Assalamualaikum.

Semasa Sue di tahun terakhir universiti, Sue sudah mula menghantar resume ke beberapa buah syarikat untuk mencari kerja. Alhamdulillah, selepas dua minggu pulang bercuti di kampung Sue telah dipanggil untuk temuduga.

Selepas tiga kali ditemuduga, akhirnya Sue telah diambil bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Itu cerita 6 tahun lepas.

Dalam situasi sekarang ini, peluang pekerjaan sentiasa ada. Namun agak sukar untuk diambil bekerja kerana perlu memenuhi kriteria yang tinggi dan syarat agak ketat seperti yang dikehendaki majikan. Mana taknya ada satu jawatan namun ramai yang memohon. Hanya yang cemerlang sahaja yang akan di panggil untuk ditemuduga.

Di sini ada berita baik yang ingin saya sampaikan buat anda yang masih mencari pekerjaan atau sedang menganggur mahupun surirumah tangga.

Shaklee menawarkan suatu program yang diberi nama Young Entrepreneur System (YES) terbuka kepada belia berumur 18 tahun dan ke atas untuk membina empayar perniagaan anda sendiri. Program ini berjalan selama 13 bulan bermula dari tarikh awal pendaftaran dari bulan May sehingga Oktober 2015.

9 sebab mengapa anda mesti join YES:

jawatan kosong

Melalui program YES ini, anda akan dibimbing oleh mentor anda sehingga berjaya mencapai target dan kejayaan seperti yang diinginkan, so jangan risau ye. Kelas atau bengkel latihan dari Shaklee pun ada disediakan bagi memantapkan ilmu produk Shaklee, komunikasi, teknik marketing dan konsultasi bersama pelanggan.

Paling best, jika anda berjaya memenuhi kriteria program YES ini, anda bakal membawa pulang trofi dan juga RM10,000 tidak termasuk bonus tambahan 50% setiap bulan. Wow! banyak tu, sape yang nak bagi kan?

Nak tahu apa lagi yang bakal anda dapat dengan YES? Klik SINI dan SINI.

Kini, peluang anda untuk membina kerjaya sudah terbentang luas, anda boleh memilih samada untuk cepat-cepat merebut peluang tersebut atau biarkan saja ianya berlalu.

Jika anda serius ingin bekerja dan menjana pendapatan,  boleh hubungi Sue dengan kadar segera di talian 013 4774 285. Jom bertindak sekarang!
Assalamualaikum.

Untuk makluman semua, vitamin C dan vitamin E adalah antara suplemen yang tinggi antioksidan.

Antioksidan adalah suatu zat yang dapat mencegah serta melambatkan proses pengoksidaan. Antioksidan mempunyai fungsi dalam memperbaiki sel tubuh yang mengalami kerosakan disebabkan radikal bebas. Penyebab radikal bebas sendiri kerana pola makan yang tidak baik, pencemaran, asap rokok dan lain-lain.

antioksidan

Dari pelbagai kajian yang telah dilakukan, banyak manfaat yang diperoleh apabila kita mengambil makanan yang mengandungi Antioksidan bagi kesihatan. Antioksidan juga mampu mengurangkan risiko terhadap kanser dan serangan jantung. Manfaat lain iaitu:

1. Mampu Mencegah Penuaan
Dengan mengambil makanan atau buah yang banyak mengandungi Antioksidan, maka anda akan terhindar dari penuaan awal kerana Antioksidan mampu mengurangi kedutan pada kulit.

2. Menguatkan Sistem Kekebalan Tubuh
Vitamin yang terkandung dalam Antioksida seperti vitamin C akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Jika anda mempunyai kekebalan tubuh yang kuat, maka akan terhindar pula dari pelbagai penyakit.

3. Menjaga Kesihatan Mata
Dengan mengambil makanan atau buah yang banyak mengandungi Antioksidan, maka anda akan terhindar dari penyakit mata.

