Diet Sihat Untuk Wanita Menopause


suplemen wanita menopause

Putus haid atau menopaus adalah istilah perubatan yg bermaksud seorang wanita telah mengalami pusingan haid yang terakhir. Ini juga menandakan berakhirnya peringkat kesuburannya oleh kerana ovari berhenti berfungsi secara beransur2. 

Perubahan ini tidak berlaku secara tiba2. Biasanya kekerapan pusingan haid akan berkurangan sebelum berhenti sepenuhnya. 

Proses ini mungkin bermula seawal usia 40 ke pertengahan 50 an. Seseorang wanita dikatakan putus haid apabila tidak mengalami haid selama setahun atau lebih. Putus haid menyebabkan penurunan hormone estrogen di dalam badan secara mendadak. 

Oleh itu agak sukar bagi menyarankan makanan yang tertentu bg menangani tanda2 putus haid. Namun, saranan pemakanan boleh diberikan mengikut gejala menopaus. 

Contohnya gejala hot flash atau rasa kepananasan boleh berlaku setahun atau dua tahun sebelum putus haid. 

Bagi menangani rasa kepanasan ini, wanita seharusnya meningkatkan: 
  • pengambilan vitamin E 800mg sehari 
  • pengambilan air masak masak yang secukupnya 
  • vitamin B dan 
  • protein soya 
Elakkan pengambilan 
  • Gula dan kafein yang tinggi (dalam teh atau kopi) 
  • Sesetengah herba dan makanan yang pedas dan berempah kerana boleh merangsang hot flash terjadi 
Sesetengah makanan tambahan boleh membantu, contohnya dengan pengambilan susu dan produk tenusu, ikan sardin, ikan salmon, brokoli dan kekacang yang sangat tinggi kandungan kalsiumnya (cthnya kacang walnut). 

Tetapi oleh kerana keperluan kalsium yang lebih tinggi diperlukan oleh wanita yang menopaus (1200mg kalsium sehari berbanding 1000mg wanita dewasa), pengambilan suplemen kalsium dapat mengekalkan tulang yang sihat. 

Minyak bunga primrose atau evening primrose oil (EPO), mempunyai GLA iaitu asid lemak baik yang juga sangat sangat diperlukan oleh wanita pra-menopaus dan menopaus. 

Testimoni GLA Complex untuk wanita menopaus sila klik sini.

Zat besi dan zink membantu folikel rambut berkembang. Pengambilan daging merah tanpa lemak dua kali seminggu adalah sangat disyorkan. 

diet wanita menopaus

Vitamin D membantu mengaktifkan pertumbuhan rambut. 

Omega 3 asid lemak. Makan ikan lemak (salmon) dua kali seminggu untuk memberi hidrasi pada rambut. 

ikan salmon

Untuk rangkaian produk Shaklee, anda boleh mencuba Set Kesihatan Wanita ini. Ibu saya telah pun menggunakan set ini dan alhamdulillah simptom menopause beliau terkawal. Info lanjut set kesihatan wanita, sila klik sini.

Sebarang masalah atau maklumat lanjut boleh hubungi saya melalui email salsabila_85@yhaoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285 (sue).

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan