Bagaimana mahu berubah daripada tidak menutup aurat dengan sempurna kepada menutup aurat dengan sempurna?

Persoalan ini mungkin sahaja bermain-main di fikiran Muslimah yang berzam untuk berubah ke arah lebih baik. Berikut beberapa tindakan  sebagai perkongsian. Lakukan perubahan fasa demi fasa, paling utama istiqamah.

senarai aurat wanita

1) Berazam
Niatkan dalam hati, "Ya Allah, aku hamba-Mu yang lemah. Aku ingin menuruti segala perintah-Mu. bantulah aku dalam proses untuk menuruti, taat dan patuh kepada perintah-Mu."

2) Baiki tudung
Lihat tudung yang dipakai. Pastikan tudung tidak jarang atau singkat sehingga menampakkan leher dan dada. Sekiranya tudung nampak bayangan leher , pakai inner di dalam. Lebih praktikal dan selamat, beli tudung yang tidak jarang.

3) Pakai stokin
Kaki sebahagian aurat wanita. Jadi, pakai stokin ketika berada di luar rumah. Jika tidak mahu berstokin, pakai kasut bertutup. Paling penting menutup kaki.

4) Pakai handsock
Kita biasa menyebutnya sebagai handsock atau sarung lengan. Untuk lebih menyempurnakan penutupan aurat, kita tutup pergelangan tangan. Pergelangan tangan sebahagian aurat wanita.

5) Hadir ke majlis ilmu
Mencintai ilmu termasuk usaha mengubah diri menjadi lebih baik. Hadiri majlis ilmu yang dianjurkan di kawasan berhampiran. Hasilnya, jika lama tidak menghadiri majlis ilmu, kita akan rindu. Terasa kosong.

6) Sertai program
Hadiri program-program yang memberi manfaat. Sertai program-program yang mendekatkan diri kepada Allah.Lama-lama kita akan rasa sayang sangat kalau terlepas menyertainya. Mula-mula kita sertai program, lama-lama program yang akan membentuk kita.

7) Istighfar
Banyakkan memohon keampunan daripada Allah. tidak mengapa  andai merasakan diri baik atau tidak baik. Yang penting, tindakan selepasnya. Jangan sampai kebaikan yang dirasai membuatkan kita rasa kebaikan yang dilakukan sudah cukup.Jangan pula kesilapan lalu menjadikan kita malas untuk melakukan kebaikan.

8) Perbaharui niat
Hanya niat yang benar dan betul akan melahirkan tindakan yang benar dan betul. Terasa sukar? Ikhlaskan diri dan bersyukur dengan nikmat. Dengan harapan hijab hati sudah terhijab.Jika benar kita mahu berubah, Allah sentiasa melorongkan jalannya. Perubahan sedikit demi sedikit dan berterusan lebih baik daripada berubah drastik namun tidak lama. Berubah tidak mudah, namun hasilnya indah.

Sumber: Solusi | Isu 74
Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana Sue dan suami diberi peluang menunaikan haji pada tahun 2015 bersamaan 1436H. Alhamdulillah rezeki yang tidak disangka-sangka. InsyaAllah akan berkumpul di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pada 18/8/2015.

Oleh yang demikian, sebarang update blog akan dihentikan buat sementara waktu begitu juga dengan blogwalking ke 'rumah' kawan-kawan semua.

Sehubungan dengan itu, Sue ingin memohon ampun dan maaf pada kawan-kawan semua di atas salah silap selama perkenalan kita di alam maya ini.

Terima kasih di atas ukhuwah yang terjalin ini.

Doakan Sue dan suami mendapat haji yang mabrur ye kawan-kawan, semoga kawan-kawan juga dapat menunaikan haji pada usia yang muda dan sihat walafiat insyaAllah. Jaga diri, sehingga kita bersua lagi insyaAllah :)


Dalam mencari rezeki, ada dua perkara yang penting untuk dilakukan:

1) Kita mencari rezeki
2) Rezeki mencari kita

Oleh itu, mereka akan berjaya dalam mencari rezeki apabila mereka melaksanakan kedua-dua tindakan ini. Tindakan pertama merupakan tindakan yang utama. Rezeki diusahakan dan dicari untuk memilikinya. Tindakan inilah yang selalu kita usahakan bekerja tetap, buat kerja sampingan dan sebagainya.

Namun, mungkin ramai yang terlupa pada tindakan yang kedua. Tindakan kita yang menyebabkan rezeki pula yang mencari kita. Ya, itulah teknik menjemput rezeki! Ini tindakan yang berbentuk rohani. Tindakan ini yang membuat rezeki datang dengan 'suka rela' sepertimana Allah berfirman:

"Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari kesusahan). Dan memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya". (Surah al-Talaq 65: 2-3)

cara menjemput rezeki

Antaranya termasuklah:

1) Solat awal waktu
Sentiasa menjaga hak Allah, Allah akan menjaga hak kita dengan mencukupkan semua perkara termasuklah soal rezeki.

2) Solat sunat dhuha
Mulakan awal pagi kita dengan solat dhuha. InsyaAllah ia menjadi magnet menjemput rezeki kepada kita.

3) Istighfar
Manusia sering melakukan dosa dan dosa menjadi penyebab rezeki terhalang. Mohonlah ampunan Allah. Bukan sahaja diampuni, malah rezeki juga menghampiri.

4) Bantu ibu bapa
Pastikan setiap 10% daripada pendapatan kita diberikan kepada ibu bapa. InsyaAllah  Allah akan mencukupkan rezeki kita dan melipatgandakan berkali-kali ganda daripada pemberian tersebut.

5) Bina silaturrahim
Rezeki bukan dinilai dari sudut wang sahaja. Tetapi ilmu, doa, diberi keberkatan dan diluaskan kehidupan juga dikira sebagai rezeki. Mana mungkin kita mampu memperoleh rezeki ini tanpa membina silaturrahim. Dalam bahasa perniagannya disebut sebagai networking.

6) Bersedekah
Infak sebahagian kecil rezeki kita kepada orang sekeliling. Mulakan dahulu dengan ahli keluarga, kemudian jiran tetangga, fakir miskin dan sebagainya. Janji Allah mereka yang bersedekah tidak akan miskin selamanya.

7) Bersyukur & Qanaah
Hanya dengan bersyukur dan qanaah, hati akan menjadi tenang dan redha dengan pemberian-Nya. Dan yang lebih membahagiakan, dia tidak akan sesekali merungut dengan setiap nikmat dan rezeki yang diberikan biarpun sedikit. Ini menjadi asbab Allah menambahkan rezekinya kerana bersyukur.

8) Tawakkal
Berserah segala-galanya kepada Allah setelah berusaha. InsyaAllah, Allah tidak menzalimi hambaNya. Hanya yang berusaha akan memperoleh apa yang dia usahakan. Semestinya setiap yang diberi itu adalah yang terbaik daripadaNya.

Sumber: Gen-Q Isu 39
Perjalanan yang jauh menggunakan kereta, pasti sahaja membuatkan si ibu dan bayi tidak selesa. Untuk memudahkan keadaan, apa kata anda menempah tiket kapal terbang buat isteri dan anak anda. Terdapat beberapa aspek keselamatan yang perlu diambil kira. Antaranya ialah:


1) Semasa proses pembelian tiket kapal terbang, pastikan anda tidak lupa untuk menempah awal bassinet untuk meletak bayi ketika di dalam kapal terbang nanti. Maklumkan ini kepada ejen pelancongan atau syarikat penerbangan. Sekiranya tidak ada peralatan ini, anda harus memegang bayi di atas riba sepanjang perjalanan.

2) Kebiasaannya, bayi atau anak kecil akan lapar tidak tentu masa. Jika anda mahu menyediakan makanan sendiri dan membawanya menaiki kapal terbang, anda perlu membuat makluman awal juga kepada syarikat penerbangan.

3) Tidak dinafikan, membawa stroller atau kereta sorong bayi bakal memudahkan tugas anda membawa bayi. Anda dibenarkan membawa stroller hingga ke pintu kapal terbang. Oleh itu, apabila tiba di lapangan terbang yang hendak dituju, dapatkan semula stroller di tempat yang sama sebelum ke tempat tuntutan bagasi. Kalau anda kurang pasti, tanyalah pada kakitangan yang bertugas.

4) Selalunya, tatkala kapal terbang berlepas, telinga akan berasa sakit dan berdengung. Situasi ini pastinya akan membuatkan bayi tidak selesa dan menangis. Untuk mengurangkan ketidakselesaan ini, susukan anak anda atau berikannya minum menggunakan botol susu ketika pesawat sedang berlepas. Ulangi langkah yang sama ketika kapal terbang mendarat.

5) Walaupun perjalanan menggunakan perkhidmatan kapal terbang tidak  memakan masa begitu lama seperti menaiki kenderaan lain, bayi atau kanak-kanak tetap akan berasa bosan berada dalam pesawat. Oleh itu, bawalah bayi berjalan-jalan di dalam pesawat apabila dia sudah kelihatan bosan agar dia tidak menangis atau merengek.

Selamat mencuba :)
Dalam satu kajian baru-baru ini, tekanan darah tinggi telah didapati menyebabkan 64 peratus daripadanya menghidap strok dan 49 peratus penyakit jantung koronari. Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi atau berisiko mempunyai ia, saya mencadangkan bahawa anda melakukan yang berikut:

tip menurunkan tekanan darah tinggi

1) Kurangkan pengambilan garam
Penggunaan garam yang tinggi dalam makanan mempengaruhi faktor seseorang untuk menghidap tekanan darah tinggi. Dikatakan bahawa jika pengambilan garam dikurangkan separuh, ia boleh mengurangkan kira-kira 2.5 juta kematian setahun daripada strok dan serangan jantung di seluruh dunia. 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pengambilan garam harian tidak lebih dari 1 sudu teh atau 6gram.

2) Bersenam secara tetap
30 minit sederhana intensiti aktiviti fizikal aerobik seperti berlari, berjalan pantas dan berbasikal pada kebanyakan hari dalam seminggu telah terbukti secara saintifik menghasilkan tekanan darah yang lebih rendah dengan efektif.

Encik Fahmi dahulunya seorang yang obes, selepas melakukan senaman secara konsisten, beliau telah berjaya mendapat berat badan yang ideal. Kini beliau telah bebas masalah tekanan darah tinggi dan kadar kolesterol yang tinggi.

Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah

3) Kurangkan berat badan
Dalam Framingham Kajian Jantung yang terkenal, ia dianggarkan bahawa berat badan berlebihan menyumbang 26 peratus daripada kes-kes tekanan darah tinggi pada lelaki dan 28 peratus di kalangan wanita. Penurunan berat badan, sebaliknya boleh menyebabkan penurunan ketara dalam tekanan darah.

4) Berhenti merokok dan jauhkan diri daripada perokok
Terdapat lebih daripada 4000 bahan kimia dalam sebatang rokok dan kebanyakan daripadanya adalah berbahaya. Bahan-bahan kimia ini mengeraskan  arteri dan sekaligus meningkatkan tekanan darah.

Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi dan anda merokok, risiko kematian anda daripada penyakit jantung dan strok adalah berlipat kali ganda.

Encik Uzir seorang perokok tegar selama 14 tahun, pelbagai cara dan kaedah beliau cuba namun masih gagal berhenti merokok sehinggalah beliau mencuba satu produk suplemen itu. Nak tahu apa?, kena tonton video ini sampai habis.

Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya 

5) Mengurangkan tahap stress
Stress yang kronik boleh menyumbang kepada tahap tekanan darah yang tidak normal. Cuba cari masa untuk merehatkan badan dan minda anda semasa waktu rehat di tempat kerja anda. Jangan lupa untuk berehat apabila anda pulang.

6) Pergi untuk pemeriksaan kesihatan yang kerap
Tekanan darah tinggi adalah pembunuh senyap. Gejala pertama mungkin serangan jantung atau angin ahmar (strok). Kejutan seperti ini yang tidak diduga adalah merbahaya. Oleh itu, sentiasa bersedia. Pemeriksaan kesihatan rutin boleh menyelamatkan nyawa anda!

Semoga tip di atas dapat membantu anda semua. Sama-sama menjaga kesihatan ke arah yang lebih baik untuk kehidupan yang lebih bermakna.
Bau yang kurang enak boleh di atasi dengan menggunakan produk pewangi ketiak seperti deodoran atau antiperspirant.

Tetapi sesetengah produk ini boleh menyebabkan warna ketiak menjadi kusam atau hitam sekaligus menyebabkan seseorang itu malu untuk mengenakan tank-top atau mengangkat lengan.

ketiak hitam

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah ketiak yang bewarna hitam.

1) Siapkan lemon, perah dan kemudian ambil patinya. Campurkan pati lemon tersebut dengan parutan timun hingga sebati. Tambahkan sedikit parutan kunyit ke dalamnya dan kacau. Setelah itu, sapukan pada ketiak dan biarkan selama lebih kurang 20 minit sebelum dibilas dengan air suam.

2) Setiap kali selesai mandi, basakan menggosok ketiak dengan sedikit campuran air kapur sirih dan limau kasturi. Lakukan secara rutin. Apabila berasa gatal dan kulit berutukar kemerahan, hentikan pemakaian.

3) Gosokkan ketiak dengan lulur body scrub atau lulur yang mengandungi buah dan pemutih kulit supaya hasil lebih maksima.

4) Bersihkan sisa-sisa deodoran atau bedak yang melekat pada ketiak setiap kali mandi. Penggunaan kapur sireh selain melambatkan tumbuhnya bulu-bulu halus pada kulit, ia juga membantu dalam mengatasi masalah bahagian ketiak menjadi hitam.

Selamat mencuba.
Kesihatan tubuh badan harus diambil berat. Kesihatan yang baik menjamin hasil kerja yang berkualiti. Namun bagaimana untuk mengekalkan kesihatan yang baik setiap hari. 9 tip ini mungkin dapat membantu anda.

tip kekal sihat

1) Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang
Pilih yang rendah lemak tepu, lemak trans, kolesterol, natrium, banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan yang kaya serat dan ikan yang tinggi omega 3.

2) Sentiasa aktif
Lakukan senaman sekurang-kurangnya 150 minit dengan intensiti sederhana seperti aerobik dan berjalan cepat setiap seminggu.

Encik Fahmi dulunya seorang yang obesiti. Setelah melakukan rutin senaman yang konsisten, akhirnya beliau berjaya mendapatkan berat badan yg ideal. Penyakit kronik yang beliau hadapi juga semakin terkawal tanpa perlu risau lagi.

Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah

3) Kawal tekanan
Tekanan jangka masa panjang boleh menyebabkan peningkatan kadar denyutan jantung dan tekanan darah sehingga merosakkan dinding arteri. Belajarlah menguruskan tekanan demi kualiti hidup yang lebih baik.

4) Perhatikan berat badan anda
Pada usia 40-an ke atas, metabolisme badan anda akan menjadi perlahan. Untuk mengelakkan masalah berat badan, anda perlu mengikut diet sihat dan banyakkan bersenam.

5) Seronok bekerja
Jangan memikirkan bebanan dan tekanan pada kerja kerana anda telah menghabiskan 1/3 hari anda di pejabat. Nikmatilah kerja anda dengan gembira dan amalkan gaya hidup sihat.

6) Ketahui amaran sakit jantung
Tidak ramai yang mengetahui bahawa serangan jantung dirasai di tengah dada dan tidak semua orang mendapaat sakit dada dengan serangan jantung. Malah, gejala juga berbeza antara lelaki dan wanita.

7) Berhenti merokok selamanya
Selain penyakit jantung dan angin ahmar, merokok juga boleh membawa kepada pelbagai kanser. Jadi hentikanlah tabiat ini.

Tengok contoh macam brother ni, setelah hampir 14 tahun merokok, akhirnya beliau telah berjaya berhenti merokok dengan jayanya.

Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya

8) Ketahui badan anda
Anda juga perlu menjaga kesihatan diri dengan melihat tekanan darah, tahap gula dalam darah, indeks jisim badan, lilitan pinggang dan sebagainya.

9) Jumpa doktor
Tiap-tiap tahun, cubalah ambil masa sehari untuk membuat pemeriksaan dengan doktor seperti tekanan darah tinggi, kolesterol, serangan jantung dan sebagainya.

Kesihatan badan adalah amanah pada diri anda sendiri. Selamat beramal.
Pada usia satu hingga dua tahun, penerokaan persekitaran si kecil semakin berkembang. Dia mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Biarkan si kecil menerokai persekitarannya dengan bantuan anda. Melakukan aktiviti yang dirancang dapat membantu anak anda menerokai persekitaran secara positif.

aktiviti bersama bayi

1) Mengenal abjad dan huruf hijaiyah
Memperkenalkan anak dengan abjad ABC adalah cara untuk merangsang kemahiran membaca. Manakakala, huruf jawi pula sebagai pengetahuan asas kepada pendidikan Islam dan belajar mengaji Al-Quran. Anda boleh menggunakan blok huruf  atau kad imbasan untuk aktiviti ini.

2) Eja perkataan tulis nama
Setelah anak mengenali abjad, anda boleh mulai melakukan aktiviti menyusun abjad menjadi perkataan. Mungkin permainan ini sesuai untuk anak berusia dua tahun. Ajaknya supaya sama-sama membuat ayat mudah. 

Pegang tangannya semasa anda menyusun abjad. Cara ini mengajarnya membina perkataan. Contohnya, 'cat'.

3) Melukis dan warna
Melukis dan warna adalah cara terbaik untuk memupuk kreativiti kanak-kanak. Aktiviti melukis dapat memperkembangkan kemahiran fizikal kanak-kanak. Proses melukis bentuk atau gambar mempunyai hubungan dengan perkembangan motor halus kanak-kanak.

Hal ini kerana kanak-kanak menggunakan jari tangan untuk melukis. Sekiranya seseorang kanak-kanak itu dapat mengawal penggunaan jarinya dengan baik maka ia akan membantu kanak-kanak menulis dan melukis sesuatu gambar dengan lancar, betul dan cantik.

Malah apabila kanak-kanak mula belajar mewarna, ia adaalah langkah pertama untuk dia mengenal warna. Inilah masa untuk anda menyuruhnya melukis dan mewarna haiwan atau buah.

4) Kenali haiwan
Perkenalkan pelbagai jenis haiwan menggunakan keratan akhbar atau tablet. Bagi menjadikan sesi aktiviti lebih menarik selitkan dengan bunyi haiwan. Contohnya bunyi kucing, 'miow', harimau, 'aumm'. Sudah tentu aktiviti ini menyeronokkan anak anda apabila melihat mimik muka anda yang lucu semasa meniru suara haiwan.

5) Deria bau dan rasa
Memperkenalkan buah-buahan dan sayur-sayuran kepada kanak-kanak dapat melatih mereka menggunakan pancaindera misalnya buah epal rasanya manis, buah limau, rasanya masam. Cuba biarkan anak anda makan buah limau dan seterusnya anda berkata, adik buah limau masam kan?

Malah semasa anda minum petangbersama si kecil, tanyakan anak anda minuman yang dihidangkan manis atau tawar. Jelaskan bagaimana rasa manis atau tawar. Aktiviti ini sesuai untuk anak yang berusia dua tahun.

6) Kenali anggota badan
Adik, ini hidung. Hidung ini untuk kita menghidu bau. Mata ini pula untuk kita melihat". Memperkenalkan bahagian anggota badan manusia kepada kanak-kanak, seperti mata, tangan, kaki adalah antara aktiviti yang menyeronokkan.

Pegang tangannya dan tunjukkan yang mana mata, hidung, rambut dan telinga. Serta jangan lupa memberitahu tentang fungsi setiap anggota badan, meniru suara haiwan.

7) Seni dan kraf
Biarpun anak-anak masih kecil, aktiviti seni dan kraf amat penting untuk kemahiran motor halus dan rangsangan minda otak kanan. Misalnya membuat puppet dengan kertas warna warni, pinggan kertas dan beg kertas. Lakukan aktiviti membuat puppet bersama anak anda. Tentu anak teruja apabila puppet siap nanti.

8) Permainan blok
Permainan blok mempunyai beberpa kelebihan kepada kanak-kanak seperti melatih koordinasi tangan, mata iaitu anak anda memberi sepenuh tumpuan untuk membina blok dengan berhati-hati supaya tidak jatuh. Ia juga melatih kemahiran berkaitan ruang dan bentuk. Biasanya permainan blok mempunyai bentuk asas seperti kiub empat segi, tiga segi, bulat, kon dan lain-lain.

Selain itu, ia merangsang imaginasi dan kekreatifan untuk membuat binaan seperti membina binaan seperti membina rumah, tembok dan tower. Malah, permainan blok yang bewarna warni boleh menjadi alat terbaik untuk mengajar warna kepada anak.

9) Belajar mengira
Ajarkan kanak-kanak mengira bilangan jari. Anda boleh mengajar anak membilang nombor satu hingga sepuluh dengan menggunakan jari anak anda. Pegang tangannya untuk mengajar satu persatu jari. Mudah dilakukan di mana-mana saja.

10) Menyanyi lagu
Menyanyi adalah salah satu fitrah kanak-kanak yang suka akan hiburan. Oleh kerana aktiviti menyanyi telah menjadi sebahagian daripada hidup kanak-kanak, proses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih berkesan dan tidak bosan.

Namun, jangan lupa selitkan dengan nasihat dan pengajaran. Dalam pada itu, guna alat muzik permainan untuk menjadikan suasana lebih meriah dengan bunyi-bunyian.

Sumber: Pa&Ma, Ogos 2015
Keputusan untuk menyusukan bayi yang bakal lahir dengan susu ibu adalah tepat. Jadikan impian anda menyusukan bayi secara eksklusif direalisasikan.

Bersedialah untuk menghadapi pelbagai cabaran dunia penyusuan seperti bengkak susu, puting merekah, stok susu merudum dan keliru puting. Perlu diketahui bahawa menyusukan tidak semudah yang dijangkakan.

Justeru, mama buatlah persediaan awal mental dan fizikal menyahut cabaran alam keibuan dan keindahan memberikan titisan susu ibu yang penuh kebaikan ini.

tip atasi puting merekah

1) Bengkak susu
Masalah bengkak susu biasa terjadi pada hari ketiga hingga kelima selepas bersalin. Ia boleh diredakan dengan menampalkan kepingan daun kubis hijau yang telah dicuci pada payudara yang bengkak. Biarkan selama 20 minit. Elakkan penggunaan melebihi tiga kali sehari.

Selain itu boleh juga menggunakan halba yang telah direndam di dalam air dan ditumbuk. Tampalkan ia pada payudara yang sedang membengkak.

Pengalaman Sue yang pernah dua kali bengkak susu ialah dengan tuam botol kaca berisi air panas yang dibalut dengan kain pada payudara. Kena tuam banyak kali sampai rasa sakit itu berkurang. Selain itu, Sue juga mengambil lecithin sebanyak 6 biji sehari. Alhamdulillah bengkak surut selepas itu.

2) Puting Merekah
Anda boleh menggunakan uncang teh yang masih suam untuk diletakkan pada bahagian puting yang merekah. Kandungan tannic acid di dalamnya bertindak sebagai astringent semulajadi yang mengeringkan rekahan yang terjadi.

Pengalaman Sue dulu semasa anak tumbuh gigi dan sewaktu hamil anak kedua, puting susu merekah. Ya Allah sakit sangat rasanya, menitik-nitik air mata semasa menyusukan anak. Antara yang Sue buat ialah dengan menggunakan nipple cream jenama Medela dan kerap anginkan payudara.

Kurangkan memakai bra sewaktu berada di rumah dan pakai pakaian yang nipis sahaja.

3) Puting gatal
Masalah kegatalan pada puting boleh dilegakan dengan membasuh bahagian terbabit dengan menggunakan satu sudu makan cuka bersama secawan air. Rendamkan puting beberapa minit dan gosok perlahan. Boleh meredakan kegatalan. Dapatkan rawatan doktor sekiranya hal ini berlarutan.

4) Penghasilan susu menurun semasa ovulasi

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan 

Lazimnya semasa ibu-ibu mengalami ovulasi, paras kalsium dan magnesium dalam darah menurun sehingga menjejaskan penghasilan susu ibu. 

Makan makanan yang mempunyai tinggi kandungan kalsium dan magnesium seperti  susu, badam, kucai, brokoli, sayuran berdaun hijau dan kekacang perlu diambil untuk memastikan penghasilan susu dapat ditingkatkan kembali.

Selain makan makanan yang tinggi kalsium dan magnesium, Sue juga mengamalkan Ostematrix Shaklee. Memang best! Susu tetap maintain walaupun sedang period.

5) Mastitis atau duktus tersumbat
Mastitis amat menyakitkan apabila wujudnya radang pada bahagian puting susu dan menyebabkan kesakitan dan rasa panas apabila si manja menyusu. Hal ini boleh diredakan dengan cara mama memakan dua atau tiga ulas bawang putih mentah sebagai antibiotik semula jadi.

Bawang putih mengandungi allicin iaitu bahan anti mikrob yang bertindak melawan bakteria yang menyebabkan jangkitan. Mandi dengan air suam. Jika ia tidak reda  dalam masa 48jam, rawatan doktor diperlukan segera.

Jika tidak tertelan bawang putih mentah, mama boleh mencuba Garlic Complex Shaklee. Kurang sikit rasa tak tertelan bawang putih mentah itu. heheh....

Selamat mencuba.
Kerap juga Sue mendapat soalan sebegini ketika berjumpa dengan kawan-kawan yang sedang hamil. Sesiapa yang sedang hamil pasti akan mencari dan bertanya mengenai cara-cara untuk memudahkan proses bersalin. Normal la tu kan, lagi-lagi yang sedang hamil anak sulong.

Pada pendapat Sue, proses bersalin sentiasa berbeza daripada seorang ibu dengan seorang ibu yang lain.

Semasa anak sulong, Sue terpaksa melalui emergency ceasarean memandangkan bayi sudah fetal stress. Untuk anak kedua, sehari sebelum bersalin Sue dengan suami seharian berjalan-jalan mengelilingi Midvalley Megamall. Anak yang ketiga, esoknya plan nak keliling shopping mall juga, tapi blom sempat pergi, Sue dah bersalin dulu.

manfaat jalan kaki sewaktu hamil

Jadi, apakah kebaikan berjalan kaki ketika hamil? Diantaranya ialah:

1) Meningkatkan serotonin dan ini memastikan ibu lebih gembira ketika hamil

2) Meningkatkan stamina untuk proses kelahiran kelak

3) Membakar glukos dan kalori lalu mengawal tahap gula dalam darah (membantu kes-kes gestational diabetes)


4) Menggalakkan pengaliran darah dan ini membantu mereka yang mengalami masalah varicose veins di kaki dan peha ketika hamil

5) Menguatkan jantung dan paru-paru wanita hamil. Ini mengurangkan rasa penat

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! 
Ibu hamil pun boleh kuat jalan & kuat panjat tau; bukan takat kuat makan & kuat tidur je. Cerita dongeng macam ni biasa dengar drpd mak/nenek je kan? Nah, ini kisah mak moden.

Jika dilihat dari senarai di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa berjalan kaki boleh membantu wanita hamil.

Sewaktu berbual dengan kawan-kawan Sue yang hamil, Sue suka menggalakkan mereka berjalan kaki ketika peringkat awal proses bersalin (early labour). Ini dapat membantu mereka melupakan kesakitan kontraksi ketika itu.

Semasa berjalan kaki, suami boleh membantu mengurut kawasan tulang belakang isteri bagi mengurangkan rasa sakit. Dengan cara ini, ibu hamil hanya akan masuk ke bilik bersalin ketika proses bersalin sampai ke tahap active labour.

Jadi, waktu yang diluangkan dalam bilik bersalin tidak lama. Jadi buat ibu-ibu hamil, teruskan aktiviti berjalan kaki ketika hamil dan ketika dalam proses early labour nanti.
Musim haji kembali lagi. Tahniah kepada semua yang terpilih mengerjakan haji pada tahun 2015 bersamaan 1436H. Seperti yang anda sedia maklum, haji adalah rukun Islam yang kelima. Ianya wajib dilakukan bagi yang berkemampuan sekali seumur hidup.

Oleh yang demikian, kita cuba pastikan, yang kita buat dengan sempurna dan sebaik mungkin ibadah haji ini. 

Setahu Sue, jika zaman dahulu kebanyakannya boleh pergi banyak kali untuk mengerjakan haji, tapi kini tidak lagi. Anda terpaksa menunggu giliran yang lama jika mahu menunaikan haji untuk kali kedua dan seterusnya.

Jemaah haji dinasihatkan untuk menjaga kesihatan sedari awal lagi. Tiga bulan sebelum berangkat ke tanah suci, jemaah haji disarankan untuk membuat senaman antaranya berjalan kaki. Ini adalah sebagai persediaan sebelum sampai ke tanah suci.

vitamin untuk jemaah haji

Pengambilan suplemen boleh membantu meningkatkan kecerdasan tubuh badan jemaah haji sepanjang berada di sana nanti. Antara yang dicadangkan ialah:

NUTRIFERON: Membantu KUATKAN SISTEM IMUN..bantu elak daripada cepat demam..cepat letih...selsema..yela kat sana kan suasana berbeza..cuaca berbeza..

PERFORMANCE DRINK: Mengekalkan bendalir dalam badan. Penting juga ambil PD ni bagi mengelakkan bibir merekah dan berdarah.

OSTEMATRIX: Gabungan kalsium dan magnesium yang bantu elak KEJANG KAKI setelah seharian berjalan ke..bantu dapatkan TIDUR YANG LENA.. serta LAWAS ke tandas selepas bangun tidur.

JOINT HEALTH TABLET: Memelihara kesihatan sendi, maklum la di sana nanti banyak berjalan dan menggunakan otot sendi kan..

hadiah untuk bakal haji

Testimoni mereka yang telah menggunakan produk Shaklee.


Usah ragu-ragu dengan produk yang terbukti berkesan ini. Jika anda membeli produk ini sekarang, bermakna anda telah membuat pilihan yang sangat bijak. Peluang bijak ini tidak harus dilepaskan.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja. 
Sakit kontraksi yang dialami individu adalah berbeza antara satu sama lain. Ada yang mengalami kontraksi bermula dengan sakit belakang, pinggang dan lain-lain. Ada juga yang mengalami kontraksi seakan-akan senggugut ketika haid.

braxton hicks

Apabila kontraksi semakin kerap, anda sangat digalakkan untuk mencatat selang masanya. Nak lebih mudah, download je mana-mana apps contraction timing. Kontraksi sebenar sepatutnya menjadi lebih kuat, kerap dan berlanjutan selama sekurang-kurangnya 30 hingga 90 saat.

Bermula dari saat mengalami kontraksi, anda digalakkan untuk melakukan banyak pergerakan seperti berjalan di sekitar bilik bersalin. Amalan berjalan diyakini mampu mempercepatkan proses kelahiran. Apa yang pasti, anda tidak digalakkan untuk berterusan berbaring di katil ketika mengalami kontraksi kerana ini hanya akan melambatkan proses kelahiran dan lebih rasa sakit.

Semasa mengandungkan anak Sue yang sulong, Sue tidak tahu bagaimana rasa kontraksi sebelum melahirkan anak. Semasa di dalam wad, doktor mengatakan sudah ada kontraksi yang kuat berdasarkan dari bacaan mesin ctg di perut.

Namun tiada rasa sakit langsung. Malah bukaan serviks hanya 1 cm sahaja, progress yang sangat perlahan. Disebabkan air ketuban sudah sedikit, dan bayi sudah fetal stress, doktor decide untuk emergency ceasarean.

Makanya Sue bersalin anak sulong secara pembedahan. Berbeza dengan anak kedua dan ketiga, Sue dapat merasakan kontraksi sebenar sebelum bersalin. Mula-mula Sue akan kerap ke tandas (buang air besar dan air kecil), selepas itu terasa sakit di belakang pinggang dan akhir sekali sakit itu menjalar di sekitar hadapan ari-ari.

Setiap kali rasa sakit di belakang pinggang, Sue minta tolong suami urutkan di samping tuamkan dengan hot pad (tuala panas, tungku panas). Kaedah ini dapat mengurangkan rasa sakit kontraksi dan diri sendiri dapat mengawal rasa sakit dengan tenang.

Kontraksi sebenar
  • Mempunyai pola sakit yang teratur
  • Sela masa kontraksi semakin dekat jaraknya seiring dengan pembesaran saiz serviks
  • Kekuatan kontraksi bertambah seiring dengan berjalannya waktu
  • Kontraksi tetap dialami walaupun apa juga yang anda lakukan
  • Menyebabkan bukaan serviks semakin lebar
  • Rasa sakit dialami bermula dari pinggang dan bergerak ke hadapan (perut, sekitar ari-ari)
Kontraksi palsu
  • Tidak teratur atau tidak tetap
  • Sela masa tidak hampir jaraknya biarpun waktu makin berlalu
  • Sering kali lemah. Anda mungkin mengalami kontraksi yang lebih kuat diikuti dengan kontraksi yang lemah
  • Kontraksi berhenti apabila anda berehat, berjalan atau berubah kedudukan
  • Tempoh masanya pelbagai
  • Tidak mempengaruhi bukaan serviks
  • Rasa sakit yang biasa dialami hanya dirasakan pada bahagian hadapan (perut)
Cara mudah untuk tahu
1) Kosongkan pundi kencing terlebih dahulu dan minum dua gelas air
2) Baring dengan meninggikan kaki atau baring mengiring.  Seelok-eloknya di sebelah kiri dan bertenang
3) Sentuh bahagian atas rahim. Apabila anda berasa rahim mengeras, sentuh lagi di beberapa tempat yang lain. Jika kontraksi sedang berlaku, anda akan merasakan keseluruhan rahim mengeras
4) Kira kekerapan dan jangka masa kontraksi berlangsung selama satu jam

Nota: Jika anda yang hamil kurang daripada 37 minggu dan mengalami enam kontraksi sepanjang satu jam atau empat kontraksi/jam selama dua jam, segera ke hospital berdekatan.

Sue doakan semoga segala urusan bersalin mommies dipermudahkan. Berminat mencuba set kehamilan atau set berpantang Shaklee? Boleh hubungi Sue ok 013 4774 285.

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit 
Ibu muda ni sangat seksa masa pantang anak pertama sampai tak sanggup nak beranak lagi. Tapi bila melahirkan anak kedua, ini pula yg terjadi...