Speech Delay | Anak Saya Lambat Bercakap, Apa yang Perlu Saya Buat Sekarang?

Assalamualaikum.

Sebagai ibu bapa, pernah tak anda mengalami situasi seperti berikut:

- Pergi shopping complex dengan anak, anak minta belikan toys namun anda TAK NAK belikan. Anak start berguling di lantai shopping complex

- Berebut permainan dengan adik beradik yang lain

- Baling objek terdekat ketika sedang marah

- Tak nak siapkan kerja sekolah apabila disuruh

- Bila nak minta sesuatu, anak hanya menarik baju menunjuk ke arah benda yang dia nak tanpa bercakap

-  Dan lain-lain

Saya yakin anda juga pernah mengalami seperti situasi di atas juga kan. Saya juga turut tidak terkecuali mengalami perkara yang sama.

Pada hari Sabtu 8/11/14, saya berkesempatan ke Great Life Physio And Rehabilitation untuk mengikuti satu seminar keibu bapaan. Saya sangat tertarik dengan pengisian yang disampaikan.



Sebenarnya anak-anak yang mengalami seperti situasi di atas perlu dibantu sejak dari awal lagi. Tahukah anda dengan bermain permainan dengan mereka sebenarnya sedikit sebanyak dapat membantu membentuk sikap POSITIF mereka berkembang?

Dengan bermain permainan tertentu, ia dapat membantu:
  • meningkatkan kekuatan jari
  • meningkatkan koordinasi mata dan tangan
  • meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah
  • melatih anak-anak supaya lebih bersabar
  • meningkatkan kemahiran asas anak-anak
  • dapat memahami dan mendengar arahan
  • dan lain-lain


Selepas ceramah, ada sesi soal jawab, aktiviti berkumpulan dan kemudian bersurai. Memang best sangat sebab dapat banyak ilmu baru dan langsung tidak mengantuk.



Seminar ini sedikit sebanyak telah berjaya menyentuh hati saya supaya lebih bersabar dalam melayan karenah anak-anak selain mengetahui cara yang TEPAT untuk handle masalah anak dengan positif dan lebih bertoleransi.

Selain itu jika anda mempunyai anak yang bermasalah seperti berikut, adalah sangat digalakkan untuk menyertai program di bawah kelolaan Great Life Physio And Rehabilitation ini.
  • Autisme
  • ADHD
  • Down Sindrom
  • Kanak-kanak lambat pertuturan
  • Gagap
  • Pesakit menggunakan alat bantuan pendengaran
  • Bibir sumbing sebelum dan selepas pembedahan
  • Stroke
Anda boleh menghubungi mereka seperti berikut:

Kota Damansara - 03- 7963 0069
Shah Alam - 03- 5480 0580
Bangi - 017 299 7699
Skudai - 07- 521 5135
Kota Bharu - 09- 747 1661

Great Life Rehabilitation, NW0303A Cova Squares, Jln Teknologi PJU 5, Kota Damansara, 47810, PJ, Selangor.

FB:Great Life Physio

Website: www.greatlifephysio.com



Jangan lupa share kan entry ini kepada rakan-rakan anda yang lain. Mana tahu sedikit sebanyak entry ini mampu membantu meringankan beban masalah mereka ^_^ .

4 ulasan:

  1. thanks for sharing...bagus untuk menambah ilmu keibubapaan

    BalasPadam
  2. samalah dengan anak buah CT yang sorang ni mmg cakap lambat. tapi mama dia memang rajin.. buat aktiviti home schooling waktu weekend and main games nak kembangkan minda. alhamdulillah dah boleh cakap..

    BalasPadam
  3. Nice info Sue..
    Anak saya mulut potpet tapi pelat

    BalasPadam