8 Rahsia Cepat Kurus Selepas Bersalin Tanpa Perlu Pergi Ke Gym

Selepas bersalin, apa yang ada di fikiran ibu-ibu ialah usaha untuk kembali langsing. Ye lah kan, semasa hamil berat badan naik banyak dan bentuk badan banyak berubah. Mestilah nak jaga penampilan yang cantik depan suami. Kang cik abang asyik komplen jer, panas telinga ni mendengar kan?

rahsia cepat kurus selepas bersalin

Contohnya macam Puan Salwa ni, orang tak percaya yang dahulunya beliau pernah kurus. Akibat malu diejek oleh rakan-rakan, kini beliau telah berjaya menurunkan sehingga 20kg selepas bersalin.

Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! 

Paling nyata, selepas bersalin, perut akan menggeleber dan kendur kerana kelemahan otot dan kulit yang meregang di abdomen. Jangan putus asa, amalkan tip kurus berikut bagi memastikan impian anda untuk kembali langsing seperti dahulu menjadi kenyataan.

1) Santai
Untuk mengembalikan bentuk tubuh yang langsing, ia memerlukan masa. Tubuh badan anda telah mengalami satu perubahan yang besar selama sembilan bulan hamil. Jadi janganlah terlalu memaksa dan berharap untuk kembali langsing dalam tempoh masa yang singkat.

2) Susukan anak
Seorang ibu yang menyusukan bayi dapat menghilangkan lebih banyak berat badan. Sebanyak 500 kalori dibakar setiap kali anda menyusukan bayi anda.

menyusu bakar 500 kalori
Menyusu membakar 500 kalori setiap hari

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan 

3) Bergerak


kereta sorong

Dapatkan nasihat doktor mengenai senaman atau olahraga yang sesuai dilakukan selepas bersalin. Paling mudah, membawa bayi berjalan di sekitar rumah dalam kereta sorong/stroller selama 30 minit dan amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

4) Makan sedikit
Jangan menunggu rasa lapar untuk makan kerana berpotensi untuk makan lebih banyak ketika ini. Kurangkan nasi dan lebihkan lauk dan sayur-sayuran. Anda disyorkan mengambil 5-6 sajian kecil setiap hari.

5) Kudapan sihat


buah tempatan

Gantikan kudapan seperti kerepek dan ais krim kepada makanan yang lebih sihat seperti kekacang, buah-buahan dan salad.

6) Banyakkan serat
Selain mengenyangkan, makanan berserat membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit. Antara makanan yang disyorkan ialah bijirin, buah-buahan segar, sayur-sayuran, roti gandum dan beras merah.

7) Banyakkan minum air


berapa banyak perlu minum air

Air sama fungsinya seperti minyak yang dapat melancarkan fungsi organ di dalam tubuh. Pastikan tubuh sentiasa  dipenuhi keperluan cairan kerana ia amat penting untuk menurunkan berat badan, membantu pencernaan dan mengurangkan nafsu makan.

8) Ambil protein
Gantikan daging berlemak dengan ayam atau ikan. Ikan salmon contohnya merupakan sumber omega 3 yang telah terbukti mengurangkan pengurangan dan membantu menurunkan berat badan.

Selamat mencuba :)

8 ulasan:

  1. banyak minum air dan menyusukan anak paling win utk kite.

    BalasPadam
  2. el ni still bf sue
    tp x kurus pun hahaha
    nak kata exercise..dah byk exercise kat umah tu ha
    smpai berpeluh2..kdg2 nyampah je tau x kurus2 hehe

    BalasPadam
  3. nice sharing ... no 4 dgn 5 tu susahnya nak ikut :p

    BalasPadam
  4. perkongsian yang baik ni sue..nanti wana nak share dengan member wana yang baru ja bersalin :D

    BalasPadam
  5. tis ni juga sesuai utk org spt sis JM ni..perut buncit huhuh

    BalasPadam
  6. moga makin chantek lepas bersalin hihihi

    BalasPadam
  7. jom, jom amalkan
    semoga kita semua cepat kurus

    BalasPadam