Namun tidak dinafikan, agak sukar untuk memastikan pengambilan makanan yang cukup vitamin C dan vitamin E setiap hari seperti buah oren, almond, aprikot, betik, avokado dan lain-lain.

Oleh sebab itu pengambilan suplemen membantu menutup ruang kosong nutrisi yang tidak cukup di dalam badan.

Antara lain kelebihan dan kebaikan vitamin C serta vitamin E Shaklee ialah:

manfaat vitamin e

Anda

Nak kulit cantik, cerah, bebas cela dan jerawat? Boleh! 
Nak badan sihat? Boleh!
Nak tingkatkan kesuburan? Boleh!

Cuba makan dulu dan rasai kesannya sendiri. Bak kata pepatah "Tak kenal maka tak cinta", "Tak cuba maka tak tahu"

Ramai yang mengeluh badan cepat penat, kulit kusam dan berjerawat, garis-garis halus sudah mula muncul di wajah, senang kena batuk, demam dan selsema serta sperma kurang dan lemah.

Sebenarnya, badan memerlukan sumber antioksidan untuk atasi semua masalah tersebut. Jangan biarkan sel badan rosak..rosak..rosak dan rosak akibat ketidakcanaan kita untuk menjaganya.

Hubungi saya untuk mendapatkan set kombo vitamin C dan vitamin E ini pada harga promosi sah sehingga 30 Jun 2015.

Usah ragu-ragu dengan produk yang terbukti berkesan ini. Jika anda membeli produk ini sekarang, bermakna anda telah membuat pilihan yang sangat bijak. Peluang bijak ini tidak harus dilepaskan.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh, One Utama, Tropicana. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja. 

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan klik butang Google+ atau Facebook kepada rakan-rakan anda. Siapa tahu, penulisan ini mampu membantu mereka yang memerlukan. Terima Kasih :)
Assalamualaikum.

2 minggu lepas, saya ada baca dan amalkan suatu amalan yang dikongsi dari fanpage Mudahnya Menjemput Rezeki.

Saya terus amalkan, dan miracle nya, kesannya cepat betul.

Saya kongsi pula dengan kawan saya, saya tengok rezeki dia selepas amalkan yang saya kongsi tu, memang banyak betul rezeki masuk.

Ada yang berminat nak tahu amalan apa yang kami amalkan?

Mudah sangat-sangat tau. Yang penting istiqamah.

Berikut amalan yang di amalkan oleh kami.

Hasilnya mungkin berbeza bagi setiap orang ya.

Setiap pagi, buat solat sunat sebelum Subuh 2 rakaat, dan selepas solat sunat Subuh tersebut (lepas bagi salam), baca surah Al Balad 1 kali.

Lepas tu, solat Subuh macam biasa.

Dan lepas solat subuh tu, baca pula surah Al-Fath ayat 1-3 (Doa membuka apa saja yang tertutup).

surah al fath

Biasanya saya baca 3 kali. Pendek saja ayat ni. Lepas tu zikir lah apa-apa seperti biasa.

Tapi, ikut pengalaman saya selepas istiqamah amalan ini, setiap hari mesti ada saja yang call nak beli apa yang saya jual walaupun saya dah lama tak promote benda tu.

Wallahualam. Sekadar berkongsi.

P/s : Sedekah jangan lupa.
=====================================================

Ada orang kata, nak buat ibadat kena ikhlas, jangan mengharap balasan. Nanti tak ikhlas.

Bagi saya, saya mengikut apa yang diajarkan oleh Ustaz Yusuf Mansur dalam buku-bukunya.

Tak salah berharap, jika tempat kita berharap itu pada Allah, Tuhan kita.

Memang amalan-amalan murah rezeki yang selalu kita amal tu pun kita niat nak rezeki duit lebih banyak masuk, sebab kita manusia. Its a normal feeling.

Siapa yang tak nak kan?

