Assalamualaikum.
Riyak ialah meminta atau inginkan sesuatu daripada bahagian dunia melalui ibadah serta mengharapkan kedudukan/tempat dalam hati manusia.
(Ibadat yang dilakukan itu bukan kerana mendapatkan redha Allah tetapi kerana ingin dipuji, dihormati dan diberikan tempat dalam hati manusia, ataupun dilakukan ibadat kerana Allah, namun dalam masa yang sama inginkan pujian dan penghormatan manusia).
Jenis-jenis riyak
Terdapat beberapa jenis riyak, antaranya:
- Menampakkan elok penampilan diri namun dalam masa yang sama mengharapkan kedudukan dan pujian di kalangan masyarakat.
- Sengaja memakai pakaian-pakaian yang pendek, berkedut lagi tidak terurus untuk menampakkan kehebatan zuhud beliau di kalangan masyarakat.
- Riyak melalui perkataan dengan melahirkan/melafazkan kebencian/kemarahan terhadap ahli dunia serta memperlihatkan peringatan dan kesedihan atas amal perbuatan kebaikan yang telah tertinggal atau tak sempat dilaksanakan.
- Menampakkan/memperlihatkan solat, sedekah atau mengelokkan solat serta amalan kebaikan yang dilakukan kerana manusia.
Peringatan Daripada Rasulullah
Hadis Rasulullah, riwayat Imam Ahmad di bawah ini sebagai peringatan kepada kita semua mengenai riyak. Moga Allah selamatkan kita daripada bersifat riyak.
“Sesungguhnya yang paling aku takuti ke atas kamu ialah syirik yang kecil. Lantas sahabat bertanya 'Apa itu syirik kecil wahai Rasul?’. Baginda bersabda: ‘Riyak’ Allah akan berfirman pada hari kiamat kelak apabila semua hamba telah diganjari setiap amalan mereka: “Pergilah kamu mencari orang atau individu yang kamu semua menunjuk-nunjukkan kepadanya setiap amalan kamu sewaktu kamu di dunia, apakah kamu semua dapati di sisinya ganjaran (dengan apa yang kamu riyakkan itu)”.
moga kita dijauhkan dari sifat riak..
BalasPadamsaya akui tiada manusia yang sempurna, ada masanya kita akan ter'riak'..
kdg2 tidak secara sengaja boleh menimbulkan riak
BalasPadamlau mcm tu..sebelum apa2 nak cerita or share better selidik dulu cerita tersebut riak or tidak
lau was2..simpan je lah kan
sama sama kita didik hati untuk elak sifat ni. salam jumaat akak :D
BalasPadammoga kita di jauhkan dari sikap begini kan sis?
BalasPadamterima kasih sebab berkongsi. in shaa ALLAH akan cuba jauhkan diri dari sifat riak ni...
BalasPadamsemoga kita terhindar dari sifat riak ini.. hilang pahala woooo kalau riak T.T pahala dahla cipot aje..
BalasPadamperingatan buat kita semua..semoga dijauhkan dari sifat ini..
BalasPadamsemoga dijauhkanlah kita dari sifat begini
BalasPadam