Assalamualaikum.
Umumnya ramai yang mengetahui cara pemakanan yang betul adalah penting dalam kehidupan seharian, namun masih ada juga di antara anda yang tidak tahu cara untuk melaksanakannya.
Oleh itu, saya berkongsi beberapa formula pemakanan yang boleh anda amalkan di rumah.
Air sejuk atau air suam?
Air yang disejukkan dalam peti ais sebenarnya baik untuk tubuh kerana tubuh anda akan membakar kalori yang banyak untuk memanaskan kembali air tersebut setelah memasuki sistem badan.
Begitu juga dengan air suam, tubuh akan membakar kalori untuk menyesuaikan suhu optimum bagi tujuan pencernaan.
Secubit garam elak keracunan
Sebelum makan di rumah atau di kedai, celupkan jari anda ke dalam sedikit garam, dan masukkan ke dalam mulut. Fungsi kaedah ini adalah untuk mengelakkan keracunan akibat daripada bahan kimia atau kekotoran yang mungkin wujud di dalam makanan tersebut.
Minum air 30 minit sebelum dan selepas
Makan nasi berulamkan air tentu akan menyebabkan kembung perut dan buncit. Apabila meminum air yang terlalu banyak, perut anda menjadi penuh sehingga tiada lagi ruang kosong.
Hasilnya gas-gas yang terhasil semasa pencernaan akan membesarkan perut anda yang sudah tidak mempunyai ruang. Jadi, untuk mengelakkan hal ini berlaku, minumlah air 30 minit sebelum dan selepas makan sahaja ya.
Buah tembikai pembuka selera
Buaha-buahan seperti tembikai dan buah limau mengandungi serat dan gula ringkas yang tinggi. Apabila anda mengambil tembikai 15 minit sebelum makan nasi, serat yang banyak akan memberi isyarat 'penuh' pada perut anda dan anda tidak akan makan terlalu banyak. Cubalah!
Anda di tag DI SINI. Jom terjah ^_*
BalasPadambagus perkongsian tips ni..wana tips no.3 tu kekadang dapat buat..^_^
BalasPadamsekarang kena amalkan begini utk mengelakkan penyakit mendatang..
BalasPadammencegah lebih baik dr merawat kan..:)
wahh air sejuk pun leh bakar kalori eh..baru tahu
BalasPadamaah npk mudah tp kdg2 kita amek ringan benda2 mcm ni..nilah tip yg boleh kita amalkan
tuk kesihatan kita gak..badan kita ni nak pakai lama kan
suka baca tips2 yg kak sue share. so, kalau air masak yg biasa tu elok x kak sbb dia x berais dan x suam?
BalasPadamps: sory kak lama x singgah XD
elok budak. kalau ikut petua org dulu2 kan sebaik2nya amal minum air suam. awet muda tau :)
Padamgood info.. buah2an pembuka selera.
BalasPadamtq for sharing tip ni.
BalasPadammmg terbaik
Hehe...patut la kathy buncit..makan berulam air..
BalasPadamOohh. Ingatkan tak elok minum air sejuk. Info baru..
BalasPadamAir sejuk mmng minum.. Air sejuk kosong.. Sedap..
BalasPadamMmg elak berulam air tu. Tp lps mkn xsmpai 30mnit da mnum da. Nk wt cmne..huhu
BalasPadamBelog Miss Balqis
kat rumah memang tak minum air ais kosong ni, selalu minum air masak ja
BalasPadambaru tahu air ais ni ada baiknya
ikut cara Nabi SAW makan kan slalu makan garam sket.
BalasPadamSha kalau dapat tembikai yang secukup rasa, tak boleh berhenti... lepas tu stress sebab badan penuh air...
BalasPadam