Nak suruh ikhlas, memang kita mesti ikhlas buat ibadat.Wajib.
Tapi nak mencapai ikhlas tu bukan mudah.

Mungkin dari amalan-amalan yang kita buat dengan berharap rezeki 'duit' itu, lama kelamaan, dengan izinNya keikhlasan dalam beribadat dan amalan itu akan sampai perlahan-lahan.

Kita langsung tiada hak nak judge seseorang itu ikhlas atau tidak dalam amalannya.

Wallahualam. Mohon maaf jika ada kesilapan dari pihak saya.

Kredit: Nadiah Azaman Ppk
Amalan pemakanan yang sihat semasa hamil sangat penting berikutan bayi dalam kandungan bergantung harap kepada anda.

makanan yang mesti dielakkan oleh ibu hamil

Majoriti makanan boleh diambil namun ada baiknya kesederhanaan dititikberatkan. Hal ini kerana cara dan kuantiti pengambilan tertentu yang menentukan samada ia memberi manfaat atau membawa mudarat.

Makanan yang perlu dielakkan:

Susu dan produk tenusu yang TIDAK dipasteur termasuklah keju biru kerana dibimbangi boleh menyebabkan keracunan makanan dan keguguran.


Makanan mentah atau tidak dimasak sepenuhnya seperti telur, daging dan ikan kerana boleh menjadi punca keracunan makanan.

Ikan bersaiz besar seperti yu kerana boleh menjejaskan tumbesaran otak dan sistem saraf bayi akibat kandungan merkuri yang tinggi.


Minuman beralkohol kerana boleh mengganggu perkembangan janin dengan menyekat oksigen dan nutrien.

Minuman berkafein yang diambil melebihi 200mg dikaitkan dengan keguguran. Malah ada yang mengalami anemia perlu lebih berwaspada kerana ia menghalang penyerapan zat besi.

Anemia turut dialami oleh Puan Aya Chalo. Boleh tonton video ini bagaimana beliau seringkali dimarahi doktor sewaktu check-up bayi sehinggalah beliau terjumpa dengan solusinya.

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang 

Hati yang diambil secara berlebihan boleh mengakibatkan kecacatan bayi akibat kandungan vitamin A yang tinggi.


Semoga panduan ini dapat membantu ibu yang sedang hamil dalam menjalani fasa kehamilan yang lebih sihat.
Assalamualaikum.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia. Setiap amalan kebaikan akan mendapat balasan berlipat kali ganda sehingga 70 kali ganda seperti yang terdapat dalam hadis.

Khutbah Rasululah saw pada akhir bulan Syaaban “Hai manusia, bulan yang agung, bulan yang penuh berkah telah menaung. Bulan yang didalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang padanya Allah mewajibkan berpuasa. Qiyamullail disunnahkan. Barang siapa yang pada bulan itu mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu kebaikan, nilainya seperti orang yang melakukan perbuatan yang diwajibkan pada bulan lainnya. Dan barang siapa yang melakukan suatu kewajiban pada bulan itu, nilainya sama dengan tujuh puluh kali lipat dari kewajiban yang dilakukannya pada bulan lainnya. Keutamaan sedekah adalah sedekah pada bulan Ramadhan (HR. Bukhori-Muslim).

Oleh yang demikian janganlah kita kurangkan pahala puasa dengan melakukan empat perkara yang dilarang iaitu:

1) Marah-marah
2) Berpuasa tetapi tidak solat
3) Bercakap benda yang tidak baik
4) Tidur sepanjang hari

4 perkara yang dilarang dalam bulan puasa
Walaupun berpuasa, janganlah asyik tidur sahaja. Masa zaman Rasulullah dulu ni, Perang Badar dalam puasa tahu tak? Dalam peperangan yang pertama ini, tentera Islam telah menang. Betapa hebatnya umat zaman Nabi terdahulu.


Apa yang sepatutnya dilakukan dalam bulan puasa?


