Cara Meningkatkan Kesuburan Suami Isteri Supaya Cepat Hamil

Sebuah perkahwinan pasti lebih berseri dengan kehadiran cahayamata sebagai pelengkap kehidupan. Perasaan gembira berbaur risau saat pertama kali disahkan hamil sukar diungkap dengan kata-kata. Namun, sebagai manusia biasa terdapat juga pasangan yang tidak dapat berkongsi 'khabar gembira' tersebut.

panduan cepat hamil

Kesuburan adalah keupayaan sepasang suami isteri untuk mendapatkan zuriat. Kesuburan bukan hanya bergantung kepada keupayaan wanita semata-mata malah turut dipengaruhi keupayaan suami. Menurut kajian, hampir 30% masalah kesuburan berpunca daripada suami.

Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan zuriat sendiri terutama wanita. Perasaan mengandung dan melahirkan anak menjadi idaman setiap wanita. Namun, jika sudah lama berkahwin tiada langsung tanda untuk hamil, wanita sering dipersalahkan. Jarang sekali terutama keluarga suami menyalahkan pihak lelaki.

Pendek kata balik balik wanita juga yang kena. Betul tak?

Jika sudah setahun mencuba untuk mendapatkan zuriat namun masih tidak menunjukkan sebarang tanda untuk hamil bermakna salah seorang atau kedua-dua pasangan mempunyai masalah ketidaksuburan. Kebanyakan masalah ketidaksuburan adalah kerana;

GENETIK
  • masalah ovulasi
  • masalah pada rahim dan saluran peranakan
  • masalah pada sperma
  • ketidakseimbangan hormon
  • obesiti
Masalah ketidaksuburan ini boleh diuji dengan beberapa pemeriksaan berikut:
  • pemeriksaan darah
  • pemeriksaan air mani suami
  • pemeriksaan salur peranakan
  • imbasan ultrabunyi untuk wanita
KEPENTINGAN USIA DALAM KESUBURAN
Tahap kesuburan yang paling utama adalah pada usia 18 tahun sehingga 30 tahun. Semakin berusia seseorang wanita  maka peluang untuk hamil semakin berkurangan atau telur rosak.

Kesuburan wanita sehingga usia 35 tahun
Sebaik-baiknya merancang untuk memiliki anak lebih awal. Selepas 35 tahun bilangan telur yang baik semakin berkurangan sehingga ke peringkat menopaus dalam usia 50 tahun.

Kesuburan lelaki
Kualiti sperma lelaki juga turut dipengaruhi oleh peningkatan usia. Walaupun terdapat kes lelaki berusia memiliki anak dengan isteri yang muda tetapi tidak banyak pasangan yang begini.

Apa yang perlu dilakukan?

1) Bersukan dan bersenam
Pastikan bersenam atau bersukan sekurang-kurangnya tiga kali sehari selama 30 minit. Cuba elak sukan angkat berat atau bina badan kerana penggunaan hormon atau steroid boleh mengganggu kualiti sperma.

Begitu juga dengan wanita yang mengalami penurunan berat badan mendadak boleh mempengaruhi tahap kesuburan.

2) Pemakanan
Amalkan pemakanan yang seimbang. Elakkan makanan yang diproses atau makanan segera. Jika boleh amalkan makanan yang berasaskan organik lebih baik.

3) Stres
Setiap orang pasti akan mengalami stres. Apa yang perlu dilakukan adalah mengawal stres agar tidak membebankan diri. Stres yang tidak terkawal kadang kala boleh mempengaruhi haid dan mengganggu tidur yang berkualiti.

Tingkatkan kesuburan dengan:

1) Tidak merokok

2) Tanpa alkohol

3) Punya pasangan tunggal

4) Pengambilan set kesuburan Shaklee

(Sumber Rapi Okt 2015)

tip cepat hamil
Set Kesuburan Suami Isteri Shaklee
Fungsi-fungsi vitamin adalah seperti berikut:

Vitalea (multivitamin) : Membekalkan keperluan asas kesemua 12 jenis vitamin dan 9 mineral yang diperlukan tubuh. 

Mengandungi Asid Folik - meningkatkan kesuburan wanita, memperbaiki kualiti dan kualiti sperma dan mengurangkan risiko masalah kecacatan tulang belakang bayi yang bakal lahir.

B Complex: Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk menukar makanan ke bentuk tenaga 

B6 - membantu memanjangkan waktu subur 

B12 - membantu meningkatkan kuantiti sperma

Vitamin C - Bagi lelaki, vitamin C membantu mencegah penggumpalan sperma dan menjadikannya lebih bergerak aktif (sesuai untuk perokok). Bagi wanita, ia membantu mengawal keseimbangan hormon, menguatkan sistem imunisasi dan meningkatkan kesuburan. Keunikan Vita-C Shaklee adalah pada sistem "sustained release" di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan dan akan bertahan lebih lama dalam badan.

Vitamin E & Selenium - membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita yang juga terkenal sebagai “vitamin seks”. 

Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. 

Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

Zinc Complex - Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. 

Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose Nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

GLA Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. 

Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum)

Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

Testimoni mereka yang telah mencuba set kesuburan Shaklee: (Sila klik imej untuk lebih jelas)

1) Tak sampai sebulan ambil Gla Complex, sudah disahkan hamil. Kembar lagi dia dapat. Alhamdulillah rezeki dari Allah.


2) Selepas 3 bulan consume set kesuburan Shaklee, alhamdulillah beliau telah disahkan hamil.


3) Kahwin hampir setahun namun belum ada rezeki dikurniakan zuriat. Selepas 2 bulan consume set kesuburan Shaklee, Alhamdulillah, kini beliau telah hamil.


4) Beliau mengalami period tak teratur, ada cyst dan pcos, selama dua tahun setengah menanti zuriat beliau disahkan hamil selepas 5 bulan consume set kesuburan Shaklee dan rawatan kesuburan dengan doktor.

5) Selepas consume Gla dan Vitalea, alhamdulillah beliau telah hamil sebulan.


6) Selepas consume Gla alhamdulillah beliau telah disahkan hamil.


Apa-apa pun rezeki anak itu semuanya datang dari Allah. Yang penting kena usaha. Jika anda berminat mencuba set kesuburan Shaklee boleh hubungi Sue. Jumlah harga set kesuburan ini adalah RM509 tidak termasuk postage. Jika anda beli sekarang, adalah lebih jimat kerana Vitamin E tengah ada clearance sale

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.

1 ulasan:

  1. simpan dulu tips ni ... nanti nak try ngandung anak kembar, nak baca lagi ... biar subur berganda ;)

    BalasPadam