Tips Menghadiri Rumah Terbuka (Open House)


Salam 13 Syawal. Sempena musim raya ni, pastinya ramai yang dapat jemputan rumah terbuka kan? Terutamanya cuti hujung minggu begini. Dalam sehari ada sampai 3-4 jemputan dapat.

rumah terbuka

open house

Memenuhi jemputan ke jamuan adalah wajib sekiranya tiada perkara2 maksiat di dalamnya dan tiada keuzuran yang menghalang untuk hadir ke jamuan tersebut.

Jom saya kongsikan info sihat yang dipetik dari wall fb I Sihat.

I Sihat: Cara Bijak Hadiri Rumah Terbuka
SAMA ada menghadirinya bagi mewakili syarikat atau meraikan teman-teman, menghadiri rumah terbuka perlu dilakukan secara bijak.

Langkah pertama, buat tinjauan ringkas sebelum memutuskan apa yang ingin dimakan. Ini mengelakkan anda memakan semua hidangan yang disediakan. 

Sewaktu mengambil makanan, pastikan hidangan yang sihat berada di bahagian tengah-tengah pinggan. Langkah ini memastikan anda menikmatinya terlebih dulu berbanding makanan yang diletakkan di tepi pinggan... :)

Selamat menjalinkan ukhuwah silaturrahim semasa menghadiri rumah terbuka. Jangan lupa apply tips di atas ye.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan