Family Day Keluarga Pak Ali & Che Bashah 1-3 May 2015

Assalamualaikum.

Pada 1- 3 May 2015 yang lepas, Sue telah menghadiri Family Day bertempat di Bukit Merah Lake Town Resort Perak. Family Day ini adalah adik beradik belah ibu Sue. Seramai 6 buah keluarga telah berkumpul pada hari tersebut.

Sepanjang berada di sana pelbagai aktiviti telah diadakan bagi mengeratkan ukhuwah antara kami sekeluarga seperti acara memancing itik, mewarna, tampal sticker dan lain-lain. Belah malamnya sesi flash back balik kenangan masa dahulu semasa arwah tok bapak dan opah (kiranya pangkat atok dan tok wan Sue) masih ada.


Keesokan harinya adalah acara makan makanan sedap di sekitar Perak seperti Cendol Kedai Bismillah, Kuetiow Dolly, roti canai. Selepas makan-makan, kami jalan-jalan ke Taman Tasik Taiping dan selepas itu bergerak pulang ke rumah masing-masing.


Tahun hadapan insyaAllah giliran keluarga Sue pula sebagai tuan rumah untuk menganjurkan Family Day ini.

Apa-apa pun memang best sangat family day ni. Selain dapat berjumpa dengan saudara mara, anak-anak pun enjoy bermain dengan sepupu-sepupu diaorang.

Kawan-kawan ada pendapat atau idea yang boleh dikongsikan berkenaan aktiviti- aktiviti menarik untuk golongan ibu bapa. Kongsikan di komen ye. Terima kasih.

5 ulasan:

  1. bestnye dpt berkumpul ramai2 camni...mesti havoc...erm tp sy xde idea la awk...biasa tengok org buat family gathering ni, sama ada buat aktiviti game / sukaneka...bbq...camtu jela..eheh

    BalasPadam
  2. best juga bila join aktiviti macam ni kan sue..nampak fun.. :)

    BalasPadam
  3. kiranya ada rotation lah ni eh...bestkan kalau buat aktiviti begini boleh eratkan silaturrahim

    BalasPadam
  4. daaaatang utara tak habaq mai !! ceq tacing.. bukit merah ngan rumah CT 30min jeeee kak oooi..

    BalasPadam