Homeschooling: Bermain Kinetic Sand

Assalamualaikum.

Kini terdapat pelbagai pilihan permainan yang berasaskan pasir contohnya seperti kinetic sand. 

aktiviti kinetic sand

Apakah keistimewaan kinetic sand?
  • Lembut dan elastik
  • Tidak bersepah: Pasir tersebut hanya melekat antara satu sama lain dan tidak melekat pada tangan
  • Tidak akan kering: Sentiasa lembap agar mudah dibentuk
  • 100% selamat: Tidak bertoksik, bebas gluten (sesuai untuk kanak-kanak yang alergik)
  • Sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi kepada dewasa (untuk tujuan rekacipta, pendidikan, pelan bangunan dan lain-lain)
Manfaat bermain pasir :
  • Jari jemari kecil menggenggam, mengepal dapat membantu perkembangan deria sentuhan
  • Dapat meningkatkan daya kretiviti dan imaginasi anak-anak
  • Dapat membantu anak-anak mengenal sesuatu benda ketika menggunakan objek untuk menekap
  • Dapat meningkatkan daya tumpuan atau fokus anak-anak
  • Dapat menjadikan anak-anak lebih pintar dan cergas
Aktiviti ini sangat digemari dan paling dinanti-nanti oleh anak-anak Sue. Bukan main seronok lagi mereka bermain.


Jom bermain pasir bersama anak-anak :)

2 ulasan: