Petua Cepat dapat Jodoh


petua cepat dapat jodoh

Amalan buat wanita atau lelaki bujang yang inginkan jodoh yang baik dan disegerakan. Semoga Allah terima untuk keredhaan Allah dan dimudahkan serta diberkati insyaAllah.

1) Jaga solat di awal waktu. Doa selepas solat fardhu sangat makbul. Lelaki jaga solat berjemaah di Masjid. Allah janji orang jaga solat adalah orang Allah. Allah janji ambil tanggungjawab ke atasnya termasuk jodohnya dan kehidupannya..

2) Betulkan niat perkahwinan untuk Redha Allah dan Allah semakin sayang. Sangka baik apa pun kerana Allah sayang. Itulah sebenarnya

3) Baca Yassin setiap pagi. Allah mudahkan segala urusan hati itu. Yang tiada jalan keluar pun Allah mudahkan.

4) Baca surah Al-Waqiah setiap malam, Allah jauhkan dari kepapaan dan kesempitan.

5) Berterus terang dengan orang yang baik dan disukai untuk menerima sebagai suami atau isteri. 

6) Jaga mak ayah dengan baik. Doa mak ayah sangat penting.

7) Menerima orang ikhlas dalam hubungan yang segera ingin bernikah dengan kita. Jika tidak mahu bernikah itu tanda tidak ikhlas. Nikah itu kemuliaan. 

Lupakan orang yang tidak ikhlas. Tidak wajar orang baik seperti saudara saudari berkorban untuk orang yang tidak ikhlas. Hidup perlu diteruskan. Bahagia dari Allah

8) Cari baik semua orang dan suka cari silap diri sendiri.. sebab kita tiada apa-apa. Semua milik Allah.

9) Bangun tahajud setiap malam walaupun 2 rakaat.

10) Maafkan semua orang dan minta maaf jika salah. Minta kawan-kawan doakan. 

11) Banyak senyum dan sedekah kemudian doa supaya Allah mudahkan dan beri yang terbaik. Jangan kedekut tolong orang dan belanja orang terutama keluarga.

12) Yakin selama ini apapun berlaku kerana dia sayang. Dia ingin beri perkara terbaik buat saudara saudari. Tidak pernah kita duga begitu sayangnya Allah. 

Tiada siapa tahu melainkan bila kita sampai di sana. Bukan kerana dosa atau benci. Tapi kerana Allah terlalu sayang saudara saudari semua. Dia nak bagi yang paling baik.

13) Jauhi yang haram dan dosa kerana kita tidak bahagia bukan kerana tiada pasangan tapi sebab kita buat dosa. Janji Allah kita tenang bila kita ingat Allah. Ia juga akan menarik orang yang baik dan ikhlas serta rajin akan tertawan kepada kita seperti magnet. 

Itulah kuasa Allah. Islam itu mudah kepada orang yang hatinya kenal Allah. Kehidupan ini pun mudah bila kita kenal Allah. Perkahwinan itu mudah bila kenal Allah.

Ya Allah ya Rahim kawan-kawan ku ini semuanya baik-baik..ya Allah berilah kawan-kawanku yang baik ini, inginkan kebaikan, soleh dan solehah ini pasangan yang baik, rajin bekerja dan berusaha, lemah lembut, jaga agama, daie, sayang keluarga, pemaaf dan orang yang takwa. 

Ya Allah mudahkanlah dan segerakanlah buat semua kawan-kawanku ini ya Allah. Ya Allah jadikanlah segalanya asbab hidayah


0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan