Pemakanan Sesuai Waktu Alahan Untuk Ibu Hamil Tetap Kekal Cergas Bertenaga

makanan mengelakkan muntah sewaktu hamil

Alahan sewaktu hamil menyebabkan ibu hamil tidak bertenaga maklumla setiap kali makan akan muntah balik segala isi perut. Hal ini sedikit sebanyak akan menganggu aktiviti harian ibu hamil.

Namun ada tips menarik yang dikongsikan oleh Puan Ainul. Walaupun 7 bulan hamil, beliau tetap kekal bertenaga sehingga berjaya memanjat Candi Borobodur, Jogjakarta dengan jayanya. Apa rahsianya? Jom tonton video ini.

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo!

Sama seperti sebelum hamil, pemakanan yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi.

Kunci utama untuk mengetahui sama ada anda telah pun mengamalkan pemakanan sihat ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan berbeza-beza mingikut saranan piramid makanan dengan jumlah yang mencukupi.

Amalkan

1) Apabila anda sedar pada waktu pagi, makan biskut tawar (cracker). Ia akan membantu menyerap asid perut dan menyimpan tahap gula dalam darah daripada menjadi terlalu rendah. Selepas itu, rehat selama 15 minit terlebih dahulu sebelum bangun daripada katil.

2) Ambil makanan tertentu dalam hidangan atau kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong setiap dua jam walaupun ketika itu anda tidak lapar. Ini dapat mengelakkan perut kosong anda terisi dengan asid yang boleh mencetuskan loya.

3) Biasakan diri untuk kerap mengambil snek berkhasiat seperti buah-buahan segar, buah-buahan kering, biskut, yogurt dan lain-lain di antara sela waktu makan utama.

4) Makanlah apa sahaja yang anda ingini asalkan ia berkhasiat tetapi elakkan diri daripada mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng dalam jumlah yang keterlaluan.

5) Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana biasanya makanan sebegini kurang mempunyai bau yang tanpa disedari boleh menyebabkan anda loya.

6) Elakkan mengambil makanan dan minuman yang mengandungi kafein secara berlebihan dan merokok.

7) Minum air sekurang-kurangnya dua liter sehari untuk menggantikan bendalir yang hilang. Anda boleh lakukannya dengan meminum segelas air bagi setiap jam.

8) Elakkan minum sejumlah air yang banyak semasa makan ataupun sebelum dan selepas makan.

9) Legakan perut dengan mengambil makanan yang mengandungi halia. Pengambilan air halia juga boleh mengurangkan rasa mual.

10) Minuman berperisa masam yang mengandungi lemon atau limau boleh diminum jika anda tidak berselera untuk minum air kosong.

11) Pada waktu tertentu di waktu malam, anda mungkin berasa lapar ketika terjaga daripada tidur. Jangan tidur dalam keadaan lapar.

Elakkannya dengan mengambil kudapan seperti roti atau biskut. Langkah ini merupakan salah satu cara yang dapat mengatasi rasa loya atau muntah.

12) Ambil vitamin pra kehamilan anda selepas makan atau sebelum tidur.

Petua lain hilangkan loya dan muntah:

Makan nasi yang lembut dengan kuah yang direbus seperti singgang mengandungi serai atau salad bersos daun pudina. Jenis makanan seumpama ini berupaya membantu mengurangkan rasa loya di samping menjauhi penyakit gastrik.

Memamah sedikit gula, asam atau garam yang digaul, seperti asam boi atau jeruk halia muda. Jeruk halia dapat melawaskan pembuangan angin.

Info:
Wanita hamil memerlukan penambahan 300 kalori/ hari berbanding biasa terutamanya di trimester akhir kehamilan. Pada waktu ini bayi membesar dengan pantas.

Sumber: Pa & Ma, April 2013

9 ulasan:

  1. terima kasih berkongsi...info yang bermanfaat nih...

    BalasPadam
  2. Terbaiklah sis..

    BalasPadam
  3. assalam sue..wana datang jenguk sini .. :)

    BalasPadam
  4. Bestnye kalau leh rasa pegalaman mengandungkan

    BalasPadam
  5. bagus perkongsian info sue ni buat ibu2 yang mengandung :)

    BalasPadam
  6. nice sharing... wpun alahan, kena amalkan pemakanan sihat juga :)

    BalasPadam
  7. kite baru tahu, orang mengandung kena makan lebih 300 kalori tuh... kita xpernah mngandung lagi :D bagus tips yg akk kasi ni :D

    BalasPadam
  8. peergh dia panjat candi tu.. terbaik lah..
    yang jangan tinggal perut kosong tu memang haruslah.. makan bukan sekali makan terus banyak2..
    tapi sikit2 dan kerap..

    BalasPadam