Diet Pantas Si Pengantin

Bagi bakal pengantin yang mengalami masalah berat badan anda pasti pening kepala memikirkan cara untuk mendapatkan berat yang ideal. Usah terlalu bimbang, anda masih belum terlambat lagi jika mengikuti saranan yang disyorkan di bawah. Untuk itu, jangan lupa mencuba tip-tip di bawah agar kelihatan langsing dan cantik sempena hari bersejarah anda nanti.


1) Senaman kardio
Bagi mengelakkan perut buncit anda dinasihatkan rajin melakukan senaman kardio kerana senaman ini lebih cepat berkesan berbanding senaman perut. Antara contoh senaman kardio ialah berjogging, berjalan mahupun menaiki tangga. Selain itu anda dinasihatkan  untuk menikmati makanan seimbang dalam menu seharian. Pastikan menu anda mengandungi karbohidrat yang kompleks, fiber, vitamin serta mineral.

2) Sentiasa positif
Tahukah anda kerisauan dan tekanan boleh mempengaruhi pola pemakanan. Bakal pengantin yang mengalami kerisauan melampau serta tidak mampu menyelesaikan masalah perisapan perkahwinan dalam tempoh tertentu cenderung untuk merasa cepat lapar dan ingin menikmati segala jenis makanan yang ada. Secara tidak langsung, ini akan menambahkan berat badan anda. Untuk itu, berfikirlah secara positif bagi mengelakkan penambahan berat badan.

3) Bersauna
Sauna membantu dalam usaha penurunan berat badan  di mana ia mampu memecahkan serta membakar lemak-lemak berlebihan yang terdapat di dalam badan anda. Selain itu, ia juga turut membantu menyingkirkan toksik di dalam badan yang dapat membersihkan kulit serta menjadikannya halus, licin dan segar. Pun begitu sauna dipercayai tidak begitu baik untuk kaum lelaki keraana ia boleh mengganggu masalah kesuburan.

4) Minum 8 gelas air
Tahukah anda air mampu mengurangkan selera makan secara semula jadi yang boleh menyebabkan secara tidak langsung anda akan kurang makan. Di samping itu, air kosong mampu meningkatkan kesuburan di mana ia dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum lelaki serta hormon estrogen untuk kaum wanita. Malah anda juga akan kelihatan berseri-seri ketika bersanding kerana air putih mampu mengelakkan kulit daripada kering.

5) Elak berlapar
Makanan merupakan sumber utama kepada tenaga. Namun jika kita menggunakan tenaga kurang daripada apa yang kita ambil maka tubuh kita akan menjadi  terkejut serta mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Disebabkan itu, kadar metabolisme tubuh akan menjadi rendah.

Oleh itu, jangan membiasakan diri anda dengan berlapar. Ini kerana anda cenderung untuk mengambil makanan dengan lebih banyak daripada biasa apabila anda sudah benar-benar lapar. Biarpun ketika tahap ini pengambilan makanan anda telah kembali normal namun kadar metabolisme tubuh masih lagi rendah di mana ia tidak mampu membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

7 ulasan:

  1. senaman kardio tu best....mmg berpeluh la lepas tuhh...hihhi

    BalasPadam
  2. bgs diamalkan oleh bakal2 pgantin ni

    BalasPadam
  3. kenalah sentiasa exercise kan sampai berpeluh-peluh ... nak kawin excited nak kurus, bila dah kawin, asyik malas nak kurus hehehe :p

    BalasPadam
  4. tak jadi pengantin pun sesuai amalkan ni ...

    BalasPadam
  5. Kadang2 menaypu satu rumah pun dah berpeluh peluh. Hehehe

    BalasPadam
  6. Cikna amalkan minum air kosong ikut berat 1liter utk 25kg,turun jgkla xcersice tu mmg wajib....;-)

    BalasPadam
  7. mse time nk jd pengantin mmg komain kan..mcm2 nak buat..nnt dh ade anak, ssh dh nk amal sume ni..huhuuhuh

    BalasPadam