Assalamualaikum

ajar anak guna tandas

1) Apabila anak-anak sudah pandai berjalan, ajarkan tatacara penggunaan tandas

2) Sediakan selipar kecil di dalam tandas dan bilik air untuk kegunaan anak-anak. Beritahu kepada anak bahawa mereka perlu menggunakan selipar kerana tandas kawasan banyak kuman dan mengelakkan kaki daripada terpijak najis yang berada di lantai

3) Ajarkan anak-anak agar menutup kepala setiap kali masuk ke tandas dan membaca doa sebelum masuk tandas

4) Ajarkan mereka cara menggunakan mangkuk tandas dan tidak kencing berdiri di lantai yang boleh menyebabkan lantai bernajis, memercik ke dinding dan berbau hancing

5) Selepas membuang air kecil atau air besar, ajarkan mereka cara menyuci najis. Penggunaan paip air dengan salur getah dapat membantu memudahkan anak menyuci najis dengan sendiri

6) Ajar anak berjimat cermat menggunakan air, jangan pasang air terlalu laju yang boleh menyebabkan pembaziran

7) Pam tandas, jirus sekeliling mangkuk tandas dan sekitarnya dengan air perlahan. Ini dapat mengelakkan air memercik ke badan

8) Basuh tangan dengan sabun dan bilas tangan hingga bersih

9) Jirus kepala paip dengan sedikit air

10) Sebelum keluar dari tandas, jirus air perlahan-lahan ke kaki

11) Buka selipar dengan cermat dan tinggalkan selipar dalam tandas

12) Baca doa keluar tandas

Ibu-ibu boleh la apply tips ini kepada anak-anak anda. Semoga bermanfaat :)
Assalamualaikum.

Kini terdapat pelbagai pilihan permainan yang berasaskan pasir contohnya seperti kinetic sand. 

aktiviti kinetic sand

Apakah keistimewaan kinetic sand?
  • Lembut dan elastik
  • Tidak bersepah: Pasir tersebut hanya melekat antara satu sama lain dan tidak melekat pada tangan
  • Tidak akan kering: Sentiasa lembap agar mudah dibentuk
  • 100% selamat: Tidak bertoksik, bebas gluten (sesuai untuk kanak-kanak yang alergik)
  • Sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi kepada dewasa (untuk tujuan rekacipta, pendidikan, pelan bangunan dan lain-lain)
Manfaat bermain pasir :
  • Jari jemari kecil menggenggam, mengepal dapat membantu perkembangan deria sentuhan
  • Dapat meningkatkan daya kretiviti dan imaginasi anak-anak
  • Dapat membantu anak-anak mengenal sesuatu benda ketika menggunakan objek untuk menekap
  • Dapat meningkatkan daya tumpuan atau fokus anak-anak
  • Dapat menjadikan anak-anak lebih pintar dan cergas
Aktiviti ini sangat digemari dan paling dinanti-nanti oleh anak-anak Sue. Bukan main seronok lagi mereka bermain.


Jom bermain pasir bersama anak-anak :)
Assalamualaikum.

Alhamdulillah hampir setahun lebih Sue sekeluarga telah bertukar kepada ayam organik rentetan daripada anak Sue yang mengalami ekzema.

residue free chicken

Diakui di pasaran memang terdapat pelbagai pilihan ayam yang tidak disuntik hormon. Namun nak mencari yang halalan toiyyiban itu sedikit susah.

Bukan susah apa, stok ayam cepat sangat habis. Kadang-kadang perlu berjalan jauh semata-mata untuk mengambil stok ayam di kedai yang masih mempunyai stok.

Sekadar menyebut beberapa jenama yang terdapat di pasaran seperti ayam Az-Zain, Zainol Halal Organic Chicken, HPA, Sufi dan yang terbaru di pasaran adalah Ladangku.

Jangan kata ayam Ladangku sama sahaja dengan lambakan ayam di pasar. TIDAK sama sekali. Ayam Ladangku tumbuh membesar secara semulajadi tanpa disuntik hormon tumbesaran. Ayam Ladangku disembelih oleh orang yang ahlinya di rumah sembelih yang diiktiraf Halal oleh Jakim. 

Kami siap-siap potong 10 dan 12 bahagian dan dibersihkan supaya dapat memudahkan ibu-ibu memasak. Hanya perlu bilas sahaja, tak perlu nak ulit satu-satu. Semudah itu sahaja. Harga pun mampu milik, hanya RM15 seekor, berbaloi dengan kualitinya.

Ayam Az-Zain
Zainol Halal Organic Chicken
Ayam HPA
Ayam Sufi
Ayam Ladangku yang dipotong 10 dan 12 bahagian. Boleh pilih.
FB: Ayam Segar, Tidak Dicucuk Hormon, Halalan Toyyiban
Kini Sue tak lagi perlu bersusah payah kerana boleh mendapatkan stok ayam dengan mudah kerana berdekatan dengan rumah.

Anda yang berminat mencuba ayam dari Ladangku, boleh menghubungi stokis berdekatan anda ye.

Jom bertukar kepada ayam yang tidak dicucuk serta dijamin halal untuk kesihatan bersama :)
Mencegah lebih baik daripada mengubati. Makanan adalah bahan asas untuk kehidupan dan kesihatan, namun begitu makanan juga boleh menjadi punca kita mendapat pelbagai penyakit berbahaya. Gaya hidup sihat adalah kunci utama dalam mencegah datangnya pelbagai penyakit.

ubat kanser payudara

Beberapa kajian menunjukkan  amalan gaya hidup  yang sihat, aktif dan seimbang mampu menjauhkan seseorang daripada ancaman penyakit pembunuh nombor satu wanita khususnya kanser.

1) Bawang putih

Ianya mengandungi Allium yang dikatakan dapat membantu meningkatkan pertahanan semulajadi badan terhadap kanser. Sulfida allyl dapat menghalang kesan karsinogen dan melambatkan proses pembangunan perut, esofagus, kolon, paru-paru dan kanser payudara.

Jika anda tidak boleh telan raw garlic, boleh cuba Garlic Complex.


2) Lemak ikan


Lemak omega-3 asid yang terkandung di dalam ikan berlemak seperti salmon, tuna segar, herring dan ikan kembung, bukan sahaja telah terbukti menyumbang kepada kesihatan jantung, tetapi juga dianggap melindungi dan melambatkan penyebaran hormon sel-sel tumor yang berkaitan.

Jika anda alah atau tidak tahan bau ikan, boleh lah mencuba minyak ikan Shaklee yang dikenali sebagai Omega Guard dimana ianya diproses penyulingan berperingkat (Triple Molecular Distillation). Ia bertujuan untuk:

- Menyingkirkan bahan kontaminasi seperti arsenik, kadmium, dioksin dan PCB
- Mencegah pembentukan lemak trans merbahaya dalam menghasilkan minyak ikan yang sihat
- Bau dan rasa ikan yang minima

3) Tomato


Lycopene yang terdapat di dalam tomato dipercayai mampu memusnahkan radikal bebaas yang berbahaya seperti molekul tidak stabil yang boleh membentuk menjadi sel-sel yang menggalakkan pertumbuhan kanser dan memperlahankan pertumbuhan sel-sel kanser payudara.

Produk Shaklee yang turut mengandungi tomato adalah Carotomax



4) Bayam


Hasil kajian oleh Institut Sains Kesihatan Alam Sekitar mendapati bahawa 44% daripada wanita yang diberi makan bayam dua kali seminggu, kurang risiko untuk mendapat kanser payudara berbanding mereka yang tidak memakannya. Ejen-ejen dalam bayam iaitu klorofil, karotenoid, omega-3 asid lemak, dan mikronutrien seperti vitamin, mineral dan antioksidan mampu membantu mencegah kanser.

5) Ceri


Buah ini mengandungi sebatian semualajadi, alcohol perillyl yang telah terbukti membantu menghalang pertumbuhan sel-sel kanser di pankreas, hati, paru-paru dan kanser payudara.

