Tips Mengelak Gigitan Bayi Ketika Menyusu


Salah satu cabaran dalam penyusuan susu ibu adalah gigitan bayi. Ouch sakitnya! Saya pun pernah mengalaminya hehehe... Jom saya kongsikan tips elak gigitan bayi:

cara mengelak gigitan bayi ketika menyusu

1) Ketahui punca
Mengenal pasti punca sebenar bayi menggigit. Antara kemungkinan sebab bayi menggigit ialah pengeluaran susu yang tidak lancar atau bayi anda sedang tumbuh gigi.

2) Beralih payudara
Mengalihkan bayi daripada payudara yang sedang digigitnya kepada payudara yang lainnya. Sambil melalukan proses pengalihan ini, anda digalakkan untuk menegurnya secara berhemah. 

Antara yang boleh anda luahkan  ialah "Mama sakit bila sayang gigit mama" ataupun "Adik tak sayang mama ke? Kesian mama kena gigit".

Dalam keadaan tertentu , anda boleh membiarkan bayi seketika sebelum menyambung semula sesi penyusuan. Dengan cara sebegini, diharap bayi akan bertolak ansur dan memahami bahawa jika dia menggigit anda, balasannya dia tidak dapat meneruskan penyusuan.

3) Menekap muka bayi
Setiap kali melihat bayi mula mahu menggigit, rapatkan mukanya ke arah payudara anda. Cara ini secara tidak langsung akan membuatkan anak anda sesak nafas.

Jadi, akan mendorongnya untuk melepaskan gigitannya agar dapat bernafas semula.

4) Selesakan posisi
Sepanjang sesi penyusuan berlangsung, adalah sangat penting untuk anda memastikan posisi penyusuan yang anda gunakan benar2 memberikan keselesaan kepada bayi dan diri anda juga.

5) Leraikan dengan jari
Apabila bayi seakan2 mahu menggigit, segera masukkan jari kelinking di bahagian tepi mulutnya bagi membolehkan anda meleraikan mulutnya daripada payudara.

Jangan meleraikan sesi penyusuan secara tiba2 tanpa memasukkan jari kelinking terlebih dahulu. Dengan cara ini anda dapat mengelakkan diri daripada mencederakan puting dan mengurangkan sakit puting yang melecet. 

Ohoi..sakit o kalau puting melecet...

6) Gigit sesuatu
Berikan bayi alat2 menggigit yg lain spt teether atau tuala kecil yg telah disejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk beku. Alat2 ini sedikit sebanyak membantu bayi anda yang suka menggigit tambahan pula yg sedang mengalami masalah gatal gusi.

7) Jangan jerit
anda dinasihatkan agar tidak meninggikan suara dan menjerit kepada bayi. Malah, anda juga diingatkan agar tidak memukul atau menampar bayi anda. Ini akan mengakibatkan bayi terkejut dan mengalami rasa takut untuk meneruskan penyusuan. 

Lebih teruk lagi takut2 bayi anda enggan meneruskan sesi penyusuan yang seterusnya. Parah tu, jenuh pula anda menanggung sakit bengkak susu.

8) Teliti gaya penyusuan
Mengetahui samada dia suka menggigit apabila mula mengantuk kerana kenyang ataupun ketika puting hampir terlepas daripada mulutnya. 

Oleh yang demikian, adalah sangat penting untuk anda sentiasa peka dan bersedia untuk menghentikan penyusuan setiap kali bayi menunjukkan tanda2 mahu menggigit apabila sesi penyusuan bakal berakhir.

Tempoh penyusuan selama 2 tahun itu adalah tidak lama. Bersabar dan layanlah anak anda sebaiknya. Ganjaran pahala Allah janjikan pada ibu2 yang menyusukan anaknya. So enjoy the breastfeeding moments ye mommies semua.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan