Assalamualaikum.
Usah menganggap bahawa nasi adalah sumber karbohidrat utama. Sebenarnya masih banyak lagi sumber karbohidrat yang lain. Ia tidak kalah manfaat dan sudah tentu mengenyangkan.
1) Pasta
Makanan ini dikaitkan dengan hidangan klasik Itali. Pasta dihasilkan daripada tepung, air, telur dan garam. Terdapat pelbagai jenis, saiz dan bentuk pasta seperti makaroni, spageti, lasagna, fettucine dan cociolini.
Kandungan karbohidrat di dalam pasta adalah sebanyak 40-50gm dan pengambilannya setara dengan 100gm nasi. Untuk menambah khasiatnya, masak pasta anda dengan cara sihat seperti merebus, memanggang dan sebagainya.
2) Sagu
Sagu adalah butiran atau tepung yang diperoleh daripada batang pohon sagu atau rumbia. Ia merupakan makanan ruji masyarakat Maluku dan Papua di Indonesia. Tepung sagu tinggi kandungan rasa sagu tetapi tidak tinggi protein dan lemak.
Paling enak adalah membuat bubur sagu dan dicampur dengan labu, pisang dan sebagainya
3) Ubi
Sumber karbohidrat ini mempunyai pelbagai variasi seperti keledek dan ubi bit. Untuk pengetahuan anda, khasiatnya dikenali melalui warnanya. Ubi bit mengandungi antosianin, iaitu sejenis bahan anti oksidan yang dapat mencegah pembuluh darah tersumbat.
Bahan ini juga baik untuk penglihatan, mengatasi diabetes dan melindungi fungsi otak. Keledek merupakan sumber beta karotena yang baik untuk sistem pencernaan. Selain membantu mengatasi masalah kanser, ia juga dapat mengatasi penyakit kardiovaskular.
4) Jagung
Jagung juga mengenyangkan dan membantu meningkatkan selera makan. Ia mengandungi serat dan asid folat yang membantu mengawal tahap kesihatan pembuluh darah. Selain rebus atau bakar, ada juga yang mencampurkan jagung ke dalam sup sayur.
5) Kentang
Selain nasi, kebanyakan orang gemarkan kentang untuk sumber karbohidrat dan membantu menurunkan berat badan. 200gm kentang bersamaan 100gm nasi. Untuk hidangan yang sihat, kentang enak direbus atau dipanggang.
6) Oat
Oat merupakan bijirin dan biasanya dimasak untuk menikmati rasanya. Sama ada dijadikan kuih, biskut atau roti, bubur oat adalah yang paling digemari.
Salah satu kebaikan oat selain sumber karbohidratnya adalah kemampuannya menurunkan paras kolesterol. 45gm oat mempunyai nilai kalori dan karbohidrat seperti 100gm nasi. Hebat!
Sumber: Rapi Mac 2013|MS: 87
Wana suka makan pasta, sagu dan oat..kalau x makan nasi tp dapat makan salah 1 dari 3 makanan ni pun dah ok.. :)
BalasPadamnani tak minat oat. hihihi :D
BalasPadamsemuanya el suka n sllu mkn if xmkn nasilah..tp sagu tu jarang mkn
BalasPadamtp lau pg dah oat..tghari dah nasi lauk yg ada ubi..mlm lak pasta/jagung
semua karbo..gemuklah gini kan sue
kena kurang kan pengambilan carbo lah sian badan ni ha
tulah igt tahun baru ni azam mcm tulah
dah gemuk xsuka xsuka ekeke
pnh buat tak mkn nasi shari.. lpas tu xleh tdo.. hih.. perut melayu..dh biasa mkn nasi..
BalasPadamok gak, tapi buat masa sekarang mamamyja memang cari nasi. makan nasi 3 kali sehari. aduhai, xnaek2 jugak berat badan nih. hihik
BalasPadamHmm... Dah biasa makan nasi tpi kurangkan sekali sehari je.
BalasPadamhehehe suka semua kecuali oat..!! nehi nehi khabi nehi.. tapi.. kalo 2cups nasi n 1cup oat then masak CT okay.. makan oat saja tu tak
BalasPadammampu hehe
hihi..xleh nak tinggal nasi.. dh mjdi kewajipan..
BalasPadamselamat tahun baru buat sue ;-)
saya selalu masak pasta
BalasPadam