6) Minyak zaitun


Lignan yang terdapat di dalam minyak zaitun dara adalah antioksidan yang kuat bertindak melawan perubahan sel awal kanser dalam kolon, prostat dan payudara. Malah, satu kajian yang disiarkan dalam Jurnal Antarabangsa Perubatan Molekul melaporkan hubungan antara minyak zaitun dalam mengurangkan risiko kanser payudara.

7) Beri


Mengandungi pelbagai keseluruhan sebatian yang berjuang menentang kanser, termasuk antosianin, asid elagik, kaempferol dan quercetin, beri dianggap meneutralkan radikal bebas dalam sel-sel sihat dan melambatkan pertumbuhan kanser payudara.

Elderberry (Sambucus Niagra) adalah salah satu bahan yang terkandung di dalam Vivix.  Kandungan Resveratrol yang terdapat dalam Vivix telah menjalani lebih dari 2000 penerbitan penyelidikan, termasuk beberapa kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard, Institut Antarabangsa Penuaan, Institut Kanser Negara, dan banyak lagi. 

Resveratrol adalah rawatan semula jadi yang pertama mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan bahawa ia menghalang atau menghentikan banyak peringkat kanser. Resveratrol bukan sahaja menghalang kanser, malah telah dicadangkan sebagai rawatan tambahan. 



8) Benih flaks (flax seeds)

Penyelidikan menunjukkan bahawa fitoestrogen atau "estrogen tumbuhan", yang terdapat dalam biji flaks boleh membantu untuk menghalang estrogen. Dengan itu, ia mengurangkan risiko sesetengah jenis estrogen yang berkaitan dengan kanser, termasuk rahim, prostat dan payudara.

9) Teh hijau


Mengandungi EGCG, catechin yang menghapuskan sisa radikal bebas dan mengurangkan tumor pada peringkat awal dan melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser.

10) Sayur-sayuran cruciferous


Sayur-sayuran memang terbukti berkhasiat untuk tubuh badan kita. Justeru itu sayuran cruciferous iaitu brokoli, tauge dan kubis mengandungi glucosinolate, sejenis bahan kimia semula jadi yang dikatakan dapat membantu meningkatkan pertahanan badan terhadap kanser.

Sumber: Rapi Okt 15

Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda untuk manfaat bersama :)
Berpantang adalah amalan yang istimewa. mana taknya, terdapat beberapa amalan pantang larang yang diamalkan sejak nenek moyang kita dulu sehingga sekarang masih dipraktikkan. Jom kita lihat antara pantang larang yang masih menjadi amalan sehingga hari ini.

set berpantang shaklee

1) Mandi
Semasa mandi hendaklah duduk di bangku. Cara ini dikatakan untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, anda tidak menggunakan banyak tenaga disebabkan ibu baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

2) Peranakan sembuh semula
Peranakan dikatakan akan cepat sembuh apabila anda merapatkan kaki semasa tidur. Anda juga tidak boleh aktif. Hanya duduk diam di atas katil selama seminggu.

Dengan memakai bengkung, automatik bila kita tidur kaki tidak akan terbuka luas. Oleh yang demikian, jangan malas-malas pakai bengkung ye mommies.

3) Pantang 100 hari
Bagi memastikan peranakan kembali normal, anda digalakkan berpantang dalam tempoh ini dengan tidak mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan dan kesihatan anda.

Walaupun berpantang hanya 44 hari, namun berpantang dengan suami disyorkan selepas 100 hari. Perkara ini boleh dibawa berbincang dengan suami. ianya untuk kebaikan bersama.

4) Duduk bersimpuh
Duduk bersimpuh dengan merapatkan dua lutut adalah amalan yang dilakukan dalam pantang. Samada bersalin normal atau pembedahan, anda digalakkan duduk bersimpuh. Cara ini dikatakan mampu mempercepatkan penyembuhan luka-luka selepas melahirkan.

Masa dalam pantang, elakkan duduk bersila ye mommies. Takut jahitan luka perineum terbuka pula nanti. Oh seramnye...

5) Mata rabun
Elakkan menjahit atau membaca semasa dalam pantang. Ini kerana keadaan fizikal anda masih lemah untuk memberi tumpuan kepada sesuatu perkara.

Bab membaca Sue tak dapat elak, sebab masa ni je yang Sue dapat mengambil kesempatan menghabiskan membaca buku atau artikel dari smartphone semasa bayi tidur.

6) Ibu jari kaki terhantuk
Semasa dalam pantang, anda perlu berjalan secara perlahan. Ia bertujuan mengelak ibu jari kaki terhantuk. Adakalanya jika terhantuk, , ia boleh menyebabkan anda pitam atau bentan.

Tempoh berpantang adalah saat yang sepatutnya seorang isteri itu merehatkan diri secukupnya. Ianya bagi memulihkan kesihatan ibu selepas bersalin. 

Set Berpantang Shaklee membantu memberi tenaga kepada ibu, membantu melancarkan pengeluaran susu ibu, lawas ke tandas, mencantikkan kulit ibu, mempercepatkan proses penyembuhan luka, membantu minumkan stres ibu dalam pantang. Sebab itu ianya menjadi pilihan kebanyakan ibu-ibu di Malaysia.


Untuk mengetahui fungsi setiap vitamin KLIK SINI.

Salah satu testimoni set berpantang Shaklee:

Feedback Puan Ilyana: Badan rasa bertenaga, luka cepat sembuh, tiada mood swing
Lagi testimoni KLIK SINI dan SINI.

Jika anda berminat mencuba set berpantang Shaklee, boleh menghubungi Sue di 013 4774 285. Harga set ini adalah RM451 tidak termasuk postage. Set ini mampu bertahan sehingga  4-6 bulan makan.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.

< Klik gambar untuk join >

Assalamualaikum & hello there,


Rasanya dah makin stress rakyat Malaysia dengan isu harga barang & perkhidmatan dah naik. Pergi sana - harga barang naik, pergi situ - harga itu naik & datang sini pun dah naik harga. Tapi jangan risau jangan kusut kepala kerana BBL nak kasi duit saku untuk korang! 

Tepuk tangan sikit!

Boleh buat belanja nasi lemak & teh tarik untuk breakfast atau beli nasi goreng telur mata makan malam ya. Kiran macam BBL belanja versi digital la. Okay check out berapa banyak duit saku untuk pemenang.

Hadiah duit saku dari BBL

Duit saku RM30 
untuk 1 orang pemenang

Duit saku RM20 
untuk 1 orang pemenang


Duit saku RM10 
untuk 2 orang pemenang

Duit saku RM5 
untuk 4 orang pemenang

Cara nak join sangat mudah. Follow step dibawah :

1. Add BBL di

Follow blog

LIKE fan page

Add Google+

Add Twitter

Add  Instagram

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway Duit Saku Dari BBL"

3. Copy coding yang disediakan & paste kat ruang HTML & publish entri


Cara nak paste code dalam entri


4. Tinggalkan link URL entri korang dalam kotak komen SINI (link)

Tu saja. Senang sangat kan.

Tarikh tamat giveaway pada 14 November 2015

Pemenang akan diumunkan pada 16 November 2015 nanti


BBL ~ Cepat submit link URL korang
o\( ̄ρ ̄)/o

Sekian terima kasih & selamat hari raya

Assalamualaikum.


Klik banner untuk join.
GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY


JOM MERIAHKAN SEGMEN 
KLIK BANNER SEGMEN UNTUK INFO LANJUT

DETAIL SEGMEN

** 19 PEMENANG DI CARI
** MULA : 21 OKTOBER 2015
** TAMAT : 31 OKTOBER 2015


GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY ini di taja sepenuhnya oleh Kathy, Mamaniza, Sofu, Suria, Sally,  Hani, Eyra, Fuza, Adna, Ayumie, Yong, Zie, Eda, Hana, Yana Yani, Ida, Fiza, Ida Bits & Aida.
Artikel Berkaitan GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY
Salam Jumaat :)


Seorang hartawan membawa anaknya menginap dirumah kawanya yang miskin. Dia berharap anaknya akan sedar akan kekayaan yang mereka miliki. Setelah genap tiga hari di rumah si miskin, mereka pun pulang. Dalam perjalanan si ayah bertanya, "Apa pandangan kamu tentang kembara kita?"

