6 Senaman Untuk Ibu Hamil Kekal Cergas

Bersenam ketika hamil mampu mempertingkatkan sistem pernafasan. American College Of Obstericians and Gynecologist (ACOG) menyatakan, kegiatan senaman ringan selama 20 minit setiap hari mampu mencergaskan diri. 

Banyak kajian menunjukkan senaman membantu memudahkan proses bersalin kerana wanita ada tenaga kuat untuk meneran dan menolak bayi keluar. Tak nakla dalam pantang trauma macam Puan Khadeejah ni, kesian dia sebab mengalami sembelit yang teruk.

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit 

Bagusnya bersenam sewaktu hamil antaranya ialah:
  • Meningkatkan pemulihan selepas bersalin 
  • Mengurangkan kekejangan yang sering berlaku semasa mengandung 
  • Mengurangkan risiko penambahan berat badan selepas bersalin 
Tengok contoh macam Puan Salwa ni, berjaya menurunkan berat badan sehingga 20kg selepas berpantang. Kagum sungguh Sue melihat semangat beliau.

Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! 

Selain itu, jenis senaman pula mestilah bersifat lembut dan sederhana seperti pilates, senaman keseimbangan badan, tai chi, berjalan dan berenang. Ia bukan sahaja lembut tetapi turut memberi penekanan kepada teknik pernafasan yang sangat penting.

Suka Sue nasihatkan pada mommies untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu berhubung senaman yang sesuai anda lakukan. Jadi Sue kongsikan 6 senaman yang boleh ibu hamil lakukan sendiri di rumah mahupun di mana jua.


1) Senaman lantai pelvik
Semasa mengandung, otot-otot pelvik menjadi lemah kerana menampung beban yang banyak. Jadi anda akan mudah terkencing semasa bersin, batuk atau muntah. Senaman ini membantu menguatkan otot-otot pelvik.

Caranya dengan membuat kemutan. Tahan seperti menahan kencing dan bernafas seperti biasa. Lakukan dalam kiraan enam saat kemudian rehat dan ulang semula.


2) Menaiki tangga
Senaman ini tidak sesuai dilakukan pada awal kehamilan kerana bimbang rahim ibu masih belum kuat untuk menghadapi tekanan semasa menaiki tangga. Menaiki tangga banyak melibatkan otot paha dan pelvik. Menaiki tangga dengan kerap tetapi tidak laju dipercayai dapat mempercepatkan  bukaan perineum dan memudahkan proses bersalin.

Contoh seperti Puan Ainul ni, dah hampir bersalin pun masih kuat memanjat Candi Borobudur, Fuyyo! Cayalah mama gojes ni...

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! 

3) Berjalan kaki
Aktiviti berjalan juga boleh mengeluarkan peluh dan menggerakkan otot-otot yang bakal digunakan semasa bersalin. Mulakan berjalan secara perlahan dengan jarak yang dekat. Amalkan sebanyak tiga kali dalam seminggu. Kemudian boleh ditambah kelajuan berjalan dan jumlah jarak.

4) Bertinggung
Bertinggung seakan mencangkung, tetapi ia ditahan oleh jari kaki. Semasa bertinggung, kaki berada dalam keadaan bertinjit. Letakkan kedua-dua tangan di atass kedua-dua belah lutut dan tahan selama yang mampu. Lakukan senaman ini sekerap yang anda mahu. Senaman ini boleh meredekan ketegangan punggung serta membantu meregangkan kaki.

mencangkung

5) Kerja rumah
Melakukan kerja-kerja ringan di rumah turut menjadi salah satu aktiviti senaman. Elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh mencederakan ibu dan janin dalam kandungan. Jangan lupa minum banyak air.

Tengok contoh seperti Puan Haridah ni, dalam keadaan berpuasa pun masih kekal cergas dan aktif walaupun sedang hamil.

Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni

6) Berenang
Kawalan pernafasan semasa berenang dapat membantu proses bersalin kerana nafas yang panjang bakal diperlukan semasa meneran. Selain itu, berenang dapat menguatkan otot-otot semasa berada di dalam air.

swimming

Diharapkan pada ibu hamil untuk mencuba aktiviti senaman yang Sue kongsikan di atas. Jangan lupa untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti senaman anda. Semoga mommies kekal cergas dan dipermudahkan urusan bersalin kelak.

7 ulasan:

  1. perkongsian yang sangat bermanfaat su..saya suka

    BalasPadam
  2. info yang sangat bermanfaat mba terimakasih :)

    BalasPadam
  3. ibu hamil pun boleh bersenam rupanya

    BalasPadam
  4. tak pernah bersenam time ngandung, just no 2, 3, 5 aje :)

    BalasPadam
  5. baru tahu...rupanya ada senaman utk ibu yg mengandung

    BalasPadam
  6. org yg xmengandung pon leh gak ikut senaman nih kan...mudah hehehhe

    BalasPadam
  7. dulu masa mengandung sanggup naik tangga, taknak naik lif
    kiranya nak bersenam la

    BalasPadam