Penyakit campak atau lebih dikenali sebagai demam campak ialah penyakit berjangkit yang disebarkan oleh virus yang menyerang sistem pernafasan melalui bersin atau batuk.
Al kisahnya begini, sewaktu kecik dulu Sue, belum kena demam campak lagi. Semasa anak sulong berada di taska, waktu tu dia berusia 3 bulan kalau tak silap. Pada masa itu, Sue masih bekerja di pejabat. Habis jer pantang terus hantar anak ke taska.
Balik kerja petang tu main sekejap dengan anak, Sue perasan ada biji-biji berair di tepi pinggang badan dia. Dalam hati terdetik, Oh no! campak ke ni? Sebab dia tak demam pun.
Esok pagi bangun tengok dah penuh badan dia, belum lagi turun ke kaki. Jadi, memang confirmlah kena campak.
Kesian anak Sue, baru habis pantang dah kena demam campak pulak. Sue hanya sapu calamine lotion dan mandikan dia dengan air sabun Neem, memandangkan susah nak mendapatkan daun semambu di kawasan perumahan Sue.
Selepas 10 hari, demam campak anak dah hampir sembuh, giliran Sue pulak kena. Tak sangka di usia Sue 25 tahun ketika itu kena demam campak. Malam tu Sue rasa seakan-akan sakit sendi, lenguh segala urat, badan rasa seram sejuk. Malam tu tidur selubung dengan sweater dan selimut.
Esok pagi bangun terkejut tengok badan dah penuh dengan campak. Pasrah je lah...Setiap hari Sue sapu seluruh badan dengan calamine lotion, minum air kelapa dan mandi dengan sabun Neem. Alhamdulillah memang tak menggaru.
Selepas seminggu, demam campak Sue mula surut, alhamdulillah bersyukur sangat.
Demam campak ni orang kata boleh berulang lagi, so kena jaga-jagalah ye. Part yang paling mencabar ialah nak menahan gatal tangan nak menggaru dengan nak hilangkan parut selepas demam campak.
Dilema ini turut dirasai oleh Puan Hidayah yang mengalami demam campak sewaktu di usia dewasa. Muka beliau bercapuk, penuh parut. Apa yang beliau buat untuk kembali cantik? Jom tonton video ni.
Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula
Puan Hidayah berasa sangat rendah diri akibat parut yang teruk di muka. Beliau malu dengan suami dan juga dengan orang sekeliling.
Selepas sebulan mengambil set kecantikan kulit Shaklee iaitu B Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP dan Gla Complex, beliau kembali cantik dan kembali yakin tampak cantik di mata suami. Alhamdulillah, usaha yang membuahkan hasil.
Menghilangkan parut adalah cabaran terbesar, tapi dengan set kecantikan Shaklee ini, tiada apa yang menjadi masalah lagi.
Mengapa perlu tunggu lagi? Jangan biarkan kekesalan menyelubungi anda pada masa akan datang. Jika anda membeli produk ini sekarang, bermakna anda telah membuat pilihan yang sangat bijak. Alah membeli, menang memakai.
Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.
Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Subang Air pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.
Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan klik butang Google+ atau Facebook kepada rakan-rakan anda. Siapa tahu, penulisan ini mampu membantu mereka yang memerlukan. Terima Kasih :)
baru tahuu ada sabun untuk hilangkan perut
BalasPadamwana kena campak time darjah 3 kalau tak silap..time raya macam tu..memang demam juga la..huu
BalasPadamdah sihat ye ni su..alhamdulillah..seram dengar demam campak ni..
BalasPadamlahh dua branak ni kena campak ke
BalasPadamtulah kena campak ni kdg2 berulang balik kan
kat mana beli sabun tu sue
mn tau kut2 weols lak terkena nti
bolehlah mandi ngan sabun tu nganti daun semambu tu kan
El, sabun tu dkt farmasi ada jual.murah je rasanya ^^
BalasPadamterima kasih atas infonya... saya pernah kena demam ni masa kecik... azab kemain tapi masa tu takder sabun2 tu... entah macam mana lah boleh pulih masa tu...
BalasPadamsalam kenal dan salam singgah
sy pnh kena campak masa darjah 4...kepala berdenyut masa kena....
BalasPadamAssalam..kathy datang jenguk entri GMBMians.. :)
BalasPadampernah kena juga ni...tension..
Produk himalaya ni best :)
BalasPadamSha kena masa kecik dulu... kalau kena sekarang memang berdepan maut....
CT dah kena gak time kecik.. alhamdulillah parut tak ada melekat sampai besar.. usually parut kalau kat muka senang juga nak hilang.. bahagian lain tu huurm..
BalasPadamtak ingat dah kena demam campak ke belum... nice petua :)
BalasPadamBLOG OH! BLOG
Kak An pernah kena time kecik-kecik dulu. Tak tahu la camna emak buat, langsung takdak parut
BalasPadam