Selamat Hari Lahir Anakanda Amjad


Tanggal 25 Ramadhan, 4 September 2010, detik jam 10 malam saya telah dikejarkan ke bilik pembedahan kerana bayi telah disahkan lemas berikutan air ketuban telah berkurang.

Kalau diikutkan EDD saya berbaki lagi 2 minggu je lagi.

Hancur harapan saya nak bersalin normal. Saya menangis dan sempat memohon maaf dari hubby sebelum ditolak masuk ke dewan pembedahan.

Alhamdulillah pada pukul 10.25 malam, lahirnya seorang bayi lelaki yang diberi nama Ahmad Amjad Shafiy. Syukur kerana segala urusan telah dipermudahkan.

Kini bayi itu telah berusia genap 4 tahun. Cukup pantas masa berlalu.

Selamat Hari Lahir Anakanda Ahmad Amjad Shafiy. Semoga sentiasa berakhlak soleh, dikasihi dan dipelihara di bawah lembayung RahmatNya insyaAllah. Ibu saaayang Amjad.


2 ulasan:

  1. hepi birthday Amjad..semoga menjadi anak yg soleh dan berjaya dunia akhirat ye..

    BalasPadam
  2. Happy belated birthday amjad...belajar rajin2 ye ;)

    BalasPadam