Assalamualaikum.
Sebelum melancong, pastinya anda memerlukan perancangan yang baik dan teratur supaya percutian anda penuh keseronokan dan memberikan kenangan yang cukup bermakna buat anda sekeluarga. Jom ikuti panduan di bawah untuk membantu melancarkan percutian anda.
1) Sediakan wang yang secukupnya kerana ia akan menyusahkan diri sendiri jika anda tidak mempunyai wang mengikut bajet yang telah ditetapkan.
2) Pastikan pakaian dan keperluan penting anda yang lain mencukupi supaya tidak berlaku pembaziran. Sebagai contoh, anda ke pantai dan tidak mempunyai pakaian mandi. Justeru anda terpaksa membeli pakaian mandi di kawasan pelancongan dan sudah tentu harganya mahal.
3) Peta sangat penting kerana ia membantu anda dalam banyak perkara. Sebaiknya belilah buku travel yang mengandungi peta, nombor telefon, alamat destinasi dan lain-lain.
4) Rancang perjalanan lebih awal seperti menempah hotel, tiket perjalanan pergi balik ke destinasi yang dituju.
5) Pastikan kenderaan yang dipandu (kenderaan sendiri) dalam keadaan bak dan selamat. Sebaiknya hantar ke pusat servis untuk diperiksa.
6) Bahasa amat penting. Jika melancong dalam dan luar negara, belajarlah asas bahasa dan dialek.
7) Last but not least supplemen tambahan. Maklumla bila travel jauh ni kesihatan haruslah dijaga dengan baik. Kalo sakit mood bercuti pun ke laut. Antara cadangan vitamin ketika melancong ialah Nutriferon, Vitamin C, Herbal Blend, Vitalea dan Performance Drink.
Selamat melancong!
1-2 tu sgt penting
BalasPadamlau xde ni mmg xpayah nak travel lah haha
nice sharing.. kita kena peka smua perkara supaya xberlaku sebarang masalah atas kelalaian diri sdn
BalasPadamMmg terbaik..sis,jom join segmen kathy..
BalasPadamteringin nak melancong lg..tp tula step pertama je dah x lepas hihihi
BalasPadambetul tu sue..memang banyak perkara yang kena tau dan prepare untuk melancong ni kan :)
BalasPadamKena prepare awal-awal kalau nak bercuti. :)
BalasPadamTeringin nk bercuti.. Tp dgn ank kecik ni payah..
BalasPadamtak pernah lagi melancong ke luar negara...
BalasPadamasyik pusing kelantan, perlis dan johor ja sekarang ni
melancong tak kira dalam atau luar memang kena titik beratkan part duit. kena bawak extra walau macam mana skalipun. guna x guna blakang kira janji kena ada xtra.
BalasPadammenyediakan wang tu sangat penting gak sebenarnya... kalau tak cukup... menangis wooo
BalasPadam