Assalamualaikum.
Sedar tak sedar kita dapat merawat diri sendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dapur rumah atau di belakang rumah je. Jimat dan selamat insyaallah.
Jom kita lihat apa yang boleh dicuba.
Sedar tak sedar kita dapat merawat diri sendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dapur rumah atau di belakang rumah je. Jimat dan selamat insyaallah.
Jom kita lihat apa yang boleh dicuba.
Nafas berbau memang memalukan. Petua mudah menghilangkannya ialah berkumur-kumur dengan air sirih. Racik halus tujuh helai daun sirih kemudian diramas dengan semangkuk air panas suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu.
Atasi Kulit Kepala Gatal
Bersihkan segenggam daun puding lalu dikisar lumat. Lumurkan ke seluruh kulit kepala. Bungkus kepala dengan tuala bersih selama satu jam. Kemudian, bilas rambut. Lakukan dua kali seminggu.
Ambil sebiji limau nipis atau limau kasturi dipotong sedikit bahagian atasnya. Kemudian bakar limau tersebut sehitngga bertukar warna kekuningan. Biarkan limau berkenenaan suam-suam kuku.
Selepas itu, cucuk bahagian jari yang mencengkam atau bernanah itu pada bahagian limau yang dipotong tadi. InsyaAllah kuku yang bernanah akan mengecut dalam tempoh beberapa hari sahaja.
Selepas itu, cucuk bahagian jari yang mencengkam atau bernanah itu pada bahagian limau yang dipotong tadi. InsyaAllah kuku yang bernanah akan mengecut dalam tempoh beberapa hari sahaja.
Campurkan setengah cawan air perahan bawang merah bersama setengah cawan halba rebus. Kemudian bancuh sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu. Kacau dan minum campuran itu setiap hari.
Dengkuran kuat setiap malam adalah petanda anda perlukan rawatan. Tumbuk lumat tujuh biji badam. Campurkan dalam air suam dan kacau sehingga sebati. Minum setiap kali sebelum tidur. Ini akan mengurangkan dengkuran.
Atasi rekahan di bibir dengan meminum air kelapa muda yang dicampurkan dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.
Kesan kulit terbakar akibat sinaran matahari memang memalukan. Bagi mengatasinya, parut jagung muda dan tomato, kemudian ambil patinya. Gaulkan dengan satu sudu madu. Sapukannya pada seluruh kulit yang terbakar. Biarkan selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air. Lakukan setiap hari dan lihatlah hasilnya.
Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.
Rebus serai dan halia yang dititik, kulit kayu manis. Amalkan meminum air rebusan ini pagi dan malam agar tubuh menjadi ringan dan bertenaga.
Selamat mencuba.
Sumber: Mingguan Wanita Nov 14 |MS: 69
banyak petua tradisional yang boleh diikuti kan sue..cuma bergantung nak tak nak ja buat..hihi..
BalasPadamapapun, nice sharing..tq
setiap satu tu ada kebaikannya kan..petua zaman berzaman
BalasPadampetua traditional.. best. tapi jenis mamamyja nih asik nak hasilnya cepat saja. hahaha
BalasPadamBagus la petua ni, terima kasih Su :)
BalasPadamTq for sharing su..
BalasPadamPdahal apa y ada dlm khidupan harinya smua mbawa manfaat.. cuma kita je malas nak manfaatkannya.lbh rela beli produk2 y mgkin bcampur dgn bahan2 kimia kan
banyaknya petua yang tak menggunakan modal yang banyak dan mudah dicari
BalasPadamthanks sue atas perkongsian ni
Tq sis..antara rajin dgn tak je kan?
BalasPadamnak buat hat yg berdengkur tu..husband kuat berdengkur..kdg2 slap je pipi dia..kuat sgt oiii hahaha
BalasPadamsatu lagi nk try wat rebusan serai tuk tenaga badan..mcm best je
byk petua2 utk diamalkan ni kaksu. dah ssh nk jumpa pokok bunga puding tu skrg hehe
BalasPadameh.. petua guna lobak merah tu baru tahu. nanti boleh la cuba :)
BalasPadambanyak jugak petua yg saya x tau :)
BalasPadam