Petua Merawat Kembung Bayi

petua merawat bayi kembung

Bayi sangat mudah diserang masalah kembung perut. Biasanya angin masuk ke dalam perut bayi ketika bayi menyusu, menangis ataupun bernafas. Kembung perut menyebabkan bayi rasa tidak selesa lalu menangis dan tidak mahu tidur. 

Bayi yang sering kembung perlu disendawakan setiap kali selepas menyusu agar udara yang terkumpul di dalam perutnya keluar. 

Untuk pengetahuan, bayi yang minum susu terus dari payudara ibu kurang mengalami masalah ini berbanding bayi yang menyusu menggunakan botol susu. Hal ini kerana ibu boleh mengawal sendiri aliran susu yang diminum bayi seterusnya mengurangkan jumlah angin masuk ke tubuh bayi. 

Bayi yang menyusu menggunakan botol banyak menelan udara yang telah tersedia terkumpul di dalam botol susu tersebut. 

Bagaimana mengatasi masalah kembung perut?

1) Pastikan botol susu disendengkan sehingga susu menutupi permukaan lubang putting agar tidak banyak udara masuk bersama semasa bayi menyusu 

2) Sendawakan bayi anda setiap kali selepas menyusu 

3) Tuam perutnya setiap kali selepas mandi 

Petua merawat kembung 

1) Ambil tiga helai daun mengkudu muda dan sapukan dengan minyak kelapa. Kemudian layurkan ke atas api selama dua minit dan ditekapkan daun tersebut pada perut bayi. 

2) Layurkan dua helai daun sirih dan letakkan pada perut bayi. Tutupkan dengan barut dan ikat dengan kemas. 

3) Ambil beberepa helai daun cekur lalu ditumbuk. Kemudian sapukannya pada perut bayi tiga kali sehari. 

4) Ambil seulas bawang putih dan ketuk. Campurkan dengan sedikit jintan putih. Bungkus semuanya dalam kain dan ikat kemas. Panaskan di atas bara dan apabila sudah suam-suam kuku, tuam pada pusat dan perut bayi dan telapak kaki bayi perlahan-lahan. 

5) Ambil jintan manis, masukkan ke dalam kain dan punjutkan. Panaskan sedikit atas api dan tuam pada perut bayi.

Selamat mencuba :)

6 ulasan:

  1. Perkongsian yang menarik... terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat ini sue...

    BalasPadam
  2. wahhh....bagus ni utk ibu2 baru dan bakal2 ibu hihih

    BalasPadam
  3. nice info.. dulu anak first tak tahu lak kena sendawakan. 3 minggu baru bidan urut tolong sendawakan. nasib baik tak kembung perut :)

    BalasPadam
  4. Nice info. Baby saya memang amat jarang kena kembung perut sebab menyusukan badan.

    BalasPadam
  5. uish penting ni.. CT tngk kakak slalu urut2 prut baby kekadang tu smpai kentut.. da kentut bru kakak lega..

    BalasPadam