Fakta Mengenai Susu Ibu

Assalamualaikum.

tips tambah susu ibu
  • Setitis susu ibu mengandungi lebih satu juta sel darah putih! Sel darah putih yang dinamakan macrophages (seperti pacman) berfungsi untuk memakan kuman. 
  • Susu ibu sangat kaya dengan immunoglobulin A (lgA) yang berfungsi untuk melindungi system penghadaman bayi yang belum matang- mengelakkan jangkitan kuman dan alahan. 
  • Kandungan susu ibu adalah 88% air! Oleh itu, sudah sempurna dan anda tidak perlu memberikan air tambahan! 
  • Setiap ibu akan menghasilakn susu ibu khusus untuk perlindungan anaknya. Apabila ibu terdedah kepada sebarang jangkitan, ibu akan menghasilkan antibody khusus untuk jangkitan tersebut. Hebatnya! 
  • Elakkan penggunaan putting kosong, putting botol dan susu tambahan kecuali jika keadaan perubatan memerlukannya 
  • Pastikan bayi yang baru lahir menyusu dengan kerap iaitu 8-12 kali dalam tempoh 24 jam. 
  • Bayi yang cukup susu akan mempunyai lampin basah sebanyak 5-6 kali (selepas 1 minggu) dan membuang air besar 3-4 kali (selepas hari ke-4) dalam tempoh 24 jam. 
  • Jika ibu ingin tahu bagaimana rasanya lampin basah- curahkan 3 sudu besar air ke atas lampin. 
  • Bayi berupaya mengosongkan payudara dengan lebih efektif berbanding dengan pam (semahal mana sekalipun!) 
  • Niat, ilmu, sokongan dan latihan adalah kunci kejayaan penyusuan bayi. Setiap cabaran penyusuan yang dihadapi oleh ibu pasti ada penyelesaiannya jika ibu meminta bantuan dengan segera daripada kaunselor atau pakar laktasi. 
  • Penghasilan susu bergantung pada permintaan bayinya, amalan dan teknik penyusuan yang betul dan BUKAN kepada sebarang produk atau pemakanan tertentu.
set menyusu shaklee

Ingin mencuba set breastfeeding Shaklee? Klik di sini.

5 ulasan:

  1. Yesss....memang tekad nk susukan baby saya sampai cecah umur 2 tahun. 6 bulan lagi nk cukup 2 tahun.

    BalasPadam
  2. perkongsian yg bagus..in sha Allah..

    BalasPadam
  3. setuju..anak isap lagi power dr pam susu tu ha..ekeke

    BalasPadam
  4. mak CT cakap dulu dari kecik minum susu mak aje. kasi susu formula memang kena rejek

    BalasPadam