Resepi Biskut Keju @ Cheesekut

Assalamualaikum.

Biskut keju atau cheesekut nama glamornya adalah salah satu pencuci mulut kegemaran Sue. Resepinya sangat mudah kerana tak perlu menggunakan ketuhar. Jom kita lihat resepinya di bawah.

Sumber google
Bahan-bahan:
1/2 tin susu pekat manis
250gram krim keju
1 paket biskut cracker original
1 kotak kecil susu segar
150gram nestum

Cara-cara menyediakannya:
1) Campurkan susu pekat bersama keju
2) Pukul sebati sehingga kembang
3) Rendamkan sebentar biskut caracker dengan susu segar, jangan sampai kembang
4) Susun rapat di dalam loyang empat segi
5) Buat satu lapisan keju di atas biskut tadi sehingga menutupi biskut cracker
6) Taburkan nestum di atas lapisan keju. Ulang langkah 3,4 dan 5 mengikut ketebalan yang dikehendaki. Sejukkan di dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan.

Info: Biskut keju ini amat mudah dan sedap dimakan sejuk

12 ulasan:

  1. ehhh...mcm tetau jerr kita nak carik resepi nihhhh....mekasih sbb share ye sue....hihihih

    BalasPadam
  2. resepi sedap yang sangat esay peasy kan sue.. :)

    BalasPadam
  3. sedapnya kak. cakap nak buat, tapi tak buat2 jugak ><

    BalasPadam
  4. nyum ... anak-anak suka sangat ni. sekejap je licin bila buat :)

    p/s; gift dah sampai. thanks :)

    BalasPadam
  5. CT penah buat sekali.. buat malam tngk esok tngh hari tinggal suku..
    budak2 suka sungguh la kan.. tapi CT lagi suka biskot kosong ganti ngan beskot marie..

    BalasPadam
  6. alahhh x nah buat cheesekut ni
    bahan2 mcm dah ada cuma nestum xde
    insyallah weekend ni pojek cheesekut lak haha

    BalasPadam
  7. sedap...kite selalu buat jugak cheesekut.tabur milo pun sedap jugak...

    BalasPadam
  8. ahaa...mmg mudah....masukkkan dalam peti je?....boleh try nih

    BalasPadam