Atasi Sakit Senggugut Dengan Mudah dan Cepat Tanpa Perlu Minta MC Dari Bos


Senggugut adalah antara masalah yang biasa dihadapi kaum wanita semasa didatangi darah haid. Ada di antara rakan saya yang perlu mengambil cuti sakit kerana mereka mengalami sakit yang teramat sehingga tidak mampu berjalan.

Sakit ini turut dirasai oleh Puan Maria. Beliau mengibaratkan sakit senggugut ini seperti sakit contraction, rasa macam nak patah pinggang. Nak duduk tak selesa, nak baring pun tak selesa. Serba tak kenalah!

Korang tengoklah video ni sampai habis apa yang terjadi pada Puan Maria yang first time diserang sakit senggugut ni. Ouch ngerinya!..

Masalah Senggugut Teruk Nak Patah Pinggang! Mak Aih, Nasib Dah OK

Terasa kesakitannya apabila melihat mereka berguling-guling di katil dan menangis kesakitan. Saya tidak ada pengalaman senggugut yang teruk dan sekali sekala sahaja mengalaminya. 

Apakah punca senggugut? 
Semasa kelas biologi dahulu, cikgu saya menerangkan senggugut disebabkan pergerakan otot uterus yang mengecut dan mengembang dengan kuat semasa darah kotor turun daripada dinding uterus membawa kepada kontraksi. 

Pergerakan ini yang menyebabkan kita berasa ngilu apabila darah kotor keluar. Ini antara perkara yang saya masih ingat sampai sekarang walaupun kelas itu 12 tahun dahulu. 

Jenis senggugut 
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea boleh dikategorikan kepada dua iaitu: dismenorea primer dan dismenorea sekunder

1) Jika anda mengalami senggugut sejak daripada awal kehadiran darah haid, anda tergolong dalam dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. 

Doktor kamu mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh kamu semasa pemeriksaan. Antara penyebabnya adalah ketidakseimbangan bahan kimia di dalam badan dan faktor genetik.

2) Dismenorea sekunder pula adalah golongan yang mengalami senggugut selepas 2 -3 tahun daripada kehadiran darah haid pertama. Golongan ini perlu berhati-hati dan mendapatkan rujukan doktor bagi rawatan lanjut.

Sesetengahnya dapat diubati dengan mengambil pil penahan sakit. Kenapa berbahaya? Dismenorea jenis ini boleh disebabkan oleh faktor berikut: 
  • Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus 
  • Jangkitan 
  • Radang Rongga Pelvis 
  • Endometriosis 
  • Penyakit usus seperti apendisitis 
  • Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio 
Bolehkah senggugut dicegah?
Senggugut boleh dicegah dengan pengambilan pil tahan sakit. Ala yang macam jenama pa**d*l tu tapi saya tidak pasti dengan kesan jangka panjangnya jika setiap kali sakit, anda telan sebiji. 
  • Cara lain dengan mengubah cara hidup kepada gaya hidup sihat terutama daripada segi pemakanan. Perbaiki diet : Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli. 
  • Kurangkan garam. 
  • Variasikan pilihan minuman : Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu. 
  • Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan. 
Bagaimana dengan lemak yang berkualiti?
  • Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea. 
  • Kekal aktif. Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea. 
  • Berhenti merokok 
  • Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf. 
  • Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda. 
  • Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri kamu. Jika kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit. 
Kredit to : Kotex Malaysia

Inilah tujuan menulis cerita mengenai senggugut. Pengambilan kalsium dan magnesium dalam diet boleh mencegah senggugut.

Info daripada Period Pain Relief


Calcium supplements and other mineral and vitamin supplements can also help you get rid of period pain. Calcium helps in maintaining the muscle tone in the body preventing you from getting painful cramps. Magnesium helps in improving the body’s capacity for calcium absorption. You end up loosing less calcium from the body and hence reduce your muscle cramps.

Produk Shaklee yang saya cadangkan?


Shaklee OsteMatrix adalah gabungan calcium+magnesium+vitamin D yang anda boleh ambil untuk mencegah dan mengelakkan senggugut. Pengambilannya dapat mengawal kontraksi otot uterus.

Shaklee GLA Complex mengandungi pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi. Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA.

Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut. Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis.

Apa kata mereka yang telah mencuba? (Klik imej untuk pembesaran)

Testimoni 1: Selamat tinggal penadol


Testimoni 2: Period pain hilang


Testimoni 3: Keluar segala darah kotor walaupun period pain masih belum berkurang


Usah ragu-ragu dengan produk yang terbukti berkesan ini. Jika anda membeli produk ini sekarang, bermakna anda telah membuat pilihan yang sangat bijak. Peluang bijak ini tidak harus dilepaskan.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Subang Air pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja. 

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan klik butang Google+ atau Facebook kepada rakan-rakan anda. Siapa tahu, penulisan ini mampu membantu mereka yang memerlukan. Terima Kasih :)

7 ulasan:

  1. kwn sy dulu selalu kena senggugut mcm ni...tp lepas bersalin dah xde dah....hihihi

    BalasPadam
  2. Tertawan dengan produk shaklee ni..

    BalasPadam
  3. ada gak kwn2 yg mengalami sengugut ni..smpai teruk sgt tiap bulan sure mc

    BalasPadam
  4. wana penah alami sengugut yang teruk..rasa nak pitam pun ada..alhamdulillah sejak amalkan pemakanan yang sihat dan supplemen sakit sengugut dan kurang bila period.

    BalasPadam
  5. dulu sebelum kawin tiap-tiap bulan senggugut teruk... tapi bila dah bersalin, hilanglah terus senggugut teruk :)

    BalasPadam
  6. baru tahu pasal senggugut primer dengan yg lagi satu tuh...kite primer rasanya, mmg dari first period dah senggugut....baru2 ni kita ade bace dekat mana entah, mmg betul, sebelum period elok elakkan minum kopi dan kurangkan makanan bergaram...sebab dia dehydratekan badan kita...masa nak period badan kita dah mmg sedia dehydrate kan... seeloknya minum air puteh banyak2 sebelum period... akk, rasanya xtaulah elok ke x makan panadol tuh...tpi kalau ubat yg betul2 untuk sakit period kan, namanya ibuprufin, dia mmg khas untuk kawasan2 macam perut, kelenjar dekat leher... kita xtau sangat, semalam terbaca sikit2.... :D

    BalasPadam
  7. tak galak laaa nak makan panadol tu.. usuallu senggugut CT dalam stengah hari saja.. lepas tu okay. syukur bukan jenis yang berlarutan tapi mood memang kelaut kalo time senggugut.. tak pernah lagi melarat 2/3 hari..

    hidup ostematrix !!! =D

    BalasPadam