Minyak Ikan Bantu Turunkan Berat Badan

Assalamualaikum.

omega guard shaklee

1) Minyak ikan membolehkan anda kurangkan lemak dan membina otot. Hanya menelan beberapa kapsul minyak ikan setiap hari boleh membantu anda kehilangan lemak dan membina otot. Apa yang perlu anda lakukan adalah mengambilnya dengan cukup setiap hari.


Minyak ikan Omega-3 membantu meningkatkan metabolisme anda, di mana ia membantu membakar lebih banyak lemak pada kadar yang lebih cepat. Ia juga meningkatkan kadar insulin anda, yang akhirnya boleh menyebabkan penurunan berat badan. 

Omega-6 dan -9 menyumbang kepada fungsi otak dan jantung yang seterusnya membantu tubuh dalam penghadaman dan pemprosesan lemak makanan. Hal ini menyebabkan metabolisme badan meningkat, yang akhirnya akan membantu anda menurunkan berat badan.

2) Suplemen minyak ikan mengurangkan selera makan anda. Jika anda mahu kekal kenyang lebih lama antara waktu makan, telan beberapa kapsul minyak ikan selepas anda makan boleh membantu. Dalam satu kajian, wanita yang melakukan perkara ini kenyang lebih lama selepas makan dan menjadi kurang makan. 


Dari masa ke semasa, ini akan membantu anda mengurangkan berat badan tanpa rasa lapar dan menderita dengan rasa lapar apabila berdiet. Ini kerana minyak ikan membantu anda kekal kenyang dengan mengawal atur dan melepaskan bahan kimia yang dipanggil serotonin

Serotonin membantu mengawal nafsu makan dan perasaan anda. Kesan ini juga memberi manfaat minyak ikan dalam mengawal tekanan perasaan. Saya juga percaya bahawa manfaat ini juga membolehkan minyak ikan untuk menghentikan ketagihan makanan manis.

3) Minyak ikan membuatkan program diet dan turun berat lebih berkesan. Mengambil minyak ikan membuatkan program diet dan senaman yang lebih efektif juga.


Dalam satu kajian, mengambil minyak ikan hilang lebih banyak berat badan berbanding mengambil suplemen placebo. Kedua-dua kumpulan telah mengamalkan diet dengan mengurangkan makan dan melakukan senaman beberapa kali dalam seminggu.

4) Minyak ikan membantu mengurangkan penyimpanan lemak. Satu kajian menunjukkan bahawa makanan tambahan minyak ikan boleh mengurangkan risiko di mana makanan yang anda makan akan disimpan sebagai lemak. Ini kerana ia meningkatkan sesuatu yang dinamakan sensitiviti insulin. 


Menjaga sel-sel tubuh anda sensitif terhadap insulin, adalah kunci untuk mengurangkan berat badan dan kekal sihat. Lebih sensitif sel anda terhadap insulin, semakin kurang makanan yang anda makan akan disimpan sebagai lemak.



Anda ingin mencuba minyak ikan Shaklee atau lebih dikenali sebagai Omega Guard? Satu botol Omega Guard mengandungi 90 biji kapsul minyak ikan. Sempena promosi November ini, jom dapatkan stok Omega anda pada harga yang lebih jimat.

shaklee omega guard

Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285 (sue).

5 ulasan: