Assalamualaikum.
Sue kongsikan beberapa petua yang dapat membantu para isteri ketika masak di dapur.
Hilangkan Masin Makanan
Tanpa disengaja, kita mungkin terletak lebih garam dalam masakan. Ini menyebabkan masakan masin. Dibuang sayang, ditambah air mungkin akan mengurangkan keenakan masakan.
Untuk mengurangkan masin masakan, ambil pelepah pisang sepanjang kira-kira 5sm. Bersihkannya dan celup ke dalam kuah masakan yang masin tadi.
Biarkan hingga mendidih. Apabila masak, buangkan pelepah pisang daripada masakan. InsyaAllah masakan akan masak dengan secukup rasa diingini.
Ikan Goreng Tidak Melekat Semasa Menggoreng
Kita sering menghadapi masalah ikan atau ayam goring ‘meletup’ dan melekat semasa menggoreng. Untuk mengelak masalah ini, panaskan minyak secukupnya. Masukkan kepingan asam gelugur untuk seketika.
Kemudian barulah masukkan ikan atau ayam. InsyaAllah, tiada lagi percikan atau ‘meletup’ seperti yang sering ditakuti semasa menggoreng.
Memudahkan Kopek Kerang
Kerang merupakan antara hidangan kegemaran. Namun, ada masa ia agak susah dikopek. Untuk memudahkan mengopek kerang, semasa merebus kerang, masukkan sedikit minyak masak ke dalam rebusan kerang tersebut. InsyaAllah ia mudah dikopek.
Selamat mencuba.
Yg asam keping tu pernah cuba..lagi 2 tu belum lagi..:)
BalasPadamBoleh test lepas ni..cuma pokok pisang tak de la pula kt rumah la ni
yang kerang tu penah dengar. tapi sebab slalu makan kalau kat kedai aje jadi tak penah masak sendiri.. hihi yang pelepah tu rare.. tak pernah dengar jugak.. hihi..
BalasPadamtips yang bagus ni sue..tapi tulah nak dapat pelepah pisang tu payah la pulak..kalo kat kampung, jangan cakap la..belakang rumahje..
BalasPadamhaaaa bab termasin tu ada gak terjadi
BalasPadamnti el try cuba..sbb kat umah tu ada pokok pisang tp sape nak g cantas haha
Oo..bru tau. bole amalkn lps nie ;)
BalasPadamBelog Miss Balqis
biasa kalau masin letak ubi kentang pun boleh serap masin tu..kdg nak cr pelepah pisang tgh2 bandar ni payah jgk..hehe
BalasPadamWah2 banyak petua ni....kena rajin2 masak lepas ni kan..
BalasPadamYang guna asam keping memang selalu amalkan. Bab terlebih garam, memang payah la nk cari pelepah pisang kat sini.
BalasPadamTq kak share boleh buat nanti
BalasPadamTips berguna ni kak. Ada orang bg tip letak kentang. Biar kentang serap masin tu.
BalasPadam