Ujian Pap Smear, Kenapa Perlu Risau?

Assalamualaikum.


Pengalaman Sue sendiri melakukan ujian pap smear adalah selepas tamat tempoh berpantang anak kedua. Sebenarnya Sue ada follow up dengan pakar O&G untuk check rahim selepas habis berpantang dan juga berbincang mengenai family planning.

Ingatkan habis di situ je. Rupa-rupanya doktor minta izin nak buat terus ujian pap smear. Dah alang-alang datang, Sue setuju jelah dengan cadangan doktor tu.

Sekejap je prosesnya. Memang tak sakit. Asalkan anda bertenang dan bernafas dengan betul.

Sue kongsikan di sini sedikit kupasan mengenai ujian pap smear. Semoga beroleh manfaat.

Di Negara-negara maju, kadar kejadian dan kematian akibat kanser serviks adalah lebih rendah disebabkan tahap kesedaran yang tinggi dan kemudahan perubatan yang moden dan mencukupi. 

Barah pangkal rahim berlaku disebabkan oleh sejenis virus yang dipanggil Human Papilloma Virus (HPV). Virus ini hanya dijangkiti melalui hubungan kelamin. 

Barah pangkal rahim tidak akan berlaku kepada wanita yang belum berkahwin atau dengan kata lain belum pernah menjalani hubungan kelamin. Kunci kepada pencegahan kanser serviks adalah menjauhi seks rambang (zina), melakukan ujian pap smear dan mengambil vaksinasi. 


Secara keseluruhannya, kadar kesedaran wanita di Malaysia adalah meningkat tetapi belum mencapai tahap yang memuaskan. 

Apakah pap smear 
Pap smear adalah ujian yang dilakukan untuk mengesan seseorang wanita itu berkecenderungan untuk mengidap barah pangkal rahim (serviks) atau tidak. Ujian ini boleh juga mengesan kehadiran virus HPV. Ujian ini dilakukan dengan hanya mengambil sampel atau calitan dari serviks. 


Ujian ini sangat mudah dan tidak menyakitkan. Ianya boleh dilakukan di mana-mana klinik yang mempunyai peralatan ujian pap smear. Ianya tidak memerlukan bius dan pengambilan pap smear Cuma memakan masa 2-3 minit sahaja. 

Ujian pap smear telah wujud sejak 40 tahun yang lalu dan mula diperbaharui sedikit demi sedikit dari segi peralatan dan cara pengambilan sel kulit. 

Ujian yang dibuat Dr. Papinocolo ini dapat mengesan penyakit dan seterusnya alat penguji telah dicipta. Beliaulah orang yang pertama mencipta kaedah pap smear bagi mengesan kanser pangkal rahim. 

Keputusan ujian pap smear ini boleh diketahui dalam masa hanya satu ke empat hari. Apa pun ianya bergantung kepada makmal mana yang digunakan oleh hospital atau klinik tersebut. 

Kepada anda yang masih ragu-ragu untuk melakukannya, percayalah, pap smear tidak menakutkan! Ia juga tidak menyakitkan atau boleh mengakibatkan pendarahan jika pesakit mengikut arahan doktor sebelum dan ketika menjalani ujian ini. 

Perasaan malu tidak seharusnya timbul dan perlu dibuang dengan segera jika anda inginkan kesihatan yang berpanjangan. Ingat, dengan hanya due ke tiga minity menjalani ujian ini, anda boleh mengetahui tahap kesihatan anda dan InsyaAllah boleh menyelamatkan nyawa anda. 

Berapa kerap ia perlu dilakukan? 
Setiap wanita yang sudah berkahwin dan pernah menjalani hubungan kelamin perlu menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali sehingga berumur 65 tahun. 

Persediaan sebelum ujian 
  • Digalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid. 
  • Tidak digalakkan melakukan hubungan seks dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan. 
Anda sudah mendapat info mengenai pap smear dan sedia maklum betapa pentingnya ia bukan? 

Jadi apa tunggu lagi. Ayuh, buat temujanji dan berjumpa pakar dengan segera supaya anda tidak menjadi sebahagian daraipada statistik! Nauzubillah. 

Mudah-mudahan kita dilindungi allah daripada gejala barah pangkal rahim ini dan penyakit-penyakit yang lain.

10 ulasan:

  1. Saya pun buat masa lepas berpantang anak ke 2...lama dah tak buat. Memang takut pada mulanya, tapi jap ja dah selesai.

    BalasPadam
  2. Terakhir akak buat tahun lepas :) patut semalam dah cukup setahun untuk repeat

    BalasPadam
  3. selalu juga buat..tahun ni pun, minggu depan datenya..takut tolak tepi..nak sihat, kena la kuat.kalau sakit pun, buat jugak.

    BalasPadam
  4. errr...kalau belum ada anak lg boleh ke buat pap smear? sy dh 1 1/2 yr kawen..:)

    BalasPadam
  5. CikCT: x de anak pun boleh buat cik ct :)

    BalasPadam
  6. tq for sharing..
    stakat ni bru sekali buat pap smear..
    sbnarnya x sakit kalo kita rileks..

    BalasPadam
  7. tak sakit kalo dalam keadaan rileks...tapi biasanya memang seram sejuk sebelum buat

    BalasPadam
  8. menarik info ni..belum pernah ad pengalaman lg,..

    BalasPadam
  9. nice sharing kak.. adoiyai CT each time nak check gula pun menggigil padahal dah banyak kali check hihi..

    BalasPadam
  10. orang xkawen lagi mcm saya pon kena ambil tahu ni. :)

    BalasPadam