Tip Memilih Foundation Supaya Kulit Wajah Mulus Dan Gebu

Penggunaan foundation secara betul merupakan perkara paling penting dalam solekan. Ia menjadikan wajah kita lebih mulus dan sempurna.

foundation

Di sini Sue kongsikan tip memilih foundation yang diambil dari majalah rapi.

1) Foundation terbahagi kepada beberapa jenis iaitu yang berunsur cecair (liquid), krim, stik (stick), mousse dan beberapa jenis yang lain.

2) Jenis foundation yang akan digunakan bergantung kepada kondisi kulit anda sendiri. Jangan beli kerana terpengaruh dengan iklan atau kata-kata jurujual.

3) Jenis foundation bergantung kepada kesesuaian kulit kita dan juga kondisi kulit itu sendiri.

4) Jika anda berkulit kering, pilihla foundation berunsur krim atau stick. Foundation berunsur cecair amat sesuai bagi kulit normal serta berminyak.

5) Pastikan anda memilih foundation berunsur air. Bagi kulit berminyak, foundation jenis mousse lebih sesuai kerana ia terdiri daripada bahan bebas minyak dan matte finished.

6) Perlu lebih selektif ketika membeli foundation untuk wajah anda.

7) Jika anda berkulit cerah, pilih foundation yang mempunyai tona light. Tona warna medium sangat sesuai pada yang berkulit sawo matang manakala yang berwajah agak gelap, pilihlah tona deep.

8) Langkah selamat, pilih warna natural supaya wajah anda tidak kelihatan seperti 'tepung gomak'.

9) Sapu sedikit foundation yang mahu dibeli di bahagian rahang anda sendiri untuk menguji jika ia benar-benar sesuai dengan warna kulit atau tidak.

10) Jangan cuba foundation di pergelangan tangan kerana kulit wajah tidak sama dengan kulit tangan.

11) Jika warna yang disapukan pada rahang kelihatan seakan-akan warna asli kulit, itulah warna yang paling sesuai.

Pastikan anda menyapu seluruh wajah anda dengan foundation secara rata. Gunakan span yang sesuai dan berus khas yang dikenali sebagai  foundation brush. Ia sangat bagus untuk digunakan. Jika anda menggunakan foundation blending brush untuk meratakan foundation yang telah disapu, kesannya lebih memuaskan.

9 ulasan:

  1. betul tu sue
    kulit wanita asia mcm kita susah nak dpt warna foundation yg betul2 sesuai warna kulit
    elok cuba dulu sebelum membeli takde la rugi kan..:)

    BalasPadam
  2. nice sharing ... tapi tak pakai foundation, tak pandai make-up :p

    BalasPadam
  3. betul tu.... pilih foundation ikut struktur kulit sendiri... jangan pandang model dlm iklan

    BalasPadam
  4. setuju dgn tips ni...kekadang model pakai nampak cantik..tapi belum tentu sesuai ngan kita kan..so better test betul2 sblm beli

    BalasPadam