1) Berpuasa kerana Allah
2) Solat
3) Belajar dan membaca Al-Quran
4) Membaca Masnoon Adhkar (ayat manzil, mathurat pagi dan petang dan beberapa surah pilihan seperti Surah Kahfi,  Surah Yasin, Surah Waqi`ah, Surah Al Rahman, Surah Muzammil, Surah Al Sajdah)
5) Solat terawih
6) Banyakkan berdoa dan mohon pengampunan dari Allah
7) Banyakkan bersedekah
8) Banyakkan belajar tentang Islam

Jom sama-sama menjaga kualiti ibadah puasa kita :)
Pemakanan yang berkhasiat amat penting untuk memastikan kandungan ibu hamil sihat. Semasa mengandung, bukan sahaja jumlah pemakanan anda perlu ditingkatkan, tetapi ketahui apa yang anda makan.

nutrisi untuk ibu hamil

Sue belanja satu video ibu hamil yang sudah sarat namun masih mampu memanjat Candi Borobudur. Wow, sungguh energetic kan!

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo!

Secara umumnya, wanita hamil memerlukan penambahan 300 kalori/ hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas.

Jika berlaku peningkatan berat badan dan tidak dikawal, ibu juga akan menghadapi pelbagai masalah lain seperti kencing manis, darah tinggi dan lain-lain.

Berikut panduan nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil:

Vitamin B Complex: menjaga sistem otot, saraf dan jantung supaya berfungsi dengan normal

Sumber makanan: bijirin, kekacang, sayur hijau, produk tenusu (susu), telur dan cereal

Vitamin D: untuk pertumbuhan dan pembentukan tulang bayi

Sumber makanan: Minyak hati ikan, susu dan kuning telur

Vitamin E: bagi pembentukan sel-sel darah merah yang sihat

Sumber makanan: gandum, kekacang, minyak sayur dan sayur hijau

Protein: sumber zat pertumbuhan sel

Sumber makanan: daging, kekacang, ikan dan telur

Asid folik: untuk perkembangan sistem saraf dan sel darah. Keperluan asid folik semasa tempoh kehamilan adalah 800mcg sehari terutamanya pada 12 minggu pertama kehamilan. Kekurangan nutrient ini boleh membawa kepada gangguan pembentukan otak yang boleh menyebabkan kecacatan pada susunan saraf atau pun otak bayi

kekurangan asid folik
Spina Bifida
Sumber makanan: bayam, brokoli, pisang dan tomato

Zat besi: mengelakkan berlakunya anemia di kalangan ibu mengandung

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang

Sumber makanan: bayam, kangkung, daging dan hati

Kalsium: bagi proses pembentukan tulang dan gigi bayi, serta menghalang ibu dari mengalami osteoporosis

Sumber makanan: sayur hijau, kekacang, susu dan produk tenusu

Tidak dinafikan agak sukar bagi ibu hamil untuk memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan oleh badan sewaktu hamil. Ini berikutan ada kalanya makanan yang siap dibeli telah hilang khasiatnya akibat dari proses memasak itu sendiri, tercemar dan sudah luput tarikh.

Shaklee ada menyediakan suplemen PRE NATAL buat ibu hamil bagi melengkapkan keperluan nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil. Gabungan makanan yang sihat dan berkhasiat disertakan dengan pengambilan suplemen akan membantu ibu hamil mendapat nutrisi yang cukup untuk keperluan ibu dan bayi dalam kandungan.

vitamin ibu hamil

Untuk mengetahui setiap fungsi vitamin PRE NATAL SHAKLEE KLIK SINI.

Berita baik untuk semua ibu hamil, bermula dari bulan Mei sehingga Oktober 2015, set prenatal Shaklee ada diskaun 5%. Untuk maklumat lanjut dan pesanan produk boleh hubungi Sue di 013 4774 285.

Perhatian: Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meninggkan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus).
Assalamualaikum.

Wanita adalah istimewa. Sebulan sekali mereka diberi 'cuti' yang percuma dari Allah. Oleh yang demikian mereka tidak dapat berpuasa penuh dan perlu menggantikan puasa mereka selepas habis bulan Ramadhan.

Walaupun haid, kita sangat dianjurkan untuk melakukan banyak amalan kebaikan di bulan yang mulia ini. Apakah amalan-amalan itu? Gambarajah di bawah menjawab persoalan anda. (Klik imej untuk lebih jelas).

perkara yang boleh dilakukan ketika datang haid di bulan Ramadhan

1) Membaca/ mendengar ayat-ayat Al-Quran yang telah dihafal tanpa memegang Al-Quran
2) Membaca hadith-hadith Nabi
3) Zikrullah seperti tasbih, tahmid dan tahlil
4) Beristighfar
5) Berdoa
6) Berselawat
7) Muhasabah diri
8) Membaca buku-buku agama
9) Menghadiri majlis ilmu
10) Menjaga lidah dari berkata perkara yang tidak bermanfaat / dosa
11) Memberi nasihat
12) Menulis di medium sosial mengajak manusia berbuat baik
13) Menyediakan juadah berbuka dan sahur
14) Infaq
15) Memberi salam
16) Dan lain-lain lagi

Orang yang menyediakan hidangan bagi orang yg berpuasa turut mendapat pahala
Hakikatnya banyak amalan-amalan yang boleh anda lakukan. Jangan bataskan diri anda. InsyaAllah anda tetap mendapat ganjaran pahala dari Allah swt.

Assalamualaikum.

Mengambil pemakanan yang betul semasa mengandung adalah penting bukan sahaja untuk kesihatan bayi anda tetapi juga untuk kesihatan ibu. Memasukkan buah-buahan ke dalam diet kehamilan anda adalah sihat, lazat dan membantu meningkatkan pengambilan nutrien serta turut membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan bayi anda. 

Tengok contoh macam Puan Ainul ni, dah sarat hamil pun masih mampu memanjat candi Borobudur. Hebat kan!

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo!

USDA mengesyorkan bahawa wanita hamil mengambil 2 cawan buah-buahan setiap hari. Ia termasuklah buah-buahan yang segar, tin, kering atau beku, serta 100 peratus jus buah-buahan.


1) Aprikot

Buah ini mengandungi vitamin E yang tinggi. Selain daripada itu, penghasilan kolagen yang ada pada buah apricot juga mampu membantu anda mencegah masalah penuaan awal.

2) Pisang


Buah ini kaya dengan vitamin dan kalium. Oleh yang demikian pisang dapat membantu anda menghindar masalah selulit.

3) Buah naga


Kaya dengan vitamin C yang bertindak sebagai antioksidan. Selain itu vitamin B3 turut berfaedah membantu anda melembapkan kulit sepanjang masa.

4) Tembikai



Membantu wanita hamil yang mengalami morning sickness mengelakkan diri daripada mengalami masalah dehidrasi.

5) Kurma


Tinggi kandungan khasiat makanan seperti kalsium, besi, kalium, magnesium dan lain-lain dapat membantu anda mendapat tenaga tambahan. Apatah lagi, ia boleh membuatkan anda kekal segar sepanjang mengamalkan pemakanan buah ini sewaktu hamil.
Apakah itu Kanser Prostat?

prostate cancer

Kanser prostat ialah ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Ia merupakan kanser yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan-lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun.

Bagaimana kanser prostat merebak
Peringkat awal kanser prostat (juga dikenali sebagai kanser prostat setempat) terletak diantara prostat. Peringkat awal kanser tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak menjadi kanser dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat, ini dipanggil kanser prostat yang teruk.

