Bagaimana Rasa Kontraksi Sebenar Vs Kontraksi Palsu

Sakit kontraksi yang dialami individu adalah berbeza antara satu sama lain. Ada yang mengalami kontraksi bermula dengan sakit belakang, pinggang dan lain-lain. Ada juga yang mengalami kontraksi seakan-akan senggugut ketika haid.

braxton hicks

Apabila kontraksi semakin kerap, anda sangat digalakkan untuk mencatat selang masanya. Nak lebih mudah, download je mana-mana apps contraction timing. Kontraksi sebenar sepatutnya menjadi lebih kuat, kerap dan berlanjutan selama sekurang-kurangnya 30 hingga 90 saat.

Bermula dari saat mengalami kontraksi, anda digalakkan untuk melakukan banyak pergerakan seperti berjalan di sekitar bilik bersalin. Amalan berjalan diyakini mampu mempercepatkan proses kelahiran. Apa yang pasti, anda tidak digalakkan untuk berterusan berbaring di katil ketika mengalami kontraksi kerana ini hanya akan melambatkan proses kelahiran dan lebih rasa sakit.

Semasa mengandungkan anak Sue yang sulong, Sue tidak tahu bagaimana rasa kontraksi sebelum melahirkan anak. Semasa di dalam wad, doktor mengatakan sudah ada kontraksi yang kuat berdasarkan dari bacaan mesin ctg di perut.

Namun tiada rasa sakit langsung. Malah bukaan serviks hanya 1 cm sahaja, progress yang sangat perlahan. Disebabkan air ketuban sudah sedikit, dan bayi sudah fetal stress, doktor decide untuk emergency ceasarean.

Makanya Sue bersalin anak sulong secara pembedahan. Berbeza dengan anak kedua dan ketiga, Sue dapat merasakan kontraksi sebenar sebelum bersalin. Mula-mula Sue akan kerap ke tandas (buang air besar dan air kecil), selepas itu terasa sakit di belakang pinggang dan akhir sekali sakit itu menjalar di sekitar hadapan ari-ari.

Setiap kali rasa sakit di belakang pinggang, Sue minta tolong suami urutkan di samping tuamkan dengan hot pad (tuala panas, tungku panas). Kaedah ini dapat mengurangkan rasa sakit kontraksi dan diri sendiri dapat mengawal rasa sakit dengan tenang.

Kontraksi sebenar
  • Mempunyai pola sakit yang teratur
  • Sela masa kontraksi semakin dekat jaraknya seiring dengan pembesaran saiz serviks
  • Kekuatan kontraksi bertambah seiring dengan berjalannya waktu
  • Kontraksi tetap dialami walaupun apa juga yang anda lakukan
  • Menyebabkan bukaan serviks semakin lebar
  • Rasa sakit dialami bermula dari pinggang dan bergerak ke hadapan (perut, sekitar ari-ari)
Kontraksi palsu
  • Tidak teratur atau tidak tetap
  • Sela masa tidak hampir jaraknya biarpun waktu makin berlalu
  • Sering kali lemah. Anda mungkin mengalami kontraksi yang lebih kuat diikuti dengan kontraksi yang lemah
  • Kontraksi berhenti apabila anda berehat, berjalan atau berubah kedudukan
  • Tempoh masanya pelbagai
  • Tidak mempengaruhi bukaan serviks
  • Rasa sakit yang biasa dialami hanya dirasakan pada bahagian hadapan (perut)
Cara mudah untuk tahu
1) Kosongkan pundi kencing terlebih dahulu dan minum dua gelas air
2) Baring dengan meninggikan kaki atau baring mengiring.  Seelok-eloknya di sebelah kiri dan bertenang
3) Sentuh bahagian atas rahim. Apabila anda berasa rahim mengeras, sentuh lagi di beberapa tempat yang lain. Jika kontraksi sedang berlaku, anda akan merasakan keseluruhan rahim mengeras
4) Kira kekerapan dan jangka masa kontraksi berlangsung selama satu jam

Nota: Jika anda yang hamil kurang daripada 37 minggu dan mengalami enam kontraksi sepanjang satu jam atau empat kontraksi/jam selama dua jam, segera ke hospital berdekatan.

Sue doakan semoga segala urusan bersalin mommies dipermudahkan. Berminat mencuba set kehamilan atau set berpantang Shaklee? Boleh hubungi Sue ok 013 4774 285.

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit 
Ibu muda ni sangat seksa masa pantang anak pertama sampai tak sanggup nak beranak lagi. Tapi bila melahirkan anak kedua, ini pula yg terjadi...

5 ulasan:

  1. bagus info ini untuk para ibu-ibu muda yang pertama kali hendak bersalin:):)

    BalasPadam
  2. info macam ni sangat baik untuk dikongsikan dengan semua insan yang bakal begelar ibu..

    BalasPadam
  3. sy lom ada pengalaman ni....but nice info :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. in shaa Allah Deanna...it will be your turn nrxt...aminn

      Padam