Cara Alami Rawat Diri

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar kita dapat merawat diri sendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dapur rumah atau di belakang rumah je. Jimat dan selamat insyaallah.

Jom kita lihat apa yang boleh dicuba.

Nafas Tidak Berbau Lagi



Nafas berbau memang memalukan. Petua mudah menghilangkannya ialah berkumur-kumur dengan air sirih. Racik halus tujuh helai daun sirih kemudian diramas dengan semangkuk air panas suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu.

Atasi Kulit Kepala Gatal



Bersihkan segenggam daun puding lalu dikisar lumat. Lumurkan ke seluruh kulit kepala. Bungkus kepala dengan tuala bersih selama satu jam. Kemudian, bilas rambut. Lakukan dua kali seminggu.

Hilangkan Kesakitan Cekam Kuku



Ambil sebiji limau nipis atau limau kasturi dipotong sedikit bahagian atasnya. Kemudian bakar limau tersebut sehitngga bertukar warna kekuningan. Biarkan limau berkenenaan suam-suam kuku.

Selepas itu, cucuk bahagian jari yang mencengkam atau bernanah itu pada bahagian limau yang dipotong tadi. InsyaAllah kuku yang bernanah akan mengecut dalam tempoh beberapa hari sahaja.

Penawar Angin Badan



Campurkan setengah cawan air perahan bawang merah bersama setengah cawan halba rebus. Kemudian bancuh sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu. Kacau dan minum campuran itu setiap hari.

Hentikan dengkuran



Dengkuran kuat setiap malam adalah petanda anda perlukan rawatan. Tumbuk lumat tujuh biji badam. Campurkan dalam air suam dan kacau sehingga sebati. Minum setiap kali sebelum tidur. Ini akan mengurangkan dengkuran.

Bibir Merekah



Atasi rekahan di bibir dengan meminum air kelapa muda yang dicampurkan dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.

Pulihkan Kulit Terbakar



Kesan kulit terbakar akibat sinaran matahari memang memalukan. Bagi mengatasinya, parut jagung muda dan tomato, kemudian ambil patinya. Gaulkan dengan satu sudu madu. Sapukannya pada seluruh kulit yang terbakar. Biarkan selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air. Lakukan setiap hari dan lihatlah hasilnya.

Merawat Kulit Berkedut



Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Badan Ringan Bertenaga



Rebus serai dan halia yang dititik, kulit kayu manis. Amalkan meminum air rebusan ini pagi dan malam agar tubuh menjadi ringan dan bertenaga.

Selamat mencuba.

Sumber: Mingguan Wanita Nov 14 |MS: 69

11 ulasan:

  1. banyak petua tradisional yang boleh diikuti kan sue..cuma bergantung nak tak nak ja buat..hihi..

    apapun, nice sharing..tq

    BalasPadam
  2. setiap satu tu ada kebaikannya kan..petua zaman berzaman

    BalasPadam
  3. petua traditional.. best. tapi jenis mamamyja nih asik nak hasilnya cepat saja. hahaha

    BalasPadam
  4. Bagus la petua ni, terima kasih Su :)

    BalasPadam
  5. Tq for sharing su..
    Pdahal apa y ada dlm khidupan harinya smua mbawa manfaat.. cuma kita je malas nak manfaatkannya.lbh rela beli produk2 y mgkin bcampur dgn bahan2 kimia kan

    BalasPadam
  6. banyaknya petua yang tak menggunakan modal yang banyak dan mudah dicari
    thanks sue atas perkongsian ni

    BalasPadam
  7. Tq sis..antara rajin dgn tak je kan?

    BalasPadam
  8. nak buat hat yg berdengkur tu..husband kuat berdengkur..kdg2 slap je pipi dia..kuat sgt oiii hahaha

    satu lagi nk try wat rebusan serai tuk tenaga badan..mcm best je

    BalasPadam
  9. byk petua2 utk diamalkan ni kaksu. dah ssh nk jumpa pokok bunga puding tu skrg hehe

    BalasPadam
  10. eh.. petua guna lobak merah tu baru tahu. nanti boleh la cuba :)

    BalasPadam
  11. banyak jugak petua yg saya x tau :)

    BalasPadam