" Seronok !" Jawab si anak.
"Sekarang tentu kamu dapat banding tentang hidup sebagai orang kaya dan orang miskin bukan?"

"Ya" Jawab anaknya penuh ceria.
" Cuba ceritakan apa yang kamu dapat belajar dari pengembaraan kita ni?"

Si anak menjawab dengan penuh yakin, "kita mempunyai seekor kucing peliharaan, tetapi mereka ada banyak kucing yang mereka beri makan. Kita ada kolam renang, tetapi mereka ada sungai jernih yang mengalir untuk mereka

mandi, kita ada lampu inport yang mahal harganya, tetapi mereka ada bintang-bintang yang bergemerlapan di langit untuk mereka pandang saat mereka bersantai-santai di halaman rumah pada malam hari...."

Si ayah ingin menyampuk namun si anak meneruskan, " Kita ada jalan berturap, tetapi mereka ada padang hijau yang saujana mata memandang. Kita seronok menyuruh orang gaji membuat itu dan ini untuk kita, mereka pula ceria memberi khidmat dan pertolongan kepada orang lain. Kita ada banyak makanan, tetapi

mereka menghasilkan makanan. Kita ada penjaga yang menjaga harta kekayaan kita....tetapi mereka ramai sahabat setia yang sentiasa melindungi mereka."
Si ayah semakin terdiam apabila anaknya menambah, "terima kasih ayah kerana menyedarkan betapa kayanya mereka dan betapa miskinnya kita!"

PENGAJARAN DARI KISAH INI:-

Kekayaan sebenar terletak di hati yang sentiasa bersyukur dan redha pada ketentuan Allah. Bukan kerana apa yang kita miliki, tetapi kerana apa yang kita beri. Untuk mencapai kesenangan, kita perlu memiliki. Tetapi untuk mencapai ketenangan kita perlu memberi. Memberi lebih gembira daripada menerima.
Assalamualaikum.

Kawan-kawan pernah dengar atau melihat busy book?

Busy book adalah sebuah buku yang diperbuat daripada kain felt dan dihiasi dengan pelbagai bahan lain seperti butang, zip, beads dan lain-lain mengikut aktiviti yang terdapat dalam buku tersebut.

Busy book sebenarnya adalah satu aktiviti yang boleh menggantikan gadget seperti ipad, tab dan smartphone untuk mengajar anak-anak. Boleh diperkenalkan seawal usia bayi lagi untuk rangsangan motor skill mereka.

Berikan busy book pada anak dan biarkan mereka explore aktiviti dalam buku tersebut. Pada permulaan sebaiknya anda berada di sisi anak untuk bermain bersama mereka supaya mereka tahu dan faham untuk membuat aktivi tersebut.

Sejak Sue join group Homeschooling Genius Syurga jadi terjebak pula dengan Busy Book ni. Nak buat sendiri sebab tak pandai jahit mesin, jadinya Sue beli online je.

Ini Sue kongsikan beberapa gambar busy book yang Sue beli untuk anak yang berusia 19 bulan.

Cover buku
Belajar petik dan letak buah, belajar nombor di pizza
Belajar nombor
Belajar ikat kasut
Belajar buat roti sandwic
Belajar susun puzzle
Belajar warna dan abc, motor skill buka tutup zip
Belajar suai padan bentuk, motor skill buka pasang semula butang pada bunga
Mama-mama yang ada masa dan punya kemahiran menjahit boleh la menyediakan sendiri buku ini pada anak anda. Boleh rujuk template busy book DI SINI.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan busy book secara online boleh terjah sini:

No Tel: 013 778 7820 Puan Nazihah

Nak survey-survey bahan-bahan untuk homeschooling boleh terjah Shopping Homeschooling Genius Syurga. Pasti anda rambang mata ;)
Bukan semua orang rajin bersenam. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerja. Dengan masa yang terhad ianya membataskan golongan tersebut untuk bersenam.

senaman yang cepat bakar kalori

Lalu, apakah cara terbaik mendapatkan gaya hidup sihat  dalam soal menjaga tubuh cergas dan minda yang sihat? Ikuti panduan berikut.

