Assalamualaikum.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia. Setiap amalan kebaikan akan mendapat balasan berlipat kali ganda sehingga 70 kali ganda seperti yang terdapat dalam hadis.
Khutbah Rasululah saw pada akhir bulan Syaaban “Hai manusia, bulan yang agung, bulan yang penuh berkah telah menaung. Bulan yang didalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang padanya Allah mewajibkan berpuasa. Qiyamullail disunnahkan. Barang siapa yang pada bulan itu mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu kebaikan, nilainya seperti orang yang melakukan perbuatan yang diwajibkan pada bulan lainnya. Dan barang siapa yang melakukan suatu kewajiban pada bulan itu, nilainya sama dengan tujuh puluh kali lipat dari kewajiban yang dilakukannya pada bulan lainnya. Keutamaan sedekah adalah sedekah pada bulan Ramadhan (HR. Bukhori-Muslim).
Oleh yang demikian janganlah kita kurangkan pahala puasa dengan melakukan empat perkara yang dilarang iaitu:
1) Marah-marah
2) Berpuasa tetapi tidak solat
3) Bercakap benda yang tidak baik
4) Tidur sepanjang hari
4 perkara yang dilarang dalam bulan puasa |
Walaupun berpuasa, janganlah asyik tidur sahaja. Masa zaman Rasulullah dulu ni, Perang Badar dalam puasa tahu tak? Dalam peperangan yang pertama ini, tentera Islam telah menang. Betapa hebatnya umat zaman Nabi terdahulu.
Apa yang sepatutnya dilakukan dalam bulan puasa?
1) Berpuasa kerana Allah
2) Solat
3) Belajar dan membaca Al-Quran
4) Membaca Masnoon Adhkar (ayat manzil, mathurat pagi dan petang dan beberapa surah pilihan seperti Surah Kahfi, Surah Yasin, Surah Waqi`ah, Surah Al Rahman, Surah Muzammil, Surah Al Sajdah)5) Solat terawih
6) Banyakkan berdoa dan mohon pengampunan dari Allah
7) Banyakkan bersedekah
8) Banyakkan belajar tentang Islam
Jom sama-sama menjaga kualiti ibadah puasa kita :)
peringatan yang bagus
BalasPadamseboleh-bolehnya nk elak semua tuuuu
BalasPadamperkongsian yg baik..tp tu la..selalu orang suka bermalasan & tdor aje time puasa ni...huhuhu..anyway nk jemput meriahkan lagi giveaway saya :-
BalasPadamhttp://eirza.blogspot.com/2015/06/raya-giveaway-by-erza_24.html
Good informations ... Thanks for sharing
BalasPadam4 perkara wajib elakkan
BalasPadambanyak perkara untuk tambah pahala dan berganda2 lagi...mudah kan..tambah pahala
terima kak sue, mengingatkan :D Alhamdulillah xbuat 4 perkara tuh.... :D
BalasPadamtq atas peringatan. yg tidur time suti tu teringat zaman sekolah :) ...
BalasPadamJemput join segmen, Klik Sini.