16 Produk Perlu Ada Bantu Jayakan Penyusuan Susu Ibu

Selepas habis berpantang, kini tibalah masa untuk kembali bekerja. Untuk itu, anda perlu mempersiapkan beberapa kelengkapan penting demi menyokong usaha menjayakan penyusuan eksklusif yang berterusan.

penyusuan susu ibu

Berikut adalah antara produk yang disarankan agar anda mencapai misi penyusuan eksklusif.

1) Bantal menyusu
Bagus untuk membantu anda menyusukan bayi dalam keadaan yang selesa lagi-lagi yang bersalin secara pembedahan (caesarean).

2) Beg menyusu


Beg yang praktikal bagi memuatkan semua kelengkapan penyusuan dan mudah dibawa ke tempat kerja.

3) Beg pendingin
Saiz beg pilihan perlulah mampu memuatkan bekalan susu ibu perahan yang bakal dibawa pulang. Paling penting, ia mempunyai bahan penebat dingin agar dapat mengekalkan kualiti susu ibu perahan.

4) Pensteril

Alat ini perlu ada untuk memudahkan anda mensteril semua kelengkapan penyusuan agar tahap kebersihannya terjamin.

5) Pemanas
Sebaik-baiknya alat ini ditinggalkan di taska atau di rumah pengasuh bagi memudahkan urusan pengendalian susu ibu kelak.

6) Coli menyusu
Sekurang-kurangnya lima helai coli diperlukan sebagai permulaan. Anda juga memerlukan sleep bra untuk kegunaan di rumah ketika tidur pada waktu malam.

7) Pelapik coli
Ia membantu menyerap lelehan susu ibu tanpa meninggalkan kesan tompokan pada baju yang anda pakai.

8) Baju menyusu
Baju selesa yang mempunyai bukaan khas diperlukan agar memudahkan anda menyelak bukaan berkenaan ketika menyusukan bayi, mengepam atau memerah payu dara.

9) Ponco menyusu


Ketika menyusukan bayi, mengepam atau memerah, ia diperlukan  supaya dapat melindungi bahagian-bahagian tubuh yang tidak sepatutnya dilihat oleh orang lain di sekeliling anda.

10) Pek ais
Dapatkan pek ais yang berkualiti dan mencukupi untuk membolehkan susu perahan bertahan dalam keadaan dingin sebelum anda menyimpannya di dalam peti sejuk setelah kembali ke rumah.

11) Kantung kering udara (Mesh bag)

Kantung ini diperlukan untuk mengeringkan corong payu dara, alatan pam yang lain (valve, membrane) dan botol penyimpanan susu sebelum sesi pengepaman atau pemerahan seterusnya.

12) Berus botol
Ia membantu anda untuk mencuci corong payu dara dan botol penyimpanan susu ibu dengan sempurna sebelum digunakan semula.

13) Suplemen penyusuan
Bagi sesetengah individu yang memerlukan suplemen agar dapat merangsang tubuh menghasilkan lebih banyak susu, mengurangkan keletihan dan mengekalkan mood ceria ibu.

Contohnya seperti Puan Farah ni, beliau merupakan seorang jururawat di IJN yang bekerja mengikut shift dan sangat sibuk tetapi masih mampu membuat stok susu untuk anak beliau.

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan

14) Bekas penyimpanan susu ibu

Dapatkan bekas penyimpanan susu samada botol atau plastik penyimpan susu yang bebas BPA dan mencukupi untuk menyimpan susu yang bakal anda kumpul ketika di tempat kerja.

15) Pam
Pilih pam yang mampu meniru hisapan bayi dan tidak menyakitkan atau mencederakan payu dara anda sama ada single pump atau double pump, elektrik atau manual mengikut kesesuaian bajet anda.

16) Power inverter
Bagi anda yang perlu kerap berada di luar pejabat, alat ini dapat membantu anda mengepam di dalam kereta. Jadi, tiada lagi alasan anda tidak mengepam payu dara kerana kesibukan bekerja.

5 ulasan:

  1. setuju...
    semua di atas amat penting.
    zaman aida beranak anak pertama kedua dulu internet tak begitu meluas.
    cari info, berdasarkan experience emak.
    tak le se complete semua di atas.
    asal kan boleh aje ha ha ha :)

    BalasPadam
  2. wah ... banyak juga yang perlu yer :)

    BalasPadam
  3. mmg kena sedia kan bajet tuk penyusuan ekslusif ni hehe

    BalasPadam
  4. kebanyakannya semua saya ada.
    sekarang ni tersimpan rapi untuk next baby pulak

    BalasPadam