excited nak tolong jaga sue dan tengok2 kan cucu dia yang lain. 2 minggu kemudian mak sue dari Kedah pula datang jaga sue.

Berpantang kalini sue masih setia menggunakan set berpantang Shaklee dan juga minyak Nona Roguy untuk urut ibu dan anak. Set berpantang Shaklee boleh digunakan oleh ibu bersalin normal atau bersalin pembedahan, tiada masalah. Set ini mampu bertahan sehingga 4 bulan makan. Sangat berbaloi2 lah dengan wang yg dilaburkan.

set berpantang shaklee

Alhamdulillah rasa bertenaga, susu banyak, luka cepat sembuh, wajah berseri2, stres terkawal, berat badan cepat turun. Suami pun makin sayang.. Minyak Nona Roguy pula dari anak pertama sue dah amalkan. Boleh sapu satu badan untuk panaskan badan. Memang sangat best lah!

minyak herbanika

Untuk penjagaan luaran sue mengambil perkhidmatan dari Mom Hayatie Care iaitu Puan Yati. Alhamdulillah perkhidmatan beliau memuaskan hati sue. Untuk maklumat lanjut klik sini.

Mesti ada yang tertanya2 bagaimana cara berpantang sue bila dijaga oleh ibu sendiri dan juga mak mertua? Sebenarnya takde masalah langsung. Mak mertua dan ibu sue sendiri diaorang dulu takdelah berpantang secara ketat sangat samapikan kene baring je atas katil, minum air masak kene bersukat..NO..NO.. boleh pengsan kot kalau macam tu..

Sue berpantang sama macam orang lain juga pakai stokin, tidak direct duduk bawah kipas, jalan perlahan2, jaga pantang makan dll. Ibu mertua dan mak sue sendiri diaorang akan tanya sendiri sue kalau rasa tak clear tentang sesuatu.

Bab masak makanan dalam pantang sue bg je buku masakan yang sue beli. Mudah bg diaorang nak rujuk. Boleh klik sini untuk  yang berminat nak tahu.

Sue kongsikan beberapa tips berpantang yang boleh anda jadikan panduan bersama:

1) Jangan cerewet soal rumahtangga. Sebagai contoh rumah semak. Biarkan je tutup mata buat tak tahu. Fikirkan diri sendiri. Dalam pantang anda kene banyak berehat

2) Bahagikan tugas suami isteri. Contoh: suami boleh tolong sediakan air mandian akar kayu, buatkan sarapan pagi sebelum pergi kerja

3) Minta bantuan ibu bapa, confinement lady (penjagaan pantang) untuk mandikan bayi, memasak dan urusan rumahtangga yang lain

4) Banyakkan berbaring, jgn pegang penyapu walaupun rasa nak sgt kemas rumah. Jangan angkat berat. Sue pernah pergi talk pasal berpantang ni, penceramahnya ialah Siti Aishah Confinement. 

Menurut beliau wanita dalam pantang jangan angkat berat hatta cerek kecik sekalipun tak dibenarkan. Akibat angkat berat ni, kesannya kalo tak rasa harini, akan datang anda akan rasa sendiri peritnya. Yang paling parah sekali boleh mengakibatkan tombong terkeluar. Ngeri kan!

5) Baju2 kotor hantar je dobi. Tak sakit mata tengok baju kotor menimbun yg nak dibasuh, dilipat, digosok. Masalah baju selesai..

6) Untuk sebulan pertama may be boleh tinggalkan anak2 dekat nurseri jika anda tak mampu nak jaga serentak lagi2 jika anda tidak ditemani oleh ibu atau sesiapa. Ingat ye, ibu dalam pantang tak boleh stres melampau takut2 terkena gila meroyan

Semoga tips di atas sedikit sebanyak membantu anda menjalani tempoh berpantang dengan baik.

Tempoh berpantang adalah sangat penting untuk dititikberatkan. Sebenarnya saat berpantang adalah tempoh untuk memulihkan kesihatan keseluruhan badan ibu mengandung.

Anda sepatutnya menghargai tempoh berpantang ini dengan merehatkan diri tanpa memikirkan kerja2 rumah, mengeratkan hubungan dengan si kecil anda yg baru dilahirkan, memberikan kepercayaan dan rasa tanggungjawab pada suami dan penjaga dalam pantang anda. 

Hargailah saat berpantang anda. Jaga diri anda sebaik mungkin kerana anda sangat diperlukan oleh suami dan anak2 tersayang. Kesihatan anda tunjang nadi sebuah keluarga.

1 ulasan: