Hari Sukan Sekolah Amjad 2015

Selamat berhujung minggu.

Apa aktiviti mommies harini? Pagi tadi Sue berkesempatan menghadiri sukan sekolah anak Sue. Awal-awal pagi lagi Amjad bangun dengan mood ceria. Excited dia nak bersukan. 

Masa sarapan siap minta nak makan vitamin omega dan vitalea children, katanya nak bagi kuat nanti boleh menang....bijak sungguh anak ibu ni :) Antara sukan yang Amjad masuk ialah masukkan air dalam botol, bertukar ganti pass belon air dan terompah gergasi.


Teringat zaman Sue dulu, terompah gergasi tu guna tempurung kelapa je, sekarang dah makin advance, ianya dibuat dengan getah.

Selepas selesai aktiviti sukan anak-anak, kini tibalah masanya sukan untuk ibu bapa pula. Acara sukan untuk kaum ibu ialah acara belon paling lambat pecah dan tarik tali antara guru dan kaum ibu. Sue tak join sebab bawa baby, susah sikit la kalau nak join tadi..

Memang best dan kelaka melihat telatah cikgu dan kaum ibu dalam aktiviti sukan tersebut. Cikgu juga yang menjuarai acara tarik tali tadi. Hebat betul cikgu-cikgu ni..


Aktiviti sukan untuk kaum bapa pula ialah tarik tali dan siapa paling cepat habiskan makan buah tembikai potong. Yang ni pun tak kurang kelakanya, melihat aksi bapa-bapa makan buah tembikai habis comot muka.

Apa-apa pun memang enjoy la menghadiri sukan sekolah Amjad. Setahun sekali je kan. Ibu bapa masing-masing ramai yang hadir sebagai tanda sokongan pada anak-anak. First time juga Sue hadir pada majlis sukan sekolah Amjad, tahun lepas tak berkesempatan hadir sebab masih dalam pantang.

Di akhir majlis, semua pelajar diberikan hadiah pingat sebagai tanda penghargaan bermain sukan dengan baik.


Terima kasih pada guru-guru kerana melatih anak-anak kami bersukan, menyediakan tempat sukan yang selesa dan juga makanan yang sedap. Keep it up untuk next year punya sukan pula insyaAllah.

7 ulasan:

  1. hari sukan sekolah my dotter bulan lepas... wpun kepanasan tapi seronok kan :)

    BalasPadam
  2. comelnya hahaha.. game2 semua mmg bebudak nye type sngt Kak Sue..
    mak mak kalo main hehehe..

    BalasPadam
  3. seronok tengok anak2 bsukan...xsabar tunggu turn thaqif plak...eh? hahahah

    BalasPadam
  4. xsabar jugak ni tgu hari sukan sekolah anak2..nak tgk diorg masuk ape ntah haha

    BalasPadam
  5. best tengok anak2 bersukan..comel ja telatah diorang.. :D

    BalasPadam
  6. alhamdulillah kerana thn ni boleh hadir

    BalasPadam
  7. sonok tgk gelagat budak2 ni hihihi

    BalasPadam