1) Senaman atas katil
Sebaik sahaja celik jangan terus bangun, sebaliknya lakukan senaman di tempat tidur dahulu. Lakukan bangkit tubi atau senaman kaki dan tangan agar membantu memecahkan lemak di tubuh. Lakukan sekerap mungkin agar kalori dapat dikurangkan dalam tempoh sebulan.

2) Gunakan tangga
Elakkan lif dan gunakan anak tangga samada di rumah ataupun di pejabat.

3) Berdiri sesekali
Bagi anda yang sibuk dengan urusan anak-anak di dapur, anda sebenarnya sedang melakukan senaman yang bagus. Terutama ketika berdiri dan berjalan untuk mengambil barang. Berkejar ke sana ke mari menguruskan hal rumah juga satu perkara yang baik untuk anda mengurangkan berat badan.

4) Ketawa
Tekanan boleh membuatkan anda hilang pertimbangan untuk fokus melakukan satu-satu pekerjaan. Sebaiknya gunakan cara paling mudah untuk mengembalikan kesihatan minda. Caranya cubalah ketawa atau mencari aktiviti yang boleh membuatkan anda ketawa.

Ia dapat mengurangkan rasa sakit, meredakan ketegangan malah meningkatkan fungsi kekebalan tubuh. Jadi, jika malas mahu melakukan senaman, apa kata praktik senaman mulut yang satu ini.

5) Peluklah pasangan
Anda akan bertambah tenang sewaktu anda memeluk pasangan yang anda cintai. Berdasarkan kajian yang dilakukan di negara Barat, pelukan yang menenangkan boleh membebaskan hormon kortisol sekaligus mengurangkan peratus tekanan yang dialami.

Selamat mencuba :)

Sumber: Mingguan Wanita Okt 15
Apabila usia anak menginjak ke angka 3 tahun, namun kelihatan si manja anda kurang bercakap, sudah pastilah akan terdetik sedikit kerisauan. Untuk menghilangkan rasa risau, anda boleh merujuk perihal anak anda pada doktor atau mereka yang punya kepakaran dalam bidang kanak-kanak.

cara buat anak banyak bercakap

Selain itu, anda juga boleh mencuba tip yang saya kongsikan di bawah.

1. Anak bercakap, kita boleh stimulate sepanjang masa..bukan bila dia dah start 1 tahun, 2 tahun..tapi mmg sejak dia lahir..kita kene biasakan bercakap dgn dia. Jadi kerja kita setiap hari bercakap sbb anak anak ni perlukan foundation utk bercakap jauh lebih lama dari waktu spptnya dia cakap. Waktu pakai baju, tukar pampers, mandi, minum susu, semualah.

2. Kurangkan ipad, gadget, tv, sebaliknya aktifkan perbualan 2 hala antara kita n anak. Ini memang kene berjuang. Gantikan dengan suatu yang lebih menarik buat dia. Sbb gadget, mengurangkan interaksi 2 hala.

3. Banyakkan buat projek/ aktiviti dgn anak. Kalau umur 1 thun tu..dah boleh buat experimen volcano dah. Haaa...sbb bila kita buat projek..dia akan galakkan semangat ingin tahu mereka..dan galakkan dia rasa2 nak communicate sbb dia.nak suarakan pendapat dan lain lain.

4. Terlibat sama main role play: main masak, jual jual, apa apalah..tapi kita jadi main jugak ambil watak dalam tu..semasa main..perlbagaikan suara n intonasi . Skali skala buat kelakar.

5. Libatkan mereka dgn aktiviti harian. Cth kacau telur, sapu butter di roti, masukkan baju dalam mesin basuh, sidai, sapu sampah, siram pokok, lipat baju, semasa buat semua ni..kita bercakap dgn mereka..minta idea mereka, again, pelbagaikan intonasi dan wujudkan keseronokan masa buat. Kira cakap tak berhenti dgn mereka lah. Anak anak jadi rasa keperluan dan keseronokan communicate tu.

6. Bina suasana yg ransang mereka bercakap. Permainan permainan yang mereka ada, kita main sama sama..bagi idea. ..tanya mereka..bukan cakap sepatah dua..tapi wujudkan semangat masa cakap dgn mereka.

