Review Buku Bisnes Cara Kami Yang Harus Anda Miliki

Assalamualaikum.


Tertarik nak berkongsi dengan kawan-kawan tentang buku ini. Ianya adalah perkongsian cerita dari jutawan muda iaitu Puan Fellina dan suaminya Tuan Rafie.

Buku ini menceritakan serba sedikit biodata jutawan muda ini bermula dari perkahwinan mereka sehinggalah pahit manis mereka dalam dunia bisnes.

Buku ini sangat menarik dengan menggunakan kulit buku yang keras dan licin, warna buku yang menarik, di setiap muka surat terdapat gambar bewarna, tulisan yang mudah dibaca. Pasti anda tidak akan jemu membacanya.

Isi kandungan buku ini, pada pendapat Sue sesuai untuk semua golongan samada yang sedang atau baru nak menjalankan perniagaan, malah yang tidak berniaga pun bagus juga mendapatkan buku ini.

Puan Felinna memberi tips untuk berjaya dalam bisnes antaranya ialah solat di awal waktu, sedekah, jangan abaikan ibu bapa, membantu atau menggembirakan orang yang susah. Baaanyak lagi yang Puan Fel kongsikan.

Boleh dapatkan buku ini yang dijual secara online di facebook. Buku ini beharga RM28 tidak termasuk postage dengan mempunyai 201 halaman muka surat. Selamat membaca :)

3 ulasan:

  1. depa ni bukak butik kan..mmg kagum ngan diorg ni

    BalasPadam
  2. Bagus ni untuk yang berada dalam dunia perniagaan :)

    BalasPadam
  3. muda-muda dah jadi jutawan ... tahniah buat diorang kan :)

    BalasPadam