Gejala kanser prostat:
(1) Aliran air kencing yang tidak lancar
(2) Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam
(3) Sakit atau pedih semasa buang air kecil
(4) Sakit semasa ejakulasi (pancutan mani)
(5) Darah dalam air kencing atau air mani

Menurut Institut Kanser Kebangsaan, kanser prostat adalah kanser yang bermula di dalam kelenjar prostat. Ianya berlaku apabila sel-sel tumbuh dan berpecah tanpa kawalan. Kadang-kadang sel ini boleh merebak dan akan menyebabkan berlakunya kanser dibahagian lain pula. Kanser prostat biasanya akan dihidapi oleh lelaki yang berusia 65 tahun ke atas.

Oleh yang demikian, pencegahan awal dapat mengurangkan peratus lelaki dari terkena kanser prostat ini. Antara langkah yang boleh dilakukan ialah dengan mengamalkan makan tomato dan pengambilan vitamin E secara konsisten.

Tetapi vitamin E bukan untuk lelaki je tau, wanita pun elok mengamalkan vitamin E untuk kecantikan macam Puan Farizan ni.

Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! 

Lelaki yang banyak makan tomato atau sos tomato berkemungkinan dapat member perlindungan kepada mereka daripada kanser prostat. Kanser prostat adalah pembunuh senyap kedua selepas penyakit jantung yang banyak meragut nyawa lelaki. 

tomato

Hasil kajian daripada 47,000 orang lelaki mendapati bahawa lelaki  yang  memakan tomato sebanyak dua hingga empat kali dalam seminggu mempunyai risiko menghidap kanser prostat 35% lebih rendah berbanding lelaki yang tidak memakannya.

kanser prostat

Vitamin E banyak kelebihannya. Antaranya termasuklah mengurangkan risiko kanser prostat. Ini kerana kajian mendapati kesan jangka panjang terhadap pengambilan vitamin E mampu mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.

Selain itu juga ia turut berperanan untuk meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Kepada kaum Adam, pengambilan sayuran berdaun hijau gelap, kekacang, biji-bijian, daging organ, kacang soya dan ubi kentang merupakan antara langkah penting dalam memastikan kesihatan prostat anda. (Sumber: Majalah i-Sihat)

Vitamin E Shaklee kaya dengan selenium yang dapat mengekalkan kesihatan dan membantu pergerakan (berenang) sel sperma dengan lebih laju. Vitamin E kaya dengan antioksidan yang membantu melindungi kerosakan sperma akibat radikal bebas.

Pengambilan lebih dari 1200 IU sehari untuk anti oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, melambatkan pertumbuhan tumor dan mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas.

Bulan Jun adalah promosi vitamin E beli 6 PERCUMA 1 atau beli 2 botol diskaun 5%. Sementara tengah promo jom dapatkan stok anda dari Sue. Bukan sahaja lelaki yang patut ambil, wanita yang nak cantik serta bebas jerawat juga patut ambil. Lagi-lagi kan dah nak raya.

sumber vitamin e

Hubungi Sue untuk konsultasi dan pesanan anda.
Assalamualaikum

cara makan vitamin shaklee yang betul

Bila masa terbaik ambil vitamin? Semua orang nak tahu kan?

Yang sebenarnya, kalau betul-betul nak terbaik, kena ikut timing badan masing-masing kerana kadar serapan badan kita berbeza-beza. Ia bergantung pada metabolisma, diet dan lain-lain.

Tapi kalau kita nak guna rules tu, memang jenuh la kan. Nak kena buat test bagai, entah apa test pun tak tahu...

Jadi kita boleh gunapakai general rules ni. Rujuk gambar di bawah. Boleh guna rajah ini utk buat jadual pemakanan masing-masing. Jangan risau sebab vitamin bukan ubat, kita boleh makan bebila je, takde masalah. Macam kita makan... takde pun timing bila kita kena makan nasi, makan buah, minum air kan?

cara makan dan pengambilan vitamin shaklee yang betul

Macam mana kalau jadual selama ni langsung tak sama macam rajah ni? Kena tukar ke?

Tak perlu kalau dah dapat rasa kesannya, kalau tak dapat rasa, boleh cuba-cuba tukar timing ambil vitamin. Mungkin timing sebelum ni tidak kena dengan badan kita.

Bagaimana pula jadual pengambilan vitamin pada bulan puasa?

tips pengambilan vitamin sepanjang bulan puasa

Mudah je kan, hanya dengan menukar sahaja waktu seperti yang dicadangkan seperti dalam gambarajah.

Jom Sue belanja satu video untuk kekal cergas bertenaga setiap hari walaupun anda busy dengan aktiviti seharian.

Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah! 

Selamat beramal. Semoga anda semua mendapat info yang bermanfaat dari entry ini :)
Assalamualaikum.

tips penyusuan di bulan ramadhan

Ramai di kalangan ibu yang menyusukan anak sangat risau apabila menghampiri ke bulan puasa. Kata mereka, takut susu merudum, stok susu semakin berkurang dan ada yang mempertikaikan kemampuan diri untuk berpuasa.

Eh, siapa cakap ibu menyusu tak mampu berpuasa? Tengok contoh ibu yang sarat hamil ni pun masih mampu berpuasa penuh tau.

Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... 

Apa yang patut ibu menyusu lakukan untuk maintain production susu sepanjang berpuasa? 8 panduan ini boleh membantu anda jika diamalkan mengikut disiplin.

penyusuan di bulan ramadhan
1) Patuhi jadual mengepam
Bagi ibu yang bekerja kebiasaannya sudah mempunyai jadual mengepam, sebolehnya patuhilah jadual mengepam anda. Jika terlepas mana-mana sesi mengepam anda hendaklah menggantikan sesi mengepam pada waktu yang lain.

2) Makan buah-buahan yang tinggi fiber dan jus
Contohnya seperti kurma, pisang dan tembikai. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan mampu membekalkan khasiat pemakanan yang diperlukan seharian.

3) Tambah kekerapan mengepam sebelum bulan Ramadhan
Dengan ini anda lebih banyak peluang untuk mengumpul stok susu sebelum masuk bulan puasa.

4) Jadikan kurma sebagai snek
Kurma mengandungi gula semulajadi yang memberi tenaga segera.

5) Power pumping seminggu sekali
Power pumping boleh dilakukan semasa hujung minggu atau waktu dari tengah malam hingga pagi sebelum Subuh mengikut kesesuaian waktu anda.

6) Minum air masak yang cukup untuk mengekalkan bendalir dalam badan
Anda boleh membuat pecahan waktu seperti berikut untuk minum 6 botol air mineral 500ml iaitu antara maghrib dan isyak, terawih sehingga moreh, selepas moreh sehingga bangun semula sahur esok pagi.

7) Fikir positif
Yakin bahawasnaya susu akan cukup untuk anak anda.

8) Tawakal
Setelah semua usaha telah dilakukan, jangan lupa untuk bertawakal kepada Allah.

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan

Sue telah mencuba tips di atas semasa menyusukan anak sulong, di mana ketika itu Sue masih bekerja di pejabat. Sekarang ni hanya direct feed anak jer memandangkan Sue telah menjadi surirumah sepenuh masa. Alhamdulillah, Sue dapat berpuasa penuh dan tiada masalah untuk membuat stok susu anak.

Ibu menyusu di luar sana, anda juga BOLEH! Jangan lupa mencuba tips yang Sue kongsikan ini tau. Jemput share artikel ini pada kawan-kawan anda yang memerlukan. Semoga bermanfaat.
Assalamualaikum.

Berbaki 3 hari saja lagi umat Islam bakal berpuasa Ramadhan. Jom sama-sama kita refresh kembali ilmu berkaitan puasa Ramadhan. (Klik imej untuk lebih jelas)

Faedah berpuasa pada kesihatan
Perbetulkan niat berpuasa
Kredit FB Ustaz Zaharuddin
Bersama memperbaiki mutu ibadah puasa kita, semoga ibadah puasa kita mendapat pahala dan keberkatan di sisi Allah. Semoga bulan puasa dapat mendidik diri menjadi hamba yang soleh walaupun setelah berakhirnya bulan Ramadhan insyaAllah.
Salam Jumaat.

Umat Islam di Malaysia dijangka dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ini (2015) pada 18 Jun. Tarikh ini masih belum rasmi. Apa-apa pun nantikan pengumuman rasmi tarikh berpuasa dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kelak.

Sebelum kita menyambut Ramadhan, jom sama-sama kita refresh semula perihal puasa Ramadhan ini.


Semoga kita semua dikurniakan umur yang panjang untuk bertemu bulan Ramadhan yang mulia, dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk mudah beribadat InsyaAllah.

Jika anda berminat mendapatkan set sahur instant yang lengkap dengan nutrisi, mudah dan cepat disediakan, boleh hubungi Sue untuk tempahan.

vitamin bulan puasa

Selamat berpuasa buat rakan-rakan semua :)
Makan secara sihat perlu dijadikan amalan setiap masa tambahan lagi semasa menjalani ibadah puasa. Ini penting untuk mengelakkan beberapa masalah kesihatan seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, kandungan gula rendah dalam darah dan sebagainya.


Sekiranya masalah ini berlaku, pastinya ia boleh mengganggu seseorang itu berpuasa dengan selesa dan menghayati fadhilat di bulan Ramadhan.

Lihat contoh bagaimana Puan Haridah, seorang ibu hamil ini mampu berpuasa penuh sepanjang Ramadhan. Apa agaknya yang beliau makan sehingga gagah berpuasa penuh?

Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... 

Beberapa disiplin diet kesihatan sempena Ramadhan disediakan untuk rujukan anda dan boleh diamalkan supaya tahap kesihatan sentiasa terjamin.

1) Bijirin


Mengandungi karbohidrat kompleks dan serat tinggi seperti beras merah dan gandum. Kandungan karbohidrat hanya 38mg. Sangat baik untuk anda yang berpuasa di samping berdiet.

2) Kentang


Mengandungi karbohidrat kompleks yang tinggi, memiliki kandungan vitamin C, vitamin B6, zat besi dan serat tinggi.

3) Oat

Kandungan karbohidrat kompleksnya mencapai 98%. Selain itu oat juga mengandungi serat, protein, vitamin B dan zat besi yang diperlukan untuk proses metabolisme tubuh badan.

4) Roti


Sepotong roti gandum mengandungi 20g karbohidrat. Selain itu roti gandum mengandungi vitamin, mineral, dan serat yang baik untuk metabolisme tubuh.

5) Sayuran hijau


Mengandungi karbohidrat dan serat yang tinggi yang sangat baik bagi melancarkan pencernaan.

6) Putih telur


Kaya dengan protein, karbohidrat yang tinggi, riboflavin dan rendah lemak. Mengambil putih telur akan membuat anda tidak mudah merasa lapar.

7) Buah-buahan segar

  • Buah pisang mengandungi vitamin B6 dan vitamin C, mengandungi potasium dan berserat tinggi. Sebiji buah pisang mengandungi 24g karbohidrat.
  • Buah berry seperti strawberi, blueberi dan blackberi. Mengandungi karbohidrat kompleks, juga mengandungi antioksidan untuk melindungi tubuh dari radikal bebas.
  • Buah tembikai mengandungi vitamin C, beta karotin sebagai antioksidan dan dapat mencegah katarak. Tembikai mengandungi kadar air yang tinggi dan rendah kalori yang sangat bagus diambil terutamanya sewaktu haus.

8) Buah yang dikeringkan

  • Buah kering boleh diambil sebagai hidangan pencuci mulut selepas selesai berbuka puasa dan sahur. Antara buah-buahan kering yang sangat bagus dimakan ialah kurma, kismis, kiwi dan plum.
  • Kurma kaya dengan potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa.