5 Tip Bawa Anak Menaiki Kapal Terbang

Perjalanan yang jauh menggunakan kereta, pasti sahaja membuatkan si ibu dan bayi tidak selesa. Untuk memudahkan keadaan, apa kata anda menempah tiket kapal terbang buat isteri dan anak anda. Terdapat beberapa aspek keselamatan yang perlu diambil kira. Antaranya ialah:


1) Semasa proses pembelian tiket kapal terbang, pastikan anda tidak lupa untuk menempah awal bassinet untuk meletak bayi ketika di dalam kapal terbang nanti. Maklumkan ini kepada ejen pelancongan atau syarikat penerbangan. Sekiranya tidak ada peralatan ini, anda harus memegang bayi di atas riba sepanjang perjalanan.

2) Kebiasaannya, bayi atau anak kecil akan lapar tidak tentu masa. Jika anda mahu menyediakan makanan sendiri dan membawanya menaiki kapal terbang, anda perlu membuat makluman awal juga kepada syarikat penerbangan.

3) Tidak dinafikan, membawa stroller atau kereta sorong bayi bakal memudahkan tugas anda membawa bayi. Anda dibenarkan membawa stroller hingga ke pintu kapal terbang. Oleh itu, apabila tiba di lapangan terbang yang hendak dituju, dapatkan semula stroller di tempat yang sama sebelum ke tempat tuntutan bagasi. Kalau anda kurang pasti, tanyalah pada kakitangan yang bertugas.

4) Selalunya, tatkala kapal terbang berlepas, telinga akan berasa sakit dan berdengung. Situasi ini pastinya akan membuatkan bayi tidak selesa dan menangis. Untuk mengurangkan ketidakselesaan ini, susukan anak anda atau berikannya minum menggunakan botol susu ketika pesawat sedang berlepas. Ulangi langkah yang sama ketika kapal terbang mendarat.

5) Walaupun perjalanan menggunakan perkhidmatan kapal terbang tidak  memakan masa begitu lama seperti menaiki kenderaan lain, bayi atau kanak-kanak tetap akan berasa bosan berada dalam pesawat. Oleh itu, bawalah bayi berjalan-jalan di dalam pesawat apabila dia sudah kelihatan bosan agar dia tidak menangis atau merengek.

Selamat mencuba :)

7 ulasan:

  1. info yang sangat bagus...tq sharing...

    BalasPadam
  2. xnah naik kapal terbang
    bila ntah nak merasa hihi

    BalasPadam
  3. good tips.bulan depan nak terbang dengan thaqif.nervous

    BalasPadam
  4. good tips.
    anak2 aida da besar baru naik kapal terbang :)

    BalasPadam
  5. nice sharing ... yang no. 5 tu tak pernah buat lagi. biasanya biar je kat riba dari mula gerak hingga dah sampai :)

    BalasPadam
  6. CT mmg tabik spring parents yang boleh sabar krenah anak2 atas flight..
    kadang2 kan tinge dengung.. budak2 bukan faham lagi.. sakit sikit so mula nangis..
    mmg kena extra sabar..

    BalasPadam
  7. boleh praktik bila dh ada anak nanti hikss

    BalasPadam