Kenapa Usia 6 Bulan Memperkenalkan Makanan Pelengkap Pada Bayi?

Makanan pelengkap ialah apa sahaja makanan lain selain daripada susu yang diberikan kepada bayi. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan pengambilan susu ibu secara eksklusif untuk 6 bulan pertama dan memperkenalkan makanan pelengkap ketika bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan.

Selepas berusia 6 bulan, bayi memerlukan lebih zat besi dan nutrien lain dan susu sahaja tidak dapat menampung keperluan itu. Walaupun ada yang memulakan makanan pelengkap seawal usia bayi 4 bulan, namun banyak kajian terbaru mendapati 6 bulan adalah masa yang terbaik.

Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT?
Kisah 2 ibu yang dirundum sedih kerana anak2 mereka terlalu kurus & selalu sakit. Kini tidak lagi...

Anda mungkin tidak dapat melihat kesannya sekarang, tetapi anda akan lebih yakin bahawa anda telah memberikan makanan pelengkap pada masa yang tepat dan dalam keadaan yang tepat.

Bagi bayi pramatang, anda boleh mendapatkan nasihat daripada pakar pediatrik dan pakar pemakanan anda mengenai masa yang terbaik untuk bayi anda.

cara membuat puri bayi

Kenapa 6 Bulan?

1) Mengganggu proses penyusuan ibu
Memperkenalkan makanan pelengkap terlalu awal akan mengurangkan minat dan permintaan bayi terhadap susu ibu, sekali gus mengurangkan bekalan susu ibu. Sedangkan susu ibu penting untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh bayi dan mengelakkan jangkitan penyakit.

Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? 
Pengalaman menyusu anak pramatang memang menguji kesabaran & kekuatan mental. Namun, itu bukan alasan untuk gagal. Saksikan apa yg membantu beliau hingga berjaya?

2) Sistem penghadaman bayi belum matang
Pada usia bawah 6 bulan, sistem penghadaman bayi belum cukup matang. Buah pinggang dan enzim di dalam tubuh masih belum bersedia untuk memproses nutrien lain. Penghadaman yang tidak betul boleh mengakibatkan sakit perut, angin, sembelit dan masalah-masalah lain. 

Bayi juga berisiko mengalami alahan makanan.

3) Koordinasi tubuh
Sebelum makan, koordinasi yang matang diperlukan. Bayi perlu mampu menegakkan leher dan menelan makanan.

4) Bekalan zat besi bayi anda mungkin terjejas
Kekurangan zat besi menyebabkan anemia, satu keadaan yang boleh meningkatkan risiko masalah mental dan fizikal. Adalah lebih baik jika anda memberi bayi anda susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama kerana susu ibu mengandungi khasiat istimewa yang membantu bayi anda menyerap zat besi dengan lebih baik.

5) Kemungkinan meningkatkan risiko kegemukan
Pemberian makanan pelengkap yang terlalu awal, boleh menyebabkan pengambilan makanan yang berlebihan dan seterusnya meningkatkan lemak badan dan berat badan di peringkat kanak-kanak.

Biasanya orang tua-tua, jika melihat anak kita menjejes air liur sewaktu kita makan, pasti mereka menyuruh kita memberi bayi makan. Alasannya ialah bayi turut ingin makan. Jika bayi belum cukup 6 bulan, anda seharusnya menerangkan mengenai bahaya memberi bayi makan terlalu awal sebelum usia 6 bulan.

Kredit: AnnaRozy Homemade Kids Couture
Info ini harus disebar luaskan supaya masyarakat faham kenapa bayi di bawah usia 6 bulan belum boleh diberikan makanan pelengkap selain susu ibu sahaja.

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. Hritu perkenalkan mknn pd zara usia dia 6bln..

    BalasPadam
  2. el xdelah cukup 6bln baru kenalkan makan kat baby
    sllunya el kenalkan pertengahan umur 5 bulan
    xdelah bagi byk..secalit je..bg dia kenal rasa je

    BalasPadam
  3. Boleh ke kalau kita nak bagi solid food lebih lambat daripada 6 bulan? memang tak cukup ke dengan susu ibu saja lepas 6 bulan tu

    BalasPadam