Senaman Ikut Bentuk Tubuh

Assalamualaikum.


Tahukah anda bahawa senaman yang kita lakukan perlu mengikut bentuk badan kita? Sepertimana diet mengikut jenis darah, senaman juga boleh dikategorikan mengikut bentuk badan. Pernahkah kita melakukan senaman sekian lama tetapi tetap tidak memberi kesan apa-apa kepada kita? 

Berikut senaman sesuai mengikut bentuk badan:

Badan lurus
Senaman yang sesuai ialah push up, berjalan di atas treadmill (atau berjalan perlahan), step ups dan martial arts (silat, teakwando dan lain-lain).

Badan pear
Senang membina otot tapi sukar  menurunkan berat badan terutama sekali lemak. Banyakkan senaman untuk bahagian bahu dan lengan.

Badan melengkung
Lakukan senaman yang memberi tona dan bentuk keseluruhan badan. Senaman yang sesuai adalah naik turun tangga atau buat step ups, pilates, yoga dan lompat tali.

Badan atlet
Banyakkan senaman atau workout terutama untuk bahagian punggung

Sumber: Rapi 2014

Nota hati: Sue buat je senaman yang mudah setiap hari. Tak rigid sangat seperti yang dicadangkan di atas. Asalkan badan sihat dan rasa cergas setiap hari, itu pun sangat disyukuri :)

9 ulasan:

  1. wah, terima kasih ye atas information ni.. pengetahuan baru untuk Zue ^_^

    BalasPadam
  2. alamak.. nak identify bentuk badan yang mana pun satu hal =P miahahaha..

    BalasPadam
  3. hahaha, macam-macam bentuk... badan apple takde senaman ke?? ;)

    BalasPadam
  4. tq for sharing su...
    rupanya senaman pon ikut kategori bdn jugak...

    BalasPadam
  5. oooo....baru tau senaman pon ikut bentuk badan...selama ni men taram jer hahahah

    BalasPadam
  6. saya jenis apple
    camna pulak gaya senaman dia

    BalasPadam