Ambil Makanan Sihat Untuk Ketahanan Badan

Sistem ketahanan badan seseorang bukan bergantung kepada pengambilan suplemen atau vitamin. Suplemen ini hanyalah penambah kepada daya ketahanan badan dan jika anda tidak mengambilnya, badan anda menjadi lemah. Jadi, untuk menjaga daya ketahanan badan, ambillah makanan semulajadi seperti berikut:


1) Bawang putih
Ia telah digunakan sejak ratusan tahun yang lalu sebagai antiseptik. Dengan pengambilan bawang putih, ia memberikan perlindungan kepada demam, batuk dan jangkitan. Bawang putih mengandungi vitamin C, B1 dan B6, mineral (fosfor dan zat besi) dan sulfoxide alliin yang dikenal sebagai antibakteria.

2) Omega 3
Salmon, tuna dan mackerel kaya dengan asid lemak omega 4 serta membantu menguatkan sistem imunisasi badan. Ikan jenis ini juga boleh melindungi badan anda daripada jangkitan. Saranan, amalkan pengambilan ini sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

3) Kacang dan biji-bijian
Makanan ini sangat membantu untuk meningkatkan fungsi pembuluh darah. Ia kaya dengan vitamin E yang merangsang pengeluaran sel untuk menyingkirkan bakteria dan sel kanser dalam badan.

4) Gandum
Beras merah, oat dan produk yang diperbuat daripada gandum amat kaya dengan serat, protein dan antioksidan. Kelebihannya ia dapat meningkatkan daya ketahanan badan jika diambil secara rutin.

5) Buahan dan sayuran
Makanan yang kaya serat sangat efektif untuk menjaga daya ketahanan badan, menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan kadar kolesterol dalam badan. Pengambilan sayuran dan buahan setiap hari dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan melindungi sel badan daripada rosak.

Sumber: Rapi Disember 2015

Penghujung tahun adalah musim tengkujuh. Amalkan pemakanan yang dicadangkan seperti di atas sebagai perisai untuk ketahanan badan dalam cuaca yang tidak menentu sekarang. Jaga kesihatan diri ye kawan-kawan.

6 ulasan:

  1. Buah buahan dengan sayur mesti ambik setiap hari :D

    BalasPadam
  2. iols ni kurang mkn sayur ngan buah2
    lau nk mkn beli je kat luar tu time2 lunch kat ofis
    kat umah tu haihhh payah nak masak

    BalasPadam
  3. sayur mmg sy wajib la..kdg xde lauk lain pun xpe..yg penting sayur msti ade...eheheh

    BalasPadam
  4. sy suka amalkan buah dan sayur...sedap dan berkhasiat hehe

    BalasPadam
  5. 1, 3, 4, 5 memang selalu makan ... 2 tu jer jarang sangat makan :p

    BalasPadam
  6. tengok buah rasa nak pegi beli buah.. lama dah xdak stock buah dalam fridge..

    BalasPadam