Homeschooling: Busy Book Untuk Anak Anda

Assalamualaikum.

Kawan-kawan pernah dengar atau melihat busy book?

Busy book adalah sebuah buku yang diperbuat daripada kain felt dan dihiasi dengan pelbagai bahan lain seperti butang, zip, beads dan lain-lain mengikut aktiviti yang terdapat dalam buku tersebut.

Busy book sebenarnya adalah satu aktiviti yang boleh menggantikan gadget seperti ipad, tab dan smartphone untuk mengajar anak-anak. Boleh diperkenalkan seawal usia bayi lagi untuk rangsangan motor skill mereka.

Berikan busy book pada anak dan biarkan mereka explore aktiviti dalam buku tersebut. Pada permulaan sebaiknya anda berada di sisi anak untuk bermain bersama mereka supaya mereka tahu dan faham untuk membuat aktivi tersebut.

Sejak Sue join group Homeschooling Genius Syurga jadi terjebak pula dengan Busy Book ni. Nak buat sendiri sebab tak pandai jahit mesin, jadinya Sue beli online je.

Ini Sue kongsikan beberapa gambar busy book yang Sue beli untuk anak yang berusia 19 bulan.

Cover buku
Belajar petik dan letak buah, belajar nombor di pizza
Belajar nombor
Belajar ikat kasut
Belajar buat roti sandwic
Belajar susun puzzle
Belajar warna dan abc, motor skill buka tutup zip
Belajar suai padan bentuk, motor skill buka pasang semula butang pada bunga
Mama-mama yang ada masa dan punya kemahiran menjahit boleh la menyediakan sendiri buku ini pada anak anda. Boleh rujuk template busy book DI SINI.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan busy book secara online boleh terjah sini:

No Tel: 013 778 7820 Puan Nazihah

Nak survey-survey bahan-bahan untuk homeschooling boleh terjah Shopping Homeschooling Genius Syurga. Pasti anda rambang mata ;)

2 ulasan:

  1. kreatif dan cantik ... ingatkan sue buat sendiri tadi buku felt ni ... rajin si penjual tu yer, banyak tu kerja tu nak hasilan satu buku.

    BalasPadam