Petua/Tips Cepat Dapat Anak


Keinginan menimang cahaya mata sendiri merupakan lumrah setiap wanita yang bergelar isteri. Lagi-lagi pasangan yang ingin cahaya mata dengan cepat. Rasa sedih dan cemburu apabila melihat rakan-rakan seangkatan telah punya berderet anak namun anda masih lagi berdua.

Saya kongsikan tips dimudahkan mendapat zuriat hasil tulisan Ustaz Ebit Lew. Semoga membantu pasangan di luar sana yang ingin memperoleh zuriat  dengan izin Allah jua insyaAllah.

set kesuburan shaklee

Di antara petua untuk dimudahkan dapat anak dengan kehendak Allah juga. Allah suka orang berusaha san berdoa.

1) Syukur Allah beri nikmat pasangan hidup. Ada tempat kita bersama..bila kita syukur Allah tambah nikmat..ingat ini semua kerana dia sayang..kerana Allah sayang. Ibubapa kadang-kadang beri dan tahan sesuatu dari anaknya adalah kerana kebaikannya..Allah tuhan kita sangat sayang kita...

2) Ambil anak angkat atau bantu mana-mana anak dari kecil sehingga dia dewasa dalam kehidupannya..benar-benar sayang mereka kerana Allah..insyaAllah Allah mudahkan semuanya..

3) Baca doa Nabi Zakariya untuk dapat anak dalam surah al anbiya ayat 89. Masa beliau umur 80 tahun dan isterinya tua dia masih belum ada anak. 

doa nabi zakaria

Satu hari dia yang jaga Maryam as ibu Nabi Isa, lihat Maryam as makan buah yang bukan musimnya. Bila ditanya mana kamu dapat ini. Jawab Maryam ini semua dari kurniaan tuhanku Allah. 

Nabi zakariya as fikir jika anak boleh yakin kepada Allah. Kenapa dia tidak yakin. Masa umurnya yang tua, Allah kurniakannya anak. Yakin Allah yang beri anak. Bukan soal umur, tua dan lain-lain. Itu cuma sebab zahir. Allah semuanya. 

4) Boleh selalu zikir nama Allah. Ya kholiqul ya Bariul Ya Mushowwir..yang maha menjadikan, yang maha mencipta, yang maha membentuk..




-*Saya selalu baca dulu masa mula-mula kahwin dan lambat sikit dapat anak..saya datangkan yakin yang beri anak ialah Allah..

5) Selalu sedekah dan selepas sedekah doa. Ya Allah berilah kami anak yang soleh dan solehah.

6) Baca yassin setiap pagi dan baca al waqiah setiap malam. Siapa baca yassin diawal hari Allah mudahkan segala urusannya..siapa baca waqiah setiap malam dijauhkan dari kepapaan dan kemiskinan..Anak harta yang sangat bernilai.

7) Bertaubat pada Allah. Taubat mungkin ada kata-kata kita yang salah dan rasa yang salah. Contohnya ada orang kata ish malas nak dapat anak dulu lah.. nak enjoy dulu..atau sakitlah tak nak anak-anak ni...

atau serabutlah budak-budak ni..atau mana ada duit nak besarkan anak-anak.atau takde hal lah kacang gila nak dapat anak.sedangkan yang bagi anak ini Allah. Yang lain cuma sebab-sebab jer...Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

8) Bangun malam tahajud kerana Allah janji akan beri kurniaan yang luar biasa hebatnya..

9) Benar-benar menghargai pasangan kerana dengan itu menyebabkan Allah sayang kita. Bersama pasangan dengan penuh kasih sayang.

10) Minta doa ibubapa dan gembirakan ibubapa. Jika sudah tiada banyak doa buat ibubapa..

11) Rajin berusaha berjumpa doktor dan dapatkan nasihat pakar..Allah suka orang yang berusaha..yakin pada Allah..

12) Sibuk dengan dakwah, menuntut ilmu, dan amalan masjid. Sediakan umat ini kepada kerja dakwah. Sehingga diakhirat ribuan orang belakang kita. Saham akhirat kita kerana ilmu manfaat yang telah kita sebarkan..Hanya air mata gembira melihat saat itu insyaAllah.

Akhirnya isteri dan anak-anak semuanya akan menjadi saham akhirat atau musuh pada hari akhirat..

Ya Allah ya rahman kawan-kawan kami yang baik ini inginkan anak yang soleh dan solehah. Ya Allah permudahkanlah buat mereka. 

Ya Allah kami sayang saudara kami ini keranaMu..berilah mereka anak dengan kasih sayangMu. Jadikanlah setiap dari kami semakin hampir padaMu. Kami berterima kasih kerana Kau sentiasa menyayangi kami-ebit lew

Ikhtiar dengan set kesuburan Shaklee klik sini.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan