Aku akan diharamkan daripada mendapat ilmu yang bermanfaat
Aku pasti sentiasa murung dan akan wujud keresahan dalam hati
Segala urusan yang aku lalui setiap hari pasti dihurung kesusahan dan kepayahan
Perkara ketaatan diharamkan daripada diriku
Aku diharamkan daripada mendapat keberkatan
Terasa sempitnya dadaku
Aku terus bergeluman dengan pelbagai perkara buruk lagi
Dosa dan maksiat itu menjadi kebiasaan bagiku
Sedihnya apabila Allah menghina diriku ini
Hatiku bertambah pedih ketika manusia lain memandang hina kepadaku
Bahkan, binatang ternakan turut melaknatiku
Hanya kehinaan yang layak buat diriku
Hatiku dipenuhi dengan titi-titik hitam
Aku diselubungi kelaknatan
Doa aku terhijab dan terhalang daripada dimakbulkan
Aku tidak lagi mengecapi kebahagiaan
Perisai malu tidak lagi bertahan dalam diriku
Tanpa disedari, nikmat yang ada telah ditarik oleh Allah
Diri aku sudah tentu dibaluti perasaan takut yang tidak terperi
Aku mampu ditawan oleh syaitan dengan mudah
Pengakhiran hidupku sudah tentu dalam keadaan yang buruk
Akhirnya, azab dan seksaan Allah menantiku di akhirat
Ya Allah, aku ingin bertaubat...Aku menyesal atas segala dosa dan maksiat yang aku telah lakukan...
Kredit: Solusi Isu #46 MS:20
peringatan buat diri sendiri dan semua..
BalasPadamthanks sue sharing this
BalasPadamAllah sntiasa menerima taubat kita selagi kita ikhlas utk bertaubat...
BalasPadamhidup takkan senang dan tenteram sekiranya masih melakukan dosa ,melainkan kita bertaubat
BalasPadam