7. Ulangan. Perkataan perkataan harian...kita boleh mulakan ulang byk kali. Mama, abah, mandi, makan,

8. Ubah habit ibu ayah dr byk tengok tv dan gadget. Ini terpaksa saya tulis. Demi anak anak kita. Bila kita seronok dgn komunikasi di alam maya..kita tak dapat wujudkan masa dan cinta untuk byk cakap dgn anak kita. Itulah pengorbanan. Demi masa depan mereka.

9. Habis, kalau kami mmg orgnya jenis x banyak cakap? Takpe, demi anak kita, kita banyakkan lah cakap..

10. Berjuang untuk gunakan bahasa yang baik, bukan marah, herdik, menghina, mencaci. Semua ini lebih mudah bila kita tenang dan sabar.

Jadikan semua di atas sebagai rutin.

InsyaAllah kita sama sama doakan ya. Setiap dr kita pasti ada ujiiannya masing masing berkaitan anak ni.

Kredit: FB Humaira' Parenting Cafe

Kesimpulannya untuk membantu anak bercakap, ianya memerlukan komunikasi dua hala antara ibu bapa dengan anak-anak. Walaupun penat bekerja, janganlah jadikan ianya sebuah alasan untuk tidak berkomunikasi dengan anak-anak.

Minimumkan stres, makan makanan yang seimbang, tidur yang cukup dan boleh juga mengambil suplemen untuk tambah tenaga. Setiap usaha yang kita lakukan, jangan lupa diakhiri dengan doa.

Ulang dan ulang bercakap dengan anak-anak. Semoga setiap usaha kita diberkatiNya. Jangan lupa amalkan tips di atas. Semoga anak anda lebih banyak bercakap dan semakin rapat dengan anda :)
Sebuah perkahwinan pasti lebih berseri dengan kehadiran cahayamata sebagai pelengkap kehidupan. Perasaan gembira berbaur risau saat pertama kali disahkan hamil sukar diungkap dengan kata-kata. Namun, sebagai manusia biasa terdapat juga pasangan yang tidak dapat berkongsi 'khabar gembira' tersebut.

panduan cepat hamil

Kesuburan adalah keupayaan sepasang suami isteri untuk mendapatkan zuriat. Kesuburan bukan hanya bergantung kepada keupayaan wanita semata-mata malah turut dipengaruhi keupayaan suami. Menurut kajian, hampir 30% masalah kesuburan berpunca daripada suami.

Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan zuriat sendiri terutama wanita. Perasaan mengandung dan melahirkan anak menjadi idaman setiap wanita. Namun, jika sudah lama berkahwin tiada langsung tanda untuk hamil, wanita sering dipersalahkan. Jarang sekali terutama keluarga suami menyalahkan pihak lelaki.

Pendek kata balik balik wanita juga yang kena. Betul tak?

Jika sudah setahun mencuba untuk mendapatkan zuriat namun masih tidak menunjukkan sebarang tanda untuk hamil bermakna salah seorang atau kedua-dua pasangan mempunyai masalah ketidaksuburan. Kebanyakan masalah ketidaksuburan adalah kerana;

GENETIK
  • masalah ovulasi
  • masalah pada rahim dan saluran peranakan
  • masalah pada sperma
  • ketidakseimbangan hormon
  • obesiti
Masalah ketidaksuburan ini boleh diuji dengan beberapa pemeriksaan berikut:
  • pemeriksaan darah
  • pemeriksaan air mani suami
  • pemeriksaan salur peranakan
  • imbasan ultrabunyi untuk wanita
KEPENTINGAN USIA DALAM KESUBURAN
Tahap kesuburan yang paling utama adalah pada usia 18 tahun sehingga 30 tahun. Semakin berusia seseorang wanita  maka peluang untuk hamil semakin berkurangan atau telur rosak.

Kesuburan wanita sehingga usia 35 tahun
Sebaik-baiknya merancang untuk memiliki anak lebih awal. Selepas 35 tahun bilangan telur yang baik semakin berkurangan sehingga ke peringkat menopaus dalam usia 50 tahun.

