Set Diabetes Shaklee (Kencing Manis)


Kencing manis (diabetes mellitus) adalah masalah metabolisma dimana jumlah glukosa atau gula, di dalam darah adalah tinggi, secara perubatannya dikenali sebagai hyperglycaemia.

gejala diabetes

Punca Kencing Manis 
Diabetes berpunca samada dari pankreas badan yang tidak menghasilkan cukup hormon insulin untuk memecahkan glukosa, ataupun kerana kegagalan hormon insulin itu sendiri untuk bertindak terhadap sel reseptor dalam darah. 

Apabila tahap glukosa dalam darah meningkat lebih dari tahap tertentu, glukosa selebihnya akan masuk kedalam urin (air kencing). Keadaan kelemahan insulin ini juga ada kerana keturunan; sekitar 3% bagi lelaki dan 2% bagi perempuan. Hampir setengah populasi yang mempunyai insulin bermasalah tidak pernah didiagnosis.

Kesan Kencing Manis Terhadap Pesakit 
Peningkatan glukosa dalam darah yang sederhana boleh menyebabkan kegagalan ginjal; merosakkan penglihatan akibat masalah salur darah dalam mata; dan halangan terhadap aliran darah ke limpa yang mengakibatkan gangren (kemerosotan sel/kematian tisu/ akibat kekurangan oksigen) dan risiko amputasi (pembuangan tisu rosak/ mati yang menghitam dan busuk) secara berterusan. 

Diabetes mellitus juga meningkatkan pesakit kencing manis terhadap terhadap risiko terjadinya sakit jantung koroner dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi (lelaki), dan empat hingga lima kali ganda lebih tinggi (perempuan). Risiko strok di kalangan pesakit kencing manis juga meningkat sebanyak dua hingga tiga kali lebih tinggi. 

Jika tidak dirawat, kencing manis boleh mengakibatkan koma dan kematian (kebiasaan yang dihadapi pesakit kencing manis sebelum penemuan insulin pada tahun 1921). Pada pertengahan era ke-20, sekitar 30% kandungan di kalangan wanita yang mengidapi kencing manis berakhir dengan keguguran janin dan kematian bayi selepas seminggu kelahiran, disamping risiko lebih tinggi kecacatan terhadap bayi yang selamat membesar. 

Kini, kadar keguguran janin bagi wanita mengandung yang mengidapi kencing manis adalah lebih rendah (sekitar 5.6%), berbanding populasi ibu mengandung normal 1.4% sahaja. Bayi bagi ibu yang menghidapi kencing manis biasanya lebih besar (gemuk) dan rata-rata bayi menghadapi kesukaran bernafas dan hypoglycaemia (gula rendah dalam darah) semasa lahir. 

Simptom Dihidapi Pesakit Kencing Manis 
Simptom biasa dikalangan pesakit kencing manis adalah penurunan berat badan akibat kehilangan air (dan cecair) dan lemak, akibat badan yang tidak berupaya memproses karbohidrat (sumber tenaga dari makanan). 

Simptom lain adalah kekerapan kencing, mengakibatkan badan hilang air lebih banyak - meningkatkan rasa dahaga, sakit otot, kegatalan di bahagian sulit, dan peningkatan risiko bernanah dan infeksi di kulit. Lebih separuh populasi pesakit kencing manis tidak pernah didiagnos sehingga beberapa tahun sehingga tahap gula dalam darah yang tinggi akhirnya dikesan sampel darah dan air kencing dalam ujian perubatan.


Cadangan set Shaklee untuk kencing manis ialah:
  • Vitalea - membekalkan vitamin dan mineral yang lengkap pada tubuh
  • Gla Complex - memperbaiki hormon
  • Zinc Complex - menyembuhkan luka dengan cepat
  • Vitamin C 500mg - meningkatkan sistem imun
  • ESP - memperbaharui sel2 yang telah mati kepada sel2 yg baru
Lagi testimoni kencing manis klik sini.

set kencing manis shaklee

Berminat untuk mencuba. Sila klik sini untuk membeli set diabetes Shaklee.

Sertai ahli Shaklee sekarang dan nikmati 15%-20% potongan harga bagi setiap produk Shaklee.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan