10 Aktiviti Si Kecil Bersama Anda

Pada usia satu hingga dua tahun, penerokaan persekitaran si kecil semakin berkembang. Dia mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Biarkan si kecil menerokai persekitarannya dengan bantuan anda. Melakukan aktiviti yang dirancang dapat membantu anak anda menerokai persekitaran secara positif.

aktiviti bersama bayi

1) Mengenal abjad dan huruf hijaiyah
Memperkenalkan anak dengan abjad ABC adalah cara untuk merangsang kemahiran membaca. Manakakala, huruf jawi pula sebagai pengetahuan asas kepada pendidikan Islam dan belajar mengaji Al-Quran. Anda boleh menggunakan blok huruf  atau kad imbasan untuk aktiviti ini.

2) Eja perkataan tulis nama
Setelah anak mengenali abjad, anda boleh mulai melakukan aktiviti menyusun abjad menjadi perkataan. Mungkin permainan ini sesuai untuk anak berusia dua tahun. Ajaknya supaya sama-sama membuat ayat mudah. 

Pegang tangannya semasa anda menyusun abjad. Cara ini mengajarnya membina perkataan. Contohnya, 'cat'.

3) Melukis dan warna
Melukis dan warna adalah cara terbaik untuk memupuk kreativiti kanak-kanak. Aktiviti melukis dapat memperkembangkan kemahiran fizikal kanak-kanak. Proses melukis bentuk atau gambar mempunyai hubungan dengan perkembangan motor halus kanak-kanak.

Hal ini kerana kanak-kanak menggunakan jari tangan untuk melukis. Sekiranya seseorang kanak-kanak itu dapat mengawal penggunaan jarinya dengan baik maka ia akan membantu kanak-kanak menulis dan melukis sesuatu gambar dengan lancar, betul dan cantik.

Malah apabila kanak-kanak mula belajar mewarna, ia adaalah langkah pertama untuk dia mengenal warna. Inilah masa untuk anda menyuruhnya melukis dan mewarna haiwan atau buah.

4) Kenali haiwan
Perkenalkan pelbagai jenis haiwan menggunakan keratan akhbar atau tablet. Bagi menjadikan sesi aktiviti lebih menarik selitkan dengan bunyi haiwan. Contohnya bunyi kucing, 'miow', harimau, 'aumm'. Sudah tentu aktiviti ini menyeronokkan anak anda apabila melihat mimik muka anda yang lucu semasa meniru suara haiwan.

5) Deria bau dan rasa
Memperkenalkan buah-buahan dan sayur-sayuran kepada kanak-kanak dapat melatih mereka menggunakan pancaindera misalnya buah epal rasanya manis, buah limau, rasanya masam. Cuba biarkan anak anda makan buah limau dan seterusnya anda berkata, adik buah limau masam kan?

Malah semasa anda minum petangbersama si kecil, tanyakan anak anda minuman yang dihidangkan manis atau tawar. Jelaskan bagaimana rasa manis atau tawar. Aktiviti ini sesuai untuk anak yang berusia dua tahun.

6) Kenali anggota badan
Adik, ini hidung. Hidung ini untuk kita menghidu bau. Mata ini pula untuk kita melihat". Memperkenalkan bahagian anggota badan manusia kepada kanak-kanak, seperti mata, tangan, kaki adalah antara aktiviti yang menyeronokkan.

Pegang tangannya dan tunjukkan yang mana mata, hidung, rambut dan telinga. Serta jangan lupa memberitahu tentang fungsi setiap anggota badan, meniru suara haiwan.

7) Seni dan kraf
Biarpun anak-anak masih kecil, aktiviti seni dan kraf amat penting untuk kemahiran motor halus dan rangsangan minda otak kanan. Misalnya membuat puppet dengan kertas warna warni, pinggan kertas dan beg kertas. Lakukan aktiviti membuat puppet bersama anak anda. Tentu anak teruja apabila puppet siap nanti.

8) Permainan blok
Permainan blok mempunyai beberpa kelebihan kepada kanak-kanak seperti melatih koordinasi tangan, mata iaitu anak anda memberi sepenuh tumpuan untuk membina blok dengan berhati-hati supaya tidak jatuh. Ia juga melatih kemahiran berkaitan ruang dan bentuk. Biasanya permainan blok mempunyai bentuk asas seperti kiub empat segi, tiga segi, bulat, kon dan lain-lain.

Selain itu, ia merangsang imaginasi dan kekreatifan untuk membuat binaan seperti membina binaan seperti membina rumah, tembok dan tower. Malah, permainan blok yang bewarna warni boleh menjadi alat terbaik untuk mengajar warna kepada anak.

9) Belajar mengira
Ajarkan kanak-kanak mengira bilangan jari. Anda boleh mengajar anak membilang nombor satu hingga sepuluh dengan menggunakan jari anak anda. Pegang tangannya untuk mengajar satu persatu jari. Mudah dilakukan di mana-mana saja.

10) Menyanyi lagu
Menyanyi adalah salah satu fitrah kanak-kanak yang suka akan hiburan. Oleh kerana aktiviti menyanyi telah menjadi sebahagian daripada hidup kanak-kanak, proses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih berkesan dan tidak bosan.

Namun, jangan lupa selitkan dengan nasihat dan pengajaran. Dalam pada itu, guna alat muzik permainan untuk menjadikan suasana lebih meriah dengan bunyi-bunyian.

Sumber: Pa&Ma, Ogos 2015

5 ulasan:

  1. salams pagi jumaat sue:)
    kak mieja datang sini...:):)

    BalasPadam
  2. nice info ... dulu anak sorang rajin buat aktiviti, sekarang anak 4, tak terawal dah, malas jadinya :p

    BalasPadam
  3. in shaa Allah aida akan copypaste info ni dlm minda.
    ijat da bertambah akal...
    aida da kena ulangkaji semua aktiviti gini.

    BalasPadam