Kesuburan lelaki
Kualiti sperma lelaki juga turut dipengaruhi oleh peningkatan usia. Walaupun terdapat kes lelaki berusia memiliki anak dengan isteri yang muda tetapi tidak banyak pasangan yang begini.

Apa yang perlu dilakukan?

1) Bersukan dan bersenam
Pastikan bersenam atau bersukan sekurang-kurangnya tiga kali sehari selama 30 minit. Cuba elak sukan angkat berat atau bina badan kerana penggunaan hormon atau steroid boleh mengganggu kualiti sperma.

Begitu juga dengan wanita yang mengalami penurunan berat badan mendadak boleh mempengaruhi tahap kesuburan.

2) Pemakanan
Amalkan pemakanan yang seimbang. Elakkan makanan yang diproses atau makanan segera. Jika boleh amalkan makanan yang berasaskan organik lebih baik.

3) Stres
Setiap orang pasti akan mengalami stres. Apa yang perlu dilakukan adalah mengawal stres agar tidak membebankan diri. Stres yang tidak terkawal kadang kala boleh mempengaruhi haid dan mengganggu tidur yang berkualiti.

Tingkatkan kesuburan dengan:

1) Tidak merokok

2) Tanpa alkohol

3) Punya pasangan tunggal

4) Pengambilan set kesuburan Shaklee

(Sumber Rapi Okt 2015)

tip cepat hamil
Set Kesuburan Suami Isteri Shaklee
Fungsi-fungsi vitamin adalah seperti berikut:

Vitalea (multivitamin) : Membekalkan keperluan asas kesemua 12 jenis vitamin dan 9 mineral yang diperlukan tubuh. 

Mengandungi Asid Folik - meningkatkan kesuburan wanita, memperbaiki kualiti dan kualiti sperma dan mengurangkan risiko masalah kecacatan tulang belakang bayi yang bakal lahir.

B Complex: Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk menukar makanan ke bentuk tenaga 

B6 - membantu memanjangkan waktu subur 

B12 - membantu meningkatkan kuantiti sperma

Vitamin C - Bagi lelaki, vitamin C membantu mencegah penggumpalan sperma dan menjadikannya lebih bergerak aktif (sesuai untuk perokok). Bagi wanita, ia membantu mengawal keseimbangan hormon, menguatkan sistem imunisasi dan meningkatkan kesuburan. Keunikan Vita-C Shaklee adalah pada sistem "sustained release" di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan dan akan bertahan lebih lama dalam badan.

Vitamin E & Selenium - membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita yang juga terkenal sebagai “vitamin seks”. 

Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. 

Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

Zinc Complex - Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. 

Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose Nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

GLA Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. 

Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum)

Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

Testimoni mereka yang telah mencuba set kesuburan Shaklee: (Sila klik imej untuk lebih jelas)

1) Tak sampai sebulan ambil Gla Complex, sudah disahkan hamil. Kembar lagi dia dapat. Alhamdulillah rezeki dari Allah.


2) Selepas 3 bulan consume set kesuburan Shaklee, alhamdulillah beliau telah disahkan hamil.


3) Kahwin hampir setahun namun belum ada rezeki dikurniakan zuriat. Selepas 2 bulan consume set kesuburan Shaklee, Alhamdulillah, kini beliau telah hamil.


4) Beliau mengalami period tak teratur, ada cyst dan pcos, selama dua tahun setengah menanti zuriat beliau disahkan hamil selepas 5 bulan consume set kesuburan Shaklee dan rawatan kesuburan dengan doktor.

5) Selepas consume Gla dan Vitalea, alhamdulillah beliau telah hamil sebulan.


6) Selepas consume Gla alhamdulillah beliau telah disahkan hamil.


Apa-apa pun rezeki anak itu semuanya datang dari Allah. Yang penting kena usaha. Jika anda berminat mencuba set kesuburan Shaklee boleh hubungi Sue. Jumlah harga set kesuburan ini adalah RM509 tidak termasuk postage. Jika anda beli sekarang, adalah lebih jimat kerana Vitamin E tengah ada clearance sale

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.