Perbezaan Morning Sickness Dan Hyperemesis Gravidarum Pada Ibu Hamil

Baru-baru ini Sue berkesempatan bersembang dengan kawan lama yang baru melahirkan cahayamata sulongnya. Beliau cakap pengalaman sewaktu mengandung, tak dapat dilupakan kerana beliau terpaksa berkampung lama di hospital kerana mengalami muntah yang agak teruk.

Masuk je apa-apa makanan dalam mulut, habis dimuntahkan balik. Sampai lembik tak boleh nak bangun. Doktor terpaksa masukkan air dalam badan beliau. Kesian kan... Itulah pengorbanan seorang ibu sewaktu mengandungkan anak.

Muntah teruk yang dialami kawan Sue itu bukan lagi dipanggil morning sickness, tapi ianya adalah Hyperemesis gravidarum. Jom ketahui apa bezanya kedua-dua istilah ini.


Morning sickness
  • Loya dan sesekali muntah
  • Loya dan pening beransur berakhir pada minggu ke-12
  • Loya dan muntah yang tidak menyebabkan dehidrasi (kurang air dalam badan)
Hyperemesis gravidarum
  • Loya dan muntah terlalu kerap
  • Loya dan pening tidak beransur baik walau sudah masuk minggu ke-12
  • Muntah hingga menyebabkan dehidrasi pada badan. 
  • Muntah yang terlalu teruk boleh menyebabkan tiada makanan boleh disimpan dalam badan.
Rawatan di hospital biasanya ialah:

1) Cecair intravena (IV) - untuk memulihkan penghidratan, elektrolit, vitamin, dan nutrien.

2) Makan Melalui Tiub:

Nasogastric - menyimpan nutrien melalui tiub hidung dan disalurkan ke perut

Gastrostomi endoskop perkutaneus - menyimpan nutrien melalui tiub abdomen dan disalurkan ke perut; memerlukan prosedur pembedahan

3) Ubat-ubatan - metoclopramide, antihistamin, dan ubat anti refluks

Rawatan lain adalah:

Bed Rest (Rehat di katil)  -Ini boleh memberi keselesaan, tetapi berhati-hati dan sedari kesan otot dan berat badan kerana rehat di atas katil yang terlalu banyak.

Acupressure - Titik tekanan untuk mengurangkan loya terletak di tengah-tengah pergelangan tangan tiga jari panjang dari pergelangan tangan, dan di antara kedua-dua tendon. Cari dan tekan kuat, di pergelangan tangan pada satu masa selama tiga minit. (Sila dapatkan cara yang betul dari mereka yang pakar)

Herbs - halia atau pudina (boleh cuba Peppermint Ginger Plus Shaklee)

Hypnosis

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo!

Semua ini adalah antara dugaan yang harus dihadapi oleh ibu mengandung. Namun bukan semua yang merasainya. Bagi yang sedang mengalaminya banyakkan bersabar, inshaa Allah pahala untuk anda semua. Jaga diri :)

2 ulasan:

  1. assalamualikum singgah pagi sini Sue..

    BalasPadam
  2. Sy dlu alahan x krap. Tp ianya berakhir msa nk masuk 6 bln. Adakah Hyperemesis gravidarum ehh??

    BalasPadam