Ibu Hamil Ada Tekanan Darah Rendah Risau Kehilangan Bayinya, Apa Nak Buat?

Assalamualaikum.

hipertensi semasa hamil

Tahukah anda, selain masalah tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah juga sering kali dialami wanita hamil? Kekerapannya boleh dianggarkan setiap satu daripada tiga wanita hamil boleh dikesan mengalami masalah ini! Sungguhpun kondisi ini kerap berlaku, namun ia tidak seharusnya dipandang sepi.

Mengapa tekanan rendah ini boleh berlaku?
Ia berpunca akibat tubuh kekurangan zat penting iaitu zat besi. Biasanya, kesan amalan diet tidak seimbang kurang zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, hilang darah teruk serta faktor genetik.



Zat besi bertindak sebagai salah satu komponen utama dalam sel darah merah. Ia akan menghantaroksigen ke seluruh tubuh bagi memastikan kelangsungan fungsi tubuh dan menyokong tumbesaran sempurna bayi dalam kandungan.

Kesan tekanan rendah pada ibu hamil
  • keletihan
  • lesu
  • pucat dan pitam
  • anemia
Dalam keadaan lebih ekstrem, kekurangan zat ini membawa kepada:
  • keguguran
  • kelahiran pramatang
  • saiz bayi yang kecil
  • koma
  • kemungkinan ibu dan bayi meninggal dunia
Maka sebab itu juga keperluan zat besi meningkat 50% lebih banyak dari biasa untuk terus menyokong dua nyawa iaitu ibu dan anak dalam kandungan.

Makanan Tinggi Zat Besi


Antara kategori makanan tinggi zat besi yang boleh dijadikan sebagai diet harian adalah:
  • ayam
  • sayuran berdaun hijau
  • kekacang
  • bijirin
  • kurma, buah tin, prun
  • tembikai
  • bijan
  • tauhu
  • delima
Ibu hamil juga digalakkan untuk mengambil makanan tambahan atau suplemen seperti folat, kuprum, zink tambahan dan vitamin c untuk meningkatkan dan mempercepatkan lagi kadar penyerapan zat besi dalam badan.

Jom tonton video ibu hamil yang mempunyai HB rendah sewaktu hamil. Bagaimana beliau atasi masalah ini selepas ditegur oleh doktor O&G.

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang 

Suplemen Shaklee yang kaya dengan zat besi adalah Vitalea Iron Formula. Testimoni jemput klik di SINI.


Namun sebelum semua langkah ini diambil, dapatkan pemeriksaan doktor  melalui ujian darah secara berkala dan mintalah pendapat pakar berhubung dengan saranan pengambilan makanan tambahan yang tepat.

Adakah saya berisiko?
  • Disahkan menghadapi Anemia semasa hamil melalui pemeriksaan darah
  • Pernah mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak
  • Wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak
  • Wanita yang menyusukan anak
Sepanjang tiga kali mengandungkan anak, Sue tidak pernah mengalami situasi tekanan darah rendah ini. Result dalam buku merah semuanya baik-baik belaka. Alhamdulillah :)

vitamin naikkan hb rendah

Korang rajin belek tak buku merah? Camana pulak result korang? Meh la kongsi sini. Rasa-rasa kalau ada masalah seperti di atas cepat-cepat hubungi Sue untuk tempahan vitamin anda, SMS/WHATSAPP: 013 4774 285 (Sue).

12 ulasan:

  1. Alhamdulillah sepanjang mengandung dulu tak alami masalah ni ... :)

    BalasPadam
  2. betul tu..nurse selalu pesan macam tu..alhamdulillah masa saya dulu tak mengalaminya

    BalasPadam
  3. saya sebelum hamil dulu, memang alami tekanan darah rendah...Alhamdulillah, sepanjang hamil, tak pulak jadi...sekarang balik ke asal, rendah balik...maksimum bacaan 110/70...tak dapat 120/80...

    BalasPadam
  4. masa prgnantkn zaryth dlu xde mslh..Alhmdulillah...moga2 klu de rezeki baby lg..xde la mslh jgk..tq utk peringtn ini..

    BalasPadam
  5. masa mengandung dulu..1st time makan makanan habatussaudah..alhamdulilah hb yg xelok dah elok..BP pun maintain..semua dlm keadaan baik :)

    BalasPadam
  6. alhamdulillah... 4 kali ngandung semua nya ok

    BalasPadam
  7. alhamdulillah 4 kali semua ok...

    BalasPadam
  8. buku merah jangan lupa bawa :P

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah sepanjang mengandung memang takdak alami masalah.

    BalasPadam