Membeli Buku Di Jualan Gudang Edukid Books

Assalamualaikum.

Cuti umum sempena Maulidur Rasul baru-baru ini, Sue berkesempatan ke jualan gudang Edukid Books. Sue sampai lebih kurang dalam pukul 2 petang. Hujan renyai-renyai pada masa itu.

Alhamdulillah orang tak berapa ramai, parking pun senang, mudah sangat nak memilih buku.

Di jualan gudang Edukid Books ini terdapat pelbagai buku kanak-kanak seperti buku cerita, buku latihan latih tubi, flashcard dan juga poster. Banyak pilihan buku yang sesuai dari peringkat kanak-kanak hingga sekolah rendah.

Buku dewasa juga ada seperti buku resepi masakan dan fesyen muslimah. Cuma tak banyak pilihan seperti buku kanak-kanak.

Jualan gudang Edukid Books bermula dari 4 Disember 2015 sehingga 10 Januari 2016. Lama lagi tu jualan gudang ni nak habis. Bagi warga KL, jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan buku-buku menarik untuk anak-anak anda.

Maklumat lanjut boleh rujuk poster di bawah:


Antara buku-buku yang Sue beli untuk anak-anak:


Rasa macam nak datang lagi je ke jualan buku Edukid ni, tunggu hubby dapat gaji dulu kita datang semula, hehehe...

Ada kawan-kawan yang dah pergi? Apa buku-buku yang dibeli? Jom kongsi :